Sunday, 2 November 2014

Suka Minuman Manis Boleh Sebabkan Kanser Dinding Rahim

Soft drink dan pelbagai minuman manis sering jadi pilihan melepas dahaga. Namun terlalu banyak penggunaan gula dalam minuman boleh meningkatkan risiko terkena kanser endometrium atau kanser dinding rahim, demikian hasil kajian terbaru.

Penyelidik dari US National Cancer Institute (NCI) mendapati bahawa wanita yang mengambil minuman manis dalam jumlah besar boleh meningkatkan risiko 78 peratus lebih tinggi terkena kanser endometrium. Jenis kanser ini juga disebut estrogen-dependent Type I. Penyelidikan ini dilakukan pada 23.000 wanita sejak tahun 1986 hingga 2010.

Pengambilan Minuman Manis Berkaitan Dengan Kanser Endometrium

Semakin banyak jumlah gula yang dimakan, semakin besar risiko yang dimiliki wanita. Kepala penyelidikan Maki Inoue-Choi, berkata bahawa dia tidak terkejut dengan hasil kajian ini. Peningkatan pengambilan minuman manis memang berkaitan dengan peningkatan risiko kanser jenis ini.

"Wanita yang mengalami obesiti cenderung mempunyai tahap estrogen dan insulin yang lebih tinggi berbanding dengan wanita yang mempunyai berat badan normal. Peningkatan estrogen dan insulin ini menjadi faktor risiko kanser endometrium, "ujar Maki Inoue-Choi.

Kerana itu, ladies, mulai sekarang bijaklah dalam memilih makanan dan minuman. Pengambilan minuman manis boleh saja, asal jangan berlebihan.

sumber : http://info-wanita.com/