Sunday, 2 November 2014

Agar Harapan Hidup anda 17 Tahun Lebih Panjang

Merokok, meminum alkohol dan mempunyai banyak lemak di sekitar perut adalah punca orang berumur pendek. Namun, berapa tahun gabungan itu memendekkan umur, belum pernah ada kajian beliau.

"Sering kali orang menganggap maklumat tentang gaya hidup sihat sebagai 'norma'", kata pemimpin kajian Prof Rudolf Kaaks dari Pusat Penyelidikan Kanser Jerman (DKFZ). Kebanyakan orang tidak cukup bermotivasi untuk meninggalkan kebiasaan buruk yang merekai sukai. "Itulah mengapa penting bagi kita untuk mengukur dengan jelas keuntungan apa yang dapat dicapai oleh seseorang dalam lanjutan usia, apabila dia menghentikan kebiasaan yang tidak sihat," katanya.

Merokok

Di antara semua kebiasaan buruk, merokok seolah-olah yang paling berbahaya bagi tubuh manusia. Pasukan yang dipimpin Prof Kaaks telah menemui bahawa merokok lebih dari sepuluh batang sehari mengurangkan rata-rata 9.4 tahun usia hidup pada lelaki, 7.3 tahun pada wanita. Penggunaan tembakau yang lebih rendah boleh mengurangkan usia hidup sampai sekitar 5 tahun pada kedua jenis kelamin.

Daging, alkohol dan obesiti

Faktor kedua gaya hidup yang tidak sihat adalah kelebihan berat badan, yang mengurangkan usia hidup lelaki dan wanita lebih dari tiga tahun. Orang gemuk dengan indeks massa tubuh (BMI) lebih dari 30 mempunyai risiko kematian jauh lebih tinggi daripada orang kurus. Tapi terlalu sedikit lemak tubuh juga boleh membawa maut: BMI di bawah 22.5 mengurangkan harapan hidup sebanyak 3.5 tahun pad lelaki, 2.1 tahun pada wanita.

Apabila anda meminum banyak alkohol, peluang untuk panjang umur lebih berkurangan lagi. Penggunaan lebih dari empat gelas alkohil per hari mengurangkan harapan hidup lelaki sebanyak 3.1 tahun. Bagi wanita, pengaruh alkohol tidak boleh dikira kerana terlalu sedikit peserta yang minum arak sebanyak itu.

Kebiasaan mengambil daging merah mempunyai kesan lebih besar pada wanita berbanding pada lelaki. Daging merah mengurangkan usia wanita sebanyak 2.4 tahun, sedangkan lelaki hanya kehilangan usia hanya 1.4 tahun. .

Kombinasi berbahaya

Banyak orang mempunyai kombinasi beberapa faktor yang buruk, bukan hanya satu. Mereka mungkin merokok sampai sepuluh batang tahun sehari dan juga suka mengambil makanan berlemak. Seorang lelaki perokok gemuk yang banyak minum arak dan makan daging merah mempunyai harapan hidup hingga 17 tahun lebih pendek. Hal yang sama boleh memendekkan seorang wanita hingga 13.9 tahun.

Statistik menunjukkan bahawa usia anda akan lebih panjang bila anda tidak merokok, mempunyai BMI 22,5-24,9, tidak minum alkohol, aktif secara fizikal, sedikit mengambil daging merah, tapi banyak makan buah-buahan dan sayur-sayuran. Di Jerman, lelaki dan wanita usia 40 yang mempunyai faktor-faktor di atas boleh mengharapkan untuk hidup masing-masing sampai usia 87.5 tahun dan 88.7 tahun.

Penyelidikan dilakukan dalam konteks kajian besar EPIC di Eropah mengenai hubungan antara diet, faktor gaya hidup dan kanser. Para penyelidik mengevaliaso data lebih dari 22,000 peserta di daerah Heidelberg. Ketika kajian bermula pada kira-kira 20 tahun yang lali, para peserta tidak mempunyai diabetes, kanser, dan penyakit kardiovaskular.

--------
Sumber: K. Li, A. Hüsing, R. Kaaks. "Lifestyle risk factors and residual life expectancy at age 40: a German cohort study". BMC Medicine 2014, 12:59 doi: 10.1186 / 1741-7015-12-59. Photo credit: Brett Davies through Flickr

sumber : http://majalahkesehatan.com/