Mata merupakan salah satu aset penting buat wanita selain rambut. Oleh
itu, penjagaan mata sangat dititik beratkan oleh kaum wanita. Namun,
mata sering terdedah kepada udara yang tercemar, bakteria, udara kering,
alat solek dan pelbagai faktor lain.
Oleh itu, kali ini kami ingin berkongsi dengan anda beberapa tips untuk menjaga kecantikan mata anda yang dipetik dari majalah Intrend .
Tanggalkan sisa mekap pembayang mata, maskara dan celak sebersihnya sebelum tidur. Sisa solekan yang masih melekapi kulit akan membuatkan mata kelihatan sembab dan letih keesokannya.
Tekapkan ais yang dibalut kain pada sekitar mata selepas bangun tidur atau sebelum mula bersolek. Ini untuk melancarkan peredaran darah pada sekitar bawah mata agar nampak lebih segar sambil menyingkirkan tekanan osmosis berlebihan pada mata.
Elakkan memupuk mekap atau krim mata dengan gerakan keras. Elakkan juga sapuan berlawanan arah yang kuat dan kerap. Usap selembutnya.
Selalulah memakai cermin mata apabila hari panas terik. Kulit pada bawah mata amat nipis dan kapilari di bawah dermis mudah terjejas akibat stres dan rejaman sinar UV matahari.
sumber dari : https://my.entertainment.yahoo.com/
By Azwa Iela | Tupai