Kelazatan di kala menikmati hidangan spaghetti pastinya hebat apabila
diletakkan campuran lada benggala ke dalam sos 'bolognese' anda.
Selain menyerlahkan lagi warna pada hidangan, tahukah anda lada benggala yang memiliki variasi warna seperti hijau, kuning dan merah ini banyak mempunyai manfaat pada kesihatan tubuh badan kita?
Walaupun rasanya tidak pedas berbanding jenis lada atau cili yang lain, namun ianya tetap memiliki kandungan manfaat yang hampir sama dengan lada yang lain.
Seperti yang dipetik dari Style Craze, di antara kebaikan yang boleh diperolehi dari tumbuhan yang bulat dan berasa pedas manis ini adalah:
1. Menjaga kesihatan rambut & kulit
Lada benggala atau dikenali juga sebagai 'capsicum' memiliki banyak anti oksida dan vitamin lengkap yang boleh menjaga akar rambut dan ketegangan kulit.
Selain bertindak sebagai agen awet muda dan mencegah dari penuaan diri, lada benggala juga boleh menjadikan kulit bebas dari sebarang jerawat kerana sifatnya yang akti bakteria.
Jika anda memiliki kulit wajah yang sensitif, amalkan lada benggala sebagai bahan utama masker dan ianya boleh membantu dalam mencerahkan kulit wajah.
2. Baik untuk mata
Kerana sifatnya yang memiliki banyak vitamin A khususnya bagi lada benggala yang bewarna kuning dan merah, ianya sangat baik dalam menjaga kesihatan mata.
Lada benggala juga mengandungi 4 karatenoid cryptoxanthin iaitu beta, beta-karoten, lutein dan zeaxanthin yang dapat mencegah katarak dan berbagai penyakit mata yang lain.
3. Melancarkan pencernaan
Kaya dengan serat dan dapat meneutralkan penyakit ulu hati sekali gus lada benggala turut bertindak sebagai agen pelancaran pencernaan. Sifatnya yang anti bakteria dapat menghambat pertumbuhan bakteria yang lain seperti Salmonella dan E.coli.
4. Mencegah skurvi
'Capsicum' juga mampu mencegah penyakit skurvi iaitu penyakit yang disebabkan oleh kekurangan vitamin C di dalam badan yang mengakibatkan gusi menjadi bengkak dan berdarah serta luka yang hampir sembuh boleh terbuka semula dan sebagainya.
5. Mencegah anemia
Lada benggala juga kaya dengan mineral penting yang sangat diperlukan oleh tubuh seperti zat besi, maka ianya sangat baik dalam mencegah dan menyembuhkan anemia. Bahkan vitamin C dan magnesium dalam lada benggala juga membantu memperkuatkan sistem imun dan merangsang produksi trombosit.
Bagi mereka yang kerap memasukkan lada benggala ke dalam masakan mereka, ini merupakan berita baik untuk anda kerana lada benggala memiliki nutrisi lengkap termasuk vitamin, mineral dan anti oksida seperti vitamin A, C, E, K dan B kompleks.
Selain itu ia kaya dengan mineral seperti kalsium, zink, magnesium, fosfor, kalium dan zat besi serta sejumlah kecil serat, gula alami atau karbohidrat, protein, energi dan lemak sihat.
https://my.entertainment.yahoo.com/
By Azizah Saleh | Tupai