Friday, 22 August 2014

Atasi masalah mabuk kenderaan/laut

Mabuk kenderaan biasanya menimpa sesetengah orang ketika berjalan jauh. Dalam perjalanan tu pulak, anda terpaksa melalui jalan yang berbengkang-bengkok. Itu kalau anda ikut jalan lama ataupun memang belum ada lebuhraya lagi kat situ. Lagi satu, ia berkemungkinan kerana anda jarang berjalan jauh kot.

Kalau kes ni, memang sukar skit nak mengatasinya. Mungkin anda boleh bawa minyak cap kapak atau limau untuk dihidu semasa perjalanan tu.

Namun, saya ada terbaca yang mabuk kenderaan ni terjadi kerana jantung anda lemah. Untuk masalah ni, anda boleh cuba petua yang bakal saya kongsikan di bawah nanti. Musim cuti ni, pastinya ada yang nak berjalan jauh, kan?

Sebelum memulakan perjalanan tu, anda minumlah dulu madu asli yang dicampurkan dengan sikit garam.

Jangan amalkan makan panadol kerana tidak elok untuk kesihatan. Ini ada petua paling senang dan mudah.
  • Ambil 3 sudu madu lebah asli (atau madu biasa juga boleh) kemudian bubuh sedikit garam. Minum terus macam makan ubat batuk. ATAUPUN
  • Ambil ubi keledek (yang sudah direbus) dan makanlah ketika mula menaiki boat atau kapal atau darat.
Nota
Banyak juga khasiat madu itu bukan. Selain membuat kulit cantik dan merawat penyakit, madu juga bagus diamalkan untuk minuman seharian seperti minum teh O halia dgn madu. Rasa lebih nyaman dan segar. Selamat mencuba...

sumber : http://kongsibersamanora.blogspot.com/