Wednesday, 24 September 2014

7 Soal-Jawab Mengenai Diabetes

Bila anda sudah dikenal pasti diabetes , memahami berbagai hal mengenai diabetes sangat membantu anda untuk menjadi pesakit yang bijak dan dapat tetap hidup sihat. Tujuh tanya-jawab penting berikut dapat membantu menambah pengetahuan anda mengenai diabetes.

1 Bila saya mempunyai diabetes, seberapa kerap saya perlu menyemak gula darah sendiri?

Jika anda meminum ubat secara teratur sesuai preskripsi doktor, anda tidak perlu terlalu sering menyemak, mungkin seminggu sekali sudah cukup. Bila anda mendapatkan terapi insulin, anda perlu lebih kerap memeriksa agar perubahan gula darah anda termonitor.

2 Bila masa terbaik untuk memeriksa gula darah?

Anda sebaiknya memeriksa gula darah secara berpasangan, sebelum makan dan sekitar dua jam setelah makan. Idealnya, gula darah Anda naik tidak lebih dari 40 mg/dl di antara dua pengukuran.
Dengan mengukur gula darah secara berpasangan Anda akan mengetahui kadar gula darah Anda sebelum makan dan dampak dari  berbagai jenis makanan dan jumlah makanan, obat-obatan dan olahraga terhadap gula darah Anda.

3 Berapa target gula darah saya?

Target yang harus dicapai bergantung situasi anda masing-masing. Untuk kebayakan pesakit, beberapa sasaran berikut boleh menjadi penanda aras:
  • Glukosa darah sebelum makan antara 110-120 mg/dl
  • Glukosa darah sesudah makan antara 160-180 mg/dl
  • Hemoglobin glikosilasi (hemoglobin glycosilated) (HbA1c) Antara 6,5-7%

4 Apakah yang disebut ujian HbA1c?

Ujian HbA1c atau ujian hemoglobin A1c atau ujian hemoglogin glikosilasi adalah ujian darah yang untuk mengukur kadar glukosa darah rata-rata dalam 6-8 minggu terakhir. Ujian itu mengukur jumlah glukosa yang melekat pada molekul protein pembawa oksigen di dalam sel darah merah yang disebut sebagai hemoglobin. Kerana memberikan gambaran global dalam jangka panjang, ujian ini bermanfaat untuk melihat perkembangan diabetes sebelum dan selepas rawatan dan perubahan gaya hidup.
Hasil ujian ini diukur dalam peratusan. Semakin mendekati 7 peratus atau kurang, semakin mendekati kadar gula darah harian di julat normal 75-130 mg / dl. Kenaikan HbA1c di atas 1 peratus meningkatkan risiko komplikasi jangka panjang, seperti kerosakan buah pinggang, gangguan penglihatan, dll hingga 30 peratus.

5 Apakah tanda atau gejala bahawa gula darah saya terlalu rendah?

Gula darah terlalu rendah biasanya ditandai dengan rasa lapar, gegaran / gemetaran, lemas, dan keringat berlebihan. Namun gejala boleh berbeza pada setiap orang. Bila anda telah sering mengalami hipoglisemia, mungkin tidak ada gejala yang dirasa kerana tubuh sudah terbiasa. Anda mungkin tiba-tiba pengsan atau mengalami konvulsi.
Bila anda mengesyaki gula darah anda terlalu rendah (hipoglisemia), anda perlu segera mendapatkan gula secara langsung, misalnya dalam bentuk minuman manis, madu, gula-gula, dll. Gejala seharusnya berkurang setelah anda mendapatkan gula. Selepas itu, anda perlu mengikutinya dengan makan.
Hipoglisemia boleh disebabkan oleh terlambat makan atau kerana dos rawatan diabetes yang berlebihan atau kesan lebih dari biasanya. Bila penyebabnya bukan kerana anda terlambat makan, anda perlu berunding dengan doktor.

6 Apakah tanda atau gejala gula darah terlalu tinggi?

Merasa lemas, lelah, sering kencing, sering haus , dan rasa lapar dapat menjadi tanda gula darah terlalu tinggi (hiperglisemia). Namun, gula darah tinggi sering hadir tanpa gejala. Hanya ujian gula darah yang dapat mengesan keadaan sebenar gula darah anda.

7. Betulkah makan buah yang manis seperti kelengkeng dan semangka tidak berbahaya bagi penderita diabetes?

Buah-buahan mengandungi gula ganda yang disebut disakarida, di mana separuhnya adalah glukosa dan separuh darinya adalah fruktosa. Namun semuanya di dalam tubuh diubah menjadi glukosa untuk menjadi tenaga . Buah-buahan yang tidak diproses (dimakan apa adanya) harus menjadi sebahagian daripada diet anda sehari-hari kerana kaya akan vitamin, mineral dan serat. Sila makan buah-buahan asalkan tidak berlebihan. Hidangan yang disyorkan adalah sekitar 2 cawan buah sehari.

sumber : http://majalahkesehatan.com/
Ditulis oleh dr Salma