Tuesday 3 June 2014

Perbezaan Di Antara Orgasma Seksual Lelaki Dan Wanita

Bagi mamalia, definisi biologi yang betul untuk hubungan seksual, atau persetubuhan, adalah kemasukan zakar si jantan yang tegang ke dalam vagina si betina, bagi menghamilkan si betina tersebut. Definisi tradisional bagi persetubuhan seksual untuk manusia juga adalah kemasukan zakar-vagina untuk tujuan mendapat zuriat. Sesetengah masyarakat, bagaimanapun, menggunakan istilah tersebut dengan lebih meluas lagi bagi membolehkan kepelbagaian perilaku seksual manusia yang lain yang mungkin melibatkan bahagian-bahagian tubuh badan yang lain, yang mungkin atau tidak mungkin akan melibatkan kemasukan, dan mungkin boleh dipraktikkan oleh golongan yang mempunyai jantina yang sama.

Manusia mengadakan hubungan seksual untuk pelbagai sebab selain daripada keperluan untuk mendapatkan zuriat. Hubungan seksual boleh menjadi suatu bentuk komunikasi yang intim di antara manusia, yang memberikan kepuasan fizikal dan emosional, keghairahan dan juga orgasma. Orgasma adalah suatu tindak balas kompleks yang melibatkan tindakan refleks fizikal dan emosi yang kuat. Ia lazimnya berlarutan daripada beberapa saat kepada satu minit atau lebih dan dituruti dengan suatu perasaan ketenangan serta kepuasan fizikal dan emosional.

Orgasma wanita boleh wujud di dalam pelbagai jenis, bermula daripada suatu kejadian pengecutan beritma tunggal di uterus dan dinding vagina yang agak menyeronokkan sehinggalah kepada kejadian intensiti terlampau yang berganda yang melibatkan keseluruhan tubuh badan yang boleh bertahan untuk berminit-minit lamanya ataupun berulang kembali untuk berjam-jam lamanya. Orgasma lelaki juga wujud di dalam pelbagai jenis corak intensiti, tempoh dan kekerapan. Bagi lelaki, orgasma biasanya dipercepatkan oleh suatu deretan penolakan zakar dan diikuti dengan pengenduran beritma prostat dan otot-otot yang mengelilingi zakar, penegakan testis dan ejakulasi.

Source: http://ms.shvoong.com/medicine-and-health/
oleh: RosePlanet