Thursday, 5 June 2014

Sayur kailan bagus untuk kesihatan

Sayur kailan adalah sayur yang kaya serat, rendah kalori dan tidak mengandungi lemak, menjadikan ia makanan ideal bagi mereka yang mahu menurunkan berat badan tetapi mendapat zat yang mencukupi.

Kalian juga dapat membantu menyihatkan sistem pencernaan dan menganti semula nutrient yang hilang termasuk folat, magnesium, zat besi, vitamin K, A dan C serta antioksidan dan kalsium.

Selain itu, kalian juga boleh membantu menjaga kesihatan kardiovaskular, melindungi dari pelbagai penyakit seterusnya meningkatkan sistem pertahanan badan.

Ia juga membantu mengelak masalah osteoporosis dan mengekalkan metabolism sihat untuk memastikan kesihatan tubuh secara keseluruhan

sumber dari : https://my.entertainment.yahoo.com/
.