Tuesday, 16 September 2014

Cara Mengurus Masa Minum Saat Berlari

Berlari merupakan cara paling mudah untuk mendapatkan keadaan tubuh yang prima serta stamina yang sesuai. Namun, banyak pelari yang justru kurang paham mengenai cara mengatur waktu minum semasa berlari. Banyak pelari meremehkan air minum dan akhirnya mereka mengalami dehidrasi yang mempengaruhi prestasi tubuh dan kesihatan.

Salah satu cara sihat dalam berlari adalah memperhatikan apa dan berapa banyak cecair yang anda minum sebelum dan sesudah berlari. Ada beberapa cara mengatur waktu minum saat berlari agar keadaan tubuh serta stamina boleh terbentuk dengan sempurna.

Satu jam sebelum anda berlari, cubalah untuk meminum 2 - 4 gelas (400 - 600 ml) air atau cecair non kafein. Apabila lebih dari sukatan tersebut, aktiviti berlari anda akan terganggu dengan ingin buang air kecil. Cara mengatur waktu minum sesaat sebelum berlari pun boleh anda terapkan. Anda digalakkan untuk minum ½ - 1 gelas (100-200 ml) air minum tepat sebelum lari bermula.

Selain mengatur minum saat berlari, anda juga boleh menetapkan minum saat sedang berlari. Bagi anda yang berlari lebih dari 13km / jam, anda memerlukan minum 1 gelas air setiap 20 minit. Untuk yang berlari kurang dari dari 13km / jam, anda perlu minum 20 minit sekali dengan takaran minum ½ - 1 gelas (100-200 ml).

sumber : http://www.sehatplus.com/