Skrub badan merupakan salah satu rawatan tubuh yang sangat mudah untuk
dihasilkan selain ianya sangat cepat dan mudah digunakan.
Selain itu, skrub badan juga sangat efektif dalam merawat kulit tubuh yang kering dan tidak bermaya bertukar menjadi kepada kulit yang lembab dan lebih cerah.
Kebiasaannya skrub badan ini dijual dengan harga yang lebih mahal berbanding sabun biasa, jadi apa kata kali ini anda cuba hasilkannya sendiri di rumah?
Dipetik dari Vemale.com, apa kata anda cuba hasilkannya sendiri dengan mengikut langkah-langkah di bawah ini!
Bahan-bahan:
300 ml minyak zaitun
2 sudu besar parutan lemon
¼ sudu kecil minyak vitamin E
500 gram gula
Cara menghasilkannya:
1. Campurkan semua bahan tersebut di dalam sebuah mangkuk.
2. Adun sehingga rata dan pastikan tidak ada gula yang bergumpal.
3. Simpan dalam bekas yang bertutup rapat.
4. Skrub yang dihasilkan telah siap dan boleh terus digunakan pada bila-bila masa sahaja.
Cara pemakaian skrub:
1. Oleskan skrub pada tubuh badan dan ratakan keseluruhan badan dengan lembut. 2. Bilas dengan air suam dan lapkan badan dengan tuala yang kering. 3. Kulit akan segera terasa lembut dan segar.
Bagi mendapatkan hasil yang lebih maksimum, pastikan anda menggunakan skrub badan ini paling kurang seminggu sekali.
sumber : https://my.entertainment.yahoo.com/
By Azizah Saleh | Tupai