Friday, 6 June 2014

10 kesalahan terbesar yang boleh merosakkan otak

  1. Mengabaikan pengambilan sarapan pagi – Individu yg sering mengabaikan pemgambilan sarapan pagi berisiko besar mengalami kekurangan gula dalam darah. Ni akan menyebabkan bekalan nutrien tidak cukup utk dihantar ke otak dan ni akan menyebabkan bahagian tersebut mengalami kemerosotan.
  2. Terlalu banyak makan – Menyebabkan berlakunya pengerasan di bahagian arteri otak lalu memperlahankan kuasa mental.
  3. Merokok – Menyumbang kepada pengecutan otak dan penyebab kepada penyakit Alzheimer.
  4. Pengambilan gula yg tinggi – pengambilan yg berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrien seterusnya akan memberikan kepada perkembangan otak.
  5. Pencemaran udara – otak adalah pernerima oksigen terbesar dlm sistem badan manusia. Apabila sering terdedah kpd udara yg tercemar menyebabkan kurangnya pemerimaan sumber oksigen bersih yg diperlukan otak sekali gua mengurangkan kecekapan fungsi otak.
  6. Kurang tidur – Mengabaikan kualiti tidur yg sempurna, akan menjejaskan sel otak dan akan mendatangkan risiko tinggi kpd berlakunya kegagalan otak utk berfungsi.
  7. Menutup kepala ketika sedang tidur – Tidur dgn menutup bahagian kepala akan mempertingkatkan kardon dioksida dan mengurangkan oksigen yg diperlukan oleh sistem badan.
  8. Memaksa otak bekerja ketika badan tidak sihat – ketika badan tidak sihat, secara tidak langsung memberikan kesan kepada otak. Memaksa diri bekerja dikala badan tidak mengizinkan akan menyumbang kpd kerosakan pada bahagian otak amnya.
  9. Berfikiran sempit – berfikir adalah latihan terbaik utk merangsang otak. Namun, jika seseorang sering berfikiran sempit, ia bole menyebabkan berlakunya pengecutan di bahagian otak.
  10. Kurang berkomunikasi – komunikasi intelektual mampu merangsang perkembangan otak. Jika seseorang jarang berkomunikasi, lama kelamaan fungsi otak akan mengalami kemunduran.
Source: http://ms.shvoong.com/medicine-and-health/
oleh: first_february