Penyalahgunaan dadah merupakan masalah yang sangat serius. Ia kini
dipandang serius kerana dadah banyak melibatkan muda mudi zaman
sekarang. Masalah dadah merangkumi skop yang sangat meluas, sekali gus
memberikan masalah dan kesan kepada manusia dan juga kerajaan di seluruh
dunia. Terdapat bahaya yang amat mendalam wujud akibat penyalahgunaan
dadah yang juga perlu diambilkira secara serius.
Penyalahgunaan dadah boleh mengakibatkan meningkatnya kadar jenayah dalam masyarakat. Penyalahguna dadah secara majoritinya melibatkan diri dalam jenayah berat (serius). Mereke ini terlalu terdesak untuk mendapatkan dadah, dan dikuasai dadah lalu sanggup melakukan apa sahaja termasuk membunuh dan mencederakan orang lain. Selain itu, ketagihan ke atas dadah boleh membawa kepada masalah mental, mengakibatkan penagih hilang keseimbangan dan keupayaan untuk berfikir secara normal. Ini terbukti apabila terdapat peningkatan pesakit-pesakit mental di hospital mahupun di jalanan akibat dadah.
Ia bukan sahaja menjatuhkan imej sesebuah negara. Malah masa depan sesebuah negara juga terjejas apabila di kalangan muda mudi yang bakal meneraju sesebuah negara itu terlibat dengan dadah. Gejala yang melibatkan dan menghasilkan wang yang banyak ini menarik minat golongan muda zaman sekarang terjebak dalamaktiviti kurang sihat ini. Aktiviti penjualan kokain dan heroin ini, dilihat sebagai sebab kenapa ramai golongan ini meringkup di dalam penjara sama ada di dalam mahupun luar negara.
Selain itu, seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, kebanyakan penyalahguna dadah terdiri daripada golongan muda, penyalahgunaan dadah juga dilihat mampu memusnahkan harapan sesebuah negara untuk melihat negaranya dipimpin oleh golongan muda yang akan meningkat dewasa suatu hari nanti. Ekonomi negara juga akan terjejas akibat penggunaan wang yang banyak dalam usaha membanteras kegiatan dadah ini. Kesimpulannya, Kerajaan,badan-badan keagamaan dan ibu bapa harus bangkit dan bertindak dalam usaha menangani masalah yang kurang sihat ini.
Source: http://ms.shvoong.com/medicine-and-health/