Tuesday 10 June 2014

Serangan Barah Pangkal Rahim

Tahukah kamu Malaysia merekodkan lebih 1400 kes baru kes barah pangkal rahim setiap tahun? Resah? Jadi pastikan kamu tahu segala-gala mengenainya....

Kita kadang-kadang lebih peka kepada informasi barah payudara..Adalah lagi baik nya kita ketahui tentang semua informasi tentang semua penyakit merbahaya dan berisiko kematian yang tinggi.. Barah pangkal rahim atau dikenali sebagau kanser serviks ini juga hakikatnya ancaman kepada kesihatan wanita,malah dicatatkan pembunuh kedua paling tinggi bagi wanita Malaysia. Konflik ini boleh dielak malah boleh dirawat dengan potensi untuk sembuh 100%, sebaik saja simptomnya di kenal pasti. Untuk mengelakkanya??..

Rutin Pemeriksaan

Lakukan pemeriksaan Pap Smear.. tapi sayangnya,masih ramai mengelak mengelaknya. Dianggarkan kira-kira 4.2 wanita yang berlinkungan 20 hingga 65 tahun dianggarkan tidak pernah menjalani ujian ini.

Bukan Mangsa?

Dara ketika berkahwin bukan pertanda kamu selamat,kerana jikakamu pernah mempunyai ''sejarah'' silam,kamu juga terdedah kepada risiko dijangkiti Human Papillomavirus (HPV) _sejenis virus kelamin,punca ketuaat kemaluan.Biarpun awalnya tidak merbahaya,tetapi jika ada perubahan pada sel-sel pangkal rahim,ia mungkin berkembang menjadi konflik barah!

Diperingkat awal barah ini tidak menyakitkan,malah tiada genjala tertentu. Tapi bila keadaan makin serius,ia mungkin menyebabkan pendarahan tidak normal,pendarahan antara haid, atau selepas melakukan hubungan seks;haid yang lama (serta banyak); lelehan kemaluan (banyak juga busuk); sakit di pelvik; sakit ketika seks. Dan virus HPV16 dan 18, kedua-duanya dikenal pasti sebagai punca lebih dua pertiga kes barah ini.

Masih Ada Harapan

Jika hasil pemeriksan mendapati kamu positif barah pangkal rahim,rawatan akan diberi mengikut aspek tertentu. Pertama ialah tahapnya-jika ia sudah merebak kepada organ lain dalam badan, Kedua ialah usia dan keadaan kesihatan, Ketiga ialah jenis rawatan pilihan( pembedahan,kimoterapi,atau terapi radiasi-atau kedua-duanya). Selain itu kamu mengkehendaki menjalani beberapa rawatan sussulan seperti x-ray,biopsi, atau ujian darah.

Siapa Mungkin Terdedah Jadi Risiko?

Wanita berusuia antara 20-65 tahun terdedah kepada bahaya penyakit ini,terutama jika mereka dalam kategori kumpulan berikut:
  • Memulakan amalan hubungan seks ketika usia muda brlasan tahun.Atau mengamalkan tabiat seks bebas dan sering bertukar pasangan.
  • Dijangkiti virus HPV.kerana ia antara punca yang boleh menyumbang kepada risiko diserang barah ini.
  • Tidak peka kebersihan diri,terutema di sekitar bahagian kemaluan.
Perokok. Ini kerana nikotin mampu membunuh sel K (Killer),sejenis antibodi dalam badan yang berfungsi sel kanser.Justeru semakin kurang bilangan sel K, dalam badan,semakin tinggilah risikonya.
Cara Elakkannya
Selain melakukan rutin ujian Pap Smear,rutin penjagaan asa patut diamalkan:
  • Pastikan kamu setia pada satu pasangan dan paling utama,elakkan terpengruh budaya sosial yang terdedah kepada amalan seks bebas.
  • Jika suami atau isteri mengadu mengalami jangkitan tertentu pada bahagian kemaluan,sebaiknya gunakan kondom sebagai langkah pencegahan.
  • Cara yang paling berkesan untuk mencegah jangkitan HPV ialah dengan mengelakkan sentuhan seksual dengan orang yang komfirm dah dijangkiti.
     Source: http://ms.shvoong.com/medicine-and-health/
    oleh: eneliahani