Belimbing buluh (belimbing asam) ni kalau dimasak lemak udang memang
sedap. Selain sedap, ia turut berkhasiat. Sebelum ini, saya pernah
kongsikan kegunaannya dalam merawat kuku. Anda boleh rujuk artikel ini ~
"Inginkan Kuku Cantik Berkilat?" untuk mengetahui caranya.
Anda yang ada penyakit darah tinggi pun boleh memanfaatkan khasiat semulajadinya. Kaedahnya akan saya nyatakan satu-persatu sebentar saja lagi. Okey?
sumber : http://herbadantumbuhan.blogspot.com/
Anda yang ada penyakit darah tinggi pun boleh memanfaatkan khasiat semulajadinya. Kaedahnya akan saya nyatakan satu-persatu sebentar saja lagi. Okey?
- Ambil beberapa biji buah belimbing asam yang masih segar.
- Bersihkannya dulu dan kisar kesemuanya hingga lumat.
- Setelah lumat, tapiskannya ke dalam cawan untuk diambil airnya.
- Amalkan meminum air tapisan belimbing asam ni sekali sehari. Sama ada pada waktu pagi ataupun petang.
- Rasanya teramatlah masam. Jadi, anda boleh menambah sedikit perasa seperti madu ataupun gula batu.
- Ambil beberapa helai daun belimbing buluh yang masih segar.
- Ramas kesemua daun tersebut bersama dengan sedikit air hingga lumat.
- Setelah lumat, letakkan daun yang telah diramas tadi di atas sehelai kain bersih.
- Akhir sekali, demahkan kain tadi pada kepala si pesakit.
- Biarkannya begitu sehinggalah rasa panas berkurangan.
- Jika masih tak reda, ulangi langkah 1 hingga 5 di atas.
Buat sementara waktu ni, begitulah antara khasiat belimbing buluh yang
dapat saya kongsikan dengan anda. Iaitu sebagai ubat darah tinggi juga
ubat demam panas. Harap ianya dapat dipanjang-panjangkan ya.
sumber : http://herbadantumbuhan.blogspot.com/