Wednesday 4 June 2014

Mengenali Penyakit Paru-Paru Berair

Pengenalan Penyakit
  • Juga dikenali sebagai ‘efusi pleura’.
  •  Paru-paru itu dikelilingi oleh satu rongga kosong yang disebutkan sebagai kaviti pleura (pleural cavity) yang memisahkan antara paru-paru dan dinding dada.
  • Ia diselaputi oleh ‘prietal pleura’ disebelah dalam dinding dada dan ‘viceral pleura’ yang meliputi paru-paru.Kaviti pleura ini penting semasa proses pengembangan dan pengucupan waktu bernafas.
  • Jika rongga ini diisi oleh udara disebabkan oleh kebocoran pada viceral pleura ia dikenali sebagai ‘pnemothorax’, ‘hemothorax’ jika ia dipenuhi darah dan ‘pyothorax’ jika dipenuhi dengan nanah.
Jenis-Jenis Penyakit
  • Exudate.
  • Transudate.
Punca Penyakit / Faktor Risiko
  • Terjadi daripada penyakit pada paru-paru itu sendiri atau penyakit organ lain seperti jantung, hati dan buah pinggang.
  • Batuk kering (TB).
  • Pneumonia.
  • Kanser paru-paru atau lain-lain kanser (efusi malignan).
  • Embolisme paru-paru atau infarkasi (mati0 atau ‘infuction pulmonary’.
  • Kolagen (collegen disease) sepertti ‘rhuemathoid’ ‘arthritis’, SLE dan sistem sterosis.
  • Kegagalan jantung.
  • Sindrom nefrotik (kehilangan protin dari buah pinggang).
  • Sirosis hati.
Tanda-Tanda / Simptom
Exudate
  • Mempunyai kandungan protein yang tinggi (2 gram/100 ml).
  • Cecairnya lebih pekat dengan spesifik graviti yang tinggi.
  • Jika warnanya keruh dan kelabu (cloudiness) ia mengandungi sel darah daripada    penyakit kanser atau jangkitan paru-paru.
  • Warna air tebu (straw colour) menentukan pesakit batuk kering (TB).
  • Jika bernanah ia berpunca dari ‘lung abses’ atau jangkitan bakteria yang serius dalam kaviti pleura.
Transudate
  • berwarna lebih jernih dan cair.
  • kandungan protin yang kurang daripada 2 gram / 100ml.
  • terjadi akibat daripada kegagalan jantung mengepam air keluar dari paru-paru.
  • dalam penyakit sindrom nefrotik dan sirosis hati mengakibatkan tekanan onkotik palsma darah yang rendah, seterusnya berlakulah pergerakan air keluar dari pembuluh vena dan berkumpul di kaviti pleura.
sumber dari : http://www.mahsuri.com.my/