Komedo hitam di wajah menjadi masalah penting yang harus diatasi, kerana pasti akan merosakkan pandangan anda. Menurut Dr Alicia Zalka, dermatologi klinik Surface Deep di Connecticut, Amerika, komedo hitam adalah kombinasi minyak pada wajah dan kotoran yang melekat pada liang kulit. Bila dibiarkan, komedo akan menyumbat liang-liang dan akhirnya membuat wajah kelihatan kusam.
Ia menambah, ada banyak penyebab timbulnya komedo ini, antara lain umur, cara penjagaan kulit, hormon, dan genetik. Jika beberapa produk penghilang komedo segera yang ada di pasaran tidak mampu menghilangkan komedo dengan sempurna, ada beberapa alternatif lain yang mungkin boleh membantu anda. Namun, ingatlah untuk tidak menekan atau mencongkel komedo dengan pelbagai cara. Cara ini akan membuat kulit anda meradang, jangkitan, dan menyebabkan timbulnya parut pada kulit.
1 Baking soda
"Pengelupasan kulit mati merupakan salah satu cara untuk meminimakan timbulnya komedo," ujar Zalka. Untuk hasil lebih berkesan, gunakan sahaja baking soda. Baking soda merupakan bahan aktif yang biasa digunakan dalam teknik mikrodermabrasi untuk mengelupaskan kulit.
Jika digunakan secara teratur, baking soda boleh membantu untuk meminimakan komedo. Caranya, campur baking soda dengan air dan kacau hingga terbentuk pasta. Gosokkan dengan lembut di wajah, kemudian diamkan sampai kering dan bilas. Jika tak punya baking soda, anda boleh menggunakan cuka epal untuk membersihkan liang wajah. Cuka epal mempunyai sifat astringen dan anti bakteria, sehingga membantu mengurangkan timbulnya komedo.
2 Masker tanah liat
Dr Jennifer MacGregor dari Union Square Laser Dermatology mendedahkan bahawa kandungan kaolin yang ada di dalam topeng tanah liat ini boleh membantu mengangkat sel kulit mati dan mencegah komedo. Selain itu, tanah liat yang punya daya serap tinggi akan membantu mengurangkan pengeluaran minyak berlebihan di wajah.
3 "Pore strips"
Jika ingin cara yang lebih praktikal, anda boleh menggunakan plaster pengangkat komedo yang ada di pasaran. "Plaster komedo ini memang boleh membantu mengangkat komedo dan memperbaiki struktur liang. Namun komedo akan tetap datang kembali kecuali anda merawat kulit dengan tepat dan rutin membersihkan muka untuk mencegahnya datang kembali, "saran Zalka.
4 Asam salisilat dan "Glycolic"
"Cara terbaik untuk memecah minyak yang menyumbat liang-liang adalah dengan menggunakan beta-hydroxy acid atau asid salisilik," ungkap MacGregor. Asam salisilat dan Glycolic ini membantu menyerap minyak dan membersihkan permukaan liang sehingga akan mencegah terbentuknya komedo. Biasanya, kedua bahan aktif ini banyak terdapat dalam produk sabun pembersih, ataupun pembersih wajah anti jerawat.
5 Microdermabrasion
Jika mempunyai wang lebih, dan ingin komedo hilang lebih lama, maka Microdermabrasion boleh jadi jawapannya. Selain menghilangkan komedo, prosedur ini juga akan membantu memperbaiki tekstur dan rupa kulit.
sumber : http://info-wanita.com/