Monday, 7 July 2014

Plasenta Praevia

keiserschnitt, plasenta test, chiodos, pesp smear, tienda saliy, tacos de plasenta, inty raymi ingapirca, placenta delivery, plasenta previa, the plasenta, bebes recien nacidos, alove vera, univision plasenta, barbie getting pregnant, kate beckinsale plasenta, shirelle mizrahi, baby plasenta, plasenta, jennamarbles boyfriend, ovulation and fertilization, pie con ulceras, lady gaga, chorioamniotic membranes, girl hood fight, plascta, kentucky rain, eskimo callboy, delivery of plasenta, fat girl winding, placenta praevia, 26 weeks pregnant, plsenta, child birth, human plasenta, c2cam june 9, eating plasenta, neil diamond, lighting crashes, teenage girls fighting, roxette the look, la matraca, marginal placenta previa, real birth videos, china eating pitus, what are contractions,
Plasenta praevia dikatakan berlaku apabila plasenta terletak dibawah rahim. Bagi kebanyakan orang, plasenta praevia turut dikenali sebagai uri bawah. Plasenta Praevia berlaku apabila plasenta atau uri menutupi kesemua bahagian rahim. Kira-kira dalam250 kehamilan akan mempunyai masalah ini.Biasanya wanita hamil yang mempunyai plasenta praevia akan mengalami pendarahan. Pendarahan tersebut seringkali berlaku di akhir trimester kedua ataupun pada minggu seterusnya. Walaubagaimanapun pendarahan yang berlaku tidak menyakitkan, namun ada segelintir wanita hamil yang mengalami pendarahan tidak terkawal (haemorrhage). Apabila hal ini berlaku, nyawa bayi dan ibunya akan terancam. Walaubagaimanapun, situasi pendarahan tidak terkawal jarang sekali berlaku. Jika pendarahan tidak terhenti, ibu perlu melahirkan bayi awal daripada tarikh jangkaan bersalin melalui proses pembedahan caesarean.

Plasenta Praeviadapat dibahagikan kepada 4 jenis, Plasenta Praevia jenis pertama dan kedua seringkali berlaku kepada wanita hamil.
  1. Plasenta terletak di bawah rahim (minor praevia)
  2. Bahagian bawah plasenta menyentuh bukaan rahim tetapi tidak menutupi bahagian tersebut.
  3. Plasenta menutupi bahagian bukaan rahim tetapi bukan pada ketika rahim berkeadaan luas sepenuhnya (major praevia).
  4. Plasenta menutpi bahagian bukaan rahim.
Kompilasi terbesa akibat plasenta praevia yang mungkin berlaku kepada ibu hamil termasuklah kehilangan darah yang boleh menyebabkan kematian mendadak. Bagi bayi pula, kemungkinan bayi dilahirkan pramatang atau mati akibat kehilangan darah yang banyak. Wanita yang pernah melahirkan bayi secara pembedahan caesarean atau pernah mengalami plasenta praevia pada kelahiran sebelumnya adalah antara mereka yang berisiko tinggi. Selain daripada itu, bagi anda mengandung kembar, anda turut berisiko mengalami masalah ini. Begitu juga halnya dengan wanita hamil yang suka merokok. Ini kerana merokok akan meningkatkan risiko seseorang wanita itu untuk kehilangan bayinya jika pada masa yang sama dia mempunyai masalah plasenta praevia.

Menurut pakar perubatan, tiada rawata khusus yang boleh dilakukan untuk mengubah kedudukan plasenta yang mengganggu kedudukan rahim. Ada beberapa langkah pentingyang perlu diambil jika mengalami masalah plasenta praevia. Bagi wanita hamil yang mengetahui diri mereka mengalami plasenta praevia, rawatan boleh dilakukan bergantung kepada adakah anda pernah mengalami pendarahan atau pada bilakah anda mengalami pendarahan ketika hamil.

Jika selepas minggu ke-20, anda tidak mengalami pendarahan, anda dinasihatkan untuk mengelakkan diri daripadamelakukan sebarang aktiviti berat dan dinasihatkan supaya anda sentiasa berkeadaan tenang. Jika anda mengalami pendarahan yang teruk pula, anda akan ditahan dihospital agar jururawat dan doktor dapat mengawal pendarahan daripada berlaku dengan lebih teruk.

Source: http://ms.shvoong.com/medicine-and-health/
Pengarang : Intan Jastina