Wanita Jepun terkenal dengan kulit mereka yang mulus, putih dan awet
muda. Rahsia lima langkah bagi menjaga kecantikan kulit wajah mereka
kini dapat dikongsi semua wanita melalui pengenalan rangkaian produk
Eversoft Skinz Youth Recall.
Lima langkah iaitu mencuci, menyegar, melembap, menegang dan
memperbaiki, diterjemahkan ke dalam tujuh produk rangkaian berkenaan
iaitu Deep Action Micro Cleansing Oil, Hydra Clean Cleansing Foam, Deep
Moist Rich Cleansing Foam, Hydrating Toning Lotion, Firming &
Refining Essence, Hydra Glow Firming Cream SPF30 PA++ dan Ultra Rich
Renewal Firming Cream.
Deep Action Micro Cleansing Oil, Hydra Clean Cleansing Foam dan Deep
Moist Rich Cleansing Foam mencuci secara mendalam untuk menyingkirkan
solekan, krim pelindung, krim BB dan minyak berlebihan, tetapi pada masa
sama mengekalkan keseimbangan pH kulit.
Hydrating Toning Lotion pula diperkaya dengan asid hiluronik yang
memberikan kelembapan dua kali ganda yang bertahan selama 24 jam dan
membolehkan serapan pelembap pada tahap optimum. Firming & Refining Essence yang disapu pada wajah dan sekeliling
mata memiliki peptid yang meningkatkan keanjalan kulit, menjadikannya
berseri dan mengelak warna kulit kekuningan, selain mengurangkan garis
halus.
Hydra Glow Firming Cream SPF30 PA++ adalah krim siang yang
melindungi kulit daripada sinaran UVA dan UVB sehingga 90 peratus. Ia
juga diperkaya dengan phyo-kolagen, asid hiluronik dan ekstrak ume untuk
menggebukan kulit, menghilangkan garis halus, memberikan wajah awet
muda dan mengukuhkan pertahanan kulit terhadap radikal bebas.
Ultra Rich Renewal Firming Cream pula disapu pada waktu malam untuk
meningkatkan pemulihan kulit ketika tidur dan membantu mengukuhkan
struktur kolagen yang lemah dan memberikan kulit halus menjelang pagi.
sumber : http://www.rawatan.org/