Wednesday, 20 August 2014

Kelainan Payudara Yang Tidak Berbahaya

Anda mungkin pernah ataupun mempunyai simptom-simptom berikut:
  • Adakah anda merasa ketulan, benjolan ataupun kawasan yang ‘keras’ di payudara anda?
  • Adakah payudara anda berasa sakit ataupun terasa sakit bila disentuh (sensitif)?
  • Adakah kesakitan payudara (mastalgia) menjadi lebih kuat apabila anda kedatangan haid?
  • Adakah kesakitan tu berterusan dan tidak mengikuti kitaran haid?
  • Adakah anda perlu memakan ubat untuk menghilangkan rasa sakit payudara?
  • Adakah kelainan payudara anda menjejaskan perhubungan anda dengan suami anda?
Jika jawapan anda ‘ya’ bagi mana-mana soalan di atas, maka anda mungkin mengidap keadaan yang dikenali sebagai kelainan payudara yang tidak berbahaya (benign). Keadaan ini juga dikenali sebagai penyakit payudara fibrocystic, mammary dysplasia, penyakit payudara tidak berbahaya (benign) atau sistik mastitis kronik. 

Berapa kerapkah kelainan payudara tidak berbahaya ini berlaku?

Doktor mendapati ramai pesakit mengalami keadaan payudara ini. Kebanyakan wanita mempunyai struktur tisu yang membolehkan keadaan ini berlaku. Oleh itu, ini merupakan penyakit yang paling kerap menimpa payudara! 

Apakah kelainan kelainan payudara yang tidak berbahaya?

Kelainan ini adalah penyakit bukan kanser (barah) yang boleh terjadi pada sebelah atau kedua-dua belah payudara. Ia selalunya dikenali dengan adarya ketulan ataupun ketulan berisi cecair (cyst) ataupun sista. Ia boleh terjadi di satu bahagian payudara atau melibatkan keseluruhan payudara. Ia boleh menimbul sebagai satu atau banyak ketulan berisi cecair. Ketulan ini mungkin terasa sakit atau hanya terasa sakit apabila disentuh. Ia juga mungkin hilang terus untuk seketika dan timbul semula kemudiannya. Perubahan hormon akan menyebabkan kelainan payudara berubah-ubah, terutama perubahan yang berkaitan dengan kitaran haid. Kelainan ini boleh terjadi di semua peringkat umur selepas kehadiran haid tetapi ia lebih kerap di antara umur 30 tahun dan umur tamat dating haid (menopaus).

Kelainan ini akan menjadi lebih teruk dengan meningkatnya umur, di mana pengeluaran hormon dan ovari telah mencapai tahap maksimum untuk beberapa tahun. Ia akan berkurangan selepas putus haid dan kebanyakan kelainan payudara akan hilang dalam masa 1 atau 2 tahun kecuali jika wanita tersebut mendapat rawatan estrogen tambahan. Sesetengah wanita akan mengidap ketulan berisi cecair sehingga tua, walau apa pun rawatan diberikan. 

Apa yang menyebabkan kelainan ini?

Mengapa penyakit ini terjadi masih belum diketahui, tetapi keadaan ini dipercayai disebabkan oleh ketidak seimbangan hormon seks wanita. Ia tidak akan terjadi sebelum umur mula datang haid dan akan berkurangan selepas umur tamat haid (menopaus). 

Bagaimana saya tahu bahawa saya mengidapnya?

Kelainan ini selalunya dikenali semasa wanita berjumpa doktor untuk pemeriksaan atau semasa cuba mendapat rawatan kerana kesakitan atau terasa sakit apabila disentuh atau ketulan pada payu dara yang dirasai semasa melakukan pemeriksaan payudara sendiri.

Dalam keadaan ini doktor anda akan melakukan beberapa ujian atau merujuk anda ke doktor pakar. Ujian-ujian ini termasuklan ujian radiologi seperti mamogram atau X-ray payudara dan ultrasound. Satu lagi ujian ialah dengan menyedut keluar cecair dan ketulan tersebut untuk pemeriksaan makmal dengan menggunakan jarum.

Doktor pakar mungkn akan satu pembedahan kecil yang dipanggil biopsi di mana tisu dan ketulan akan diambil untuk diperiksa. Kalaulah ketulan anda sangat besar ataupun menunjukkan ciri-ciri yang meragukan, doktor pakar mungkin melakukan pembedahan untuk mengeluarkan ketulan tersebut. Sekiranya keputusan ujian tidak menunjukkan kanser, doktor anda akan memberitahu anda berita baik ini dan memberi nasihat seterusnya. Anda harus bertenang semasa menunggu keputusan pemeriksaan ini. Ia merupakan perkara yang biasa kalau anda dinasihati untuk menjumpai doktor anda tiap tahun atau beberapa bulan sekali. Ini bergantung kepada keputusan patologi yang diterima dan simptom yang anda alami walaupun diagnosanya bukanlah barah atau kanser. 

Apakah rawatan bagi penyakit ini?

Sekiranya kesakitan tidak keterlaluan, atau hanya datang untuk beberapa hari dalam sebulan, kebanyakan doktor akan mencadangkan cara mudah untuk merawatnya. Gunakan coli yang baik dan pakai pakaian yang tidak ketat.

Anda juga mungkin akan dinasihatkan agar mengurangkan pengambilan kopi, teh dan cola di mana kandungan kafein boleh memburukkan keadaan. Kawal juga kandungan gula dalam makanan anda. Jika kesakitan payudara (mastalgia) berterusan, anda mungkin akan diberi ubat mengurangkan cecair di dalam badan (Diuretic) atau ubat penahan sakit.

‘Rawatan’ tersebut di atas hanya dapat mengurangkan rasa sakit untuk sementara waktu. Apabila kesakitan payudara menjadi lebih kuat sehingga menyekat aktiviti fizikal anda (berlari, menari atau senaman lain), rawatan yang lebih khusus mungkin diperlukan. Rawatan ini termasuklah memakan ubat yang telah biasa digunakan untuk memberi kesan jangka panjang menghilangkan rasa sakit pada keadaan kelainan ini. Ubat ini akan mengurangkan pengeluaran hormon di mana ia akan memberi peluang payudara anda berehat.

sumber : http://www.rawatan.org/