Sisa mekap yang menempel di wajah anda seharusnya dicuci dengan bersih
agar menghindari wajah anda dari ditumbuhi dengan jerawat.
Kebanyakan dari anda pastinya memakai pembersih 'instant' yang banyak mengandungi bahan kimia yang sangat berbahaya bagi kesihatan kulit.
Apa kata anda cuba hasilkan sendiri pembersih wajah di rumah dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi seperti madu!
Tahukah anda madu merupakan pilihan yang sangat tepat untuk dijadikan bahan utama kerana mengandungi banyak khasiat yang baik bagi mengekalkan kecantikan kulit wajah.
Caranya mudah sahaja, anda hanya memerlukan bahan-bahan berikut, iaitu madu dan minyak kelapa. Ya, dua bahan ini sahaja!
Campurkan kedua-dua bahan utama ini mengikut nisbah 1:1, contohnya anda mengambil sesenduk madu, maka ambil juga sesenduk minyak kelapa dan campur kedua-dua bahan itu menggunakan mangkuk.
Ambil pembersih wajah yang telah dihasilkan dan ratakan pada keseluruhan wajah anda dan hindari dari kawasan sekitar mata.
Untuk menghilangkan kesan mekap pada wajah, oleskan bahan tadi pada sekitar kulit anda dan bersihkan dengan air suam.
Sangat mudah bukan? Silalah mencubanya sendiri di rumah ya!
[Kredit info: Vemale.com]
sumber : https://my.entertainment.yahoo.com/
By Azizah Saleh | Tupai