Wednesday, 6 November 2013

1,001 rahsia air

Manusia perlu meminum air penting untuk tubuh menjalankan fungsi dengan sempurna.

Air merupakan salah satu rahmat Allah kepada manusia. Kepentingan air sama seperti oksigen.
Air adalah elemen penting demi kelangsungan hidup manusia, jika tidak minum air selama seminggu, manusia boleh mengalami kegagalan serius organ dalaman dan menyebabkan kematian.

Di dalam al-Quran, terdapat banyak ayat menceritakan kepentingan air untuk manusia dan segala kehidupan di muka bumi.

Sejak kecil lagi kita didedahkan dengan kegunaan air sebagai penawar untuk segala jenis penyakit. Sehingga sekarang, kita dapati ada yang membawa air ke masjid setiap malam Jumaat untuk mendapatkan keberkatan bacaan Yasin secara berjemaah.

Apabila demam, ada berjumpa alim ulama untuk mendapatkan air penawar. Malah, sebelum bersalin, ibu digalakkan meminum air selusuh yang didoakan agar memudahkan proses kelahiran.

Allah berfirman dalam surah al-Anbiya ayat 30: “Dan Kami ciptakan dari air segala sesuatu yang hidup.”

Air membentuk 55 hingga 57 peratus berat badan kita dan memainkan peranan penting dalam hampir setiap fungsi utama tubuh.

Pengambilan air dalam jumlah mencukupi amat penting untuk tubuh menjalankan fungsi dengan sempurna. Air mustahak untuk melarutkan sisa metabolisma seperti asid urik dan urea yang diangkut oleh darah ke ginjal.

Oleh kerana itu, air mencukupi diperlukan untuk mengeluarkan bahan buangan daripada tubuh. Kekurangannya akan menyebabkan ginjal bekerja lebih keras untuk menapis bahan toksik dan lama-kelamaan boleh menyebabkan kerosakan ginjal.

Selain itu, lebih 70 peratus daripada tubuh manusia terdiri daripada air. Jika air di dalam tubuh bersih dan suci, sel tubuh lebih sihat dan kuat.

Pengambilan air bersih boleh merangsang sistem pertahanan badan, metabolisma sel dan mengurangkan risiko sel badan menjadi tidak normal dan tidak sihat.

Kita sedar air memainkan peranan penting dalam badan manusia dan bukan sekadar untuk memuaskan dahaga tekak.

Tetapi tidak ramai yang mengkaji dari sudut saintifik dan keagamaan kenapa air digunakan sebagai penawar dalam kehidupan kita.

Allah menceritakan perihal penggunaan ayat tertentu sebagai ubat penawar manusia.

Firman Allah dalam surah al-Israa’ ayat 82: “Dan kami turunkan dengan beransur-ansur dari al-Quran ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang yang beriman kepada-Nya”.

Dalam surah Fussilat ayat 44: “Katakan, al-Quran itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang yang beriman”.

Menurut Kitab Mukhtasar Fi Ma’ni Isma’Allah Al Husni, diriwayatkan bahawa Abi Al-Qaasim Al-Qusyairi pernah menghadapi kesusahan sebab anaknya sakit tenat.
Keadaan ini sangat mencemaskannya sehingga pada suatu malam beliau bermimpi berjumpa Rasulullah SAW lalu dia mengadukan hal itu.

Rasulullah bertanya : “Tidakkah engkau mempergunakan ayat-ayat asy-Syifaa?” Al-Qusyairi pun lalu tersedar dan dicarinya ayat-ayat itu dalam al-Quran. Lalu Al-Qusyairi pun menuliskan ayat-ayat itu pada kertas dan dibasuhnya dengan air lalu diberi minum kepada anaknya. Maka sembuhlah penyakit anaknya dengan serta-merta hasil dari mukjizat al-Quran.

Dari sudut saintifik pula, kajian saintis Eropah dan Jepun mendapati air satu elemen yang hidup. Ini kerana ia mampu merakam gema, perasaan serta bacaan yang dibuat terhadapnya.

Ini dibuktikan interaksinya dengan keadaan luaran. Apabila dibacakan sesuatu yang baik, sebagai contoh ayat al-Quran, molekul air bertukar kepada bentuk kristal yang bersinar serta bercahaya.

Begitu juga sebaliknya apabila dibacakan yang tidak baik.

Kini, kita lebih memahami kenapa air digunakan sejak turun-temurun sama ada untuk mencapai sesuatu kebaikan ataupun kejahatan.

Keistimewaan air yang ditenagakan dengan ayat al-Quran bukan saja pada zat galian tetapi adab sepanjang pemprosesan air yang didoakan di pusat perubatan Islam.

Allah berfirman, “Wahai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pengajaran dari Tuhanmu (iaitu Quran) dan penyembuh bagi penyakit dalam dada.” (surah Yunus:57).

Percayalah apabila air dibacakan ayat al-Quran, ia menjadi sesuatu berbeza dan insya-Allah sebagai ubat. Kehebatan al-Quran terbukti sejak sekian lama.

Terdapat hikmah, nur, penawar terlalu banyak dan hebat dalam al-Quran. Terdapat banyak rahsia penawar dalam al-Quran yang belum digali dan diteroka. Bahkan setiap huruf dalam al-Quran ada penawar dan kelebihannya.

Oleh itu haruslah kita berbalik kepada kekuasaan Allah dan keajaiban al-Quran dalam menangani masalah zahir dan batin.

Semoga molekul air bercahaya yang terbentuk dari bacaan al-Quran menjadi darah daging kita sekeluarga apabila dijadikan sebagai amalan harian. Tidak ada ragunya mukjizat al-Quran mampu menjadi penawar dan mencapai sesuatu hajat dengan keredaan Allah, insya-Allah.

Langkah mudah untuk rambut kekal cantik

Posted by TUPAI


Rambut adalah aset penting bagi wanita. Kebanyakan wanita yang memiliki rambut panjang sememangnya tidak akan lari dengan masalah rambut kusut. Lazimnya, individu yang mengalami rambut kusut sangat terdedah dengan masalah rambut gugur.

Berikut merupakan tiga langkah mudah untuk mengatasi masalah rambut kusut.

Perapi Rambut

Secara umumnya, individu yang mengalami masalah rambut kusut adalah berpunca daripada tekstur rambut yang kering. Oleh itu, rambut kusut boleh diatasi dengan penggunaan perapi rambut secara konsisten dan elakkan daripada membilas rambut sehingga bersih apabila menggunakan perapi rambut tersebut. Kesan perapi rambut yang tertinggal pada rambut menjadikan ia mudah diurus dan bebas daripada kusut.

Krim Dandanan Rambut

Bagi individu yang memiliki rambut panjang, sebelum anda melakukan "blow-dry" pada rambut, aplikasikan krim dandanan rambut dari bahagian tengah hingga hujung rambut. Akan tetapi, elakkan aplikasi krim tersebut pada akar rambut dan kulit kepala kerana ia akan membuatkan rambut anda berminyak.

Keringkan Rambut Secara Semulajadi

Elakkan daripada mengeringkan rambut dengan menggunakan pengering rambut kerana ia bakal mengundang rambut anda menjadi kering. Oleh itu, seelok-eloknya biarkan rambut anda kering secara semulajadi agar kelembapan rambut kekal sepanjang hari.

Ubat gigi dan garam hilangkan bintik hitam

Posted by TUPAI


Siapa suka apabila bintik hitam muncul kembali? Hendak hilangkannya cukup susah. Mungkin anda sudah buntu dengan pelbagai cara dan produk.

Tahukah anda campuran ubat gigi dan garam dapat membantu menghilangkan bintik hitam? Cuba tips di bawah dan lihat sendiri hasilnya.
  1. Campurkan ubat gigi berpudina bersama sedikit garam dan sukatannya harus sama rata.
  2. Apabila ramuan sudah sebati, sapukannya di serata muka dan juga di tempat – tempat yang mempunyai bintik hitam. Elakkan menyapu terlalu rapat pada mata kerana kesan pudina membuatkan mata anda pedih. Selesai meratakan ramuan, biarkan selama 5 minit.
  3. Kemudian, urut wajah ada menggunakan dua jari dalam gerakan membulat kemudian bilas dengan air suam.
  4. Akhir sekali, ambil air batu dan balutkan bersama tuala dan sapukan ke seluruh wajah terutama di hidung, ini bertujuan untuk menutup liang-liang roma yang terbuka.
Lakukannya seminggu sekali dan lihat perubahannya. Di samping itu, kulit anda akan berasa lebih lembut dan segar.

Selamat Mencuba!

Tips memutihkan gigi menggunakan bahan semulajadi

Posted by TUPAI

Risau dengan gigi anda yang dulunya putih namun kini telah berkarat? Banyak punca yang boleh mengakibatkan kekuningan gigi. Antaranya, malas menggosok gigi, cara menggosok yang salah, dan merokok.

Dibawah terdapat beberapa bahan semulajadi yang mampu membantu anda mengatasi masalah ini.

Lemon & garam

Campurkan perahan jus lemon bersama sedikit garam dan berkumur. Amalkannya seminggu sekali sudah memadai kerana terlalu banyak berkumur mengunakan garam boleh merosakkan lapisan gigi jika terlalu kerap berkumur. 

Strawberi

Mesti ramai yang tidak tahu tentang ini bukan? Selain ia sedap dimakan , strawberi mampu membantu memutihkan gigi anda. Tidak perlu membuat ramuan, cuma ambil buahnya dan gosok pada gigi anda.

Arang kayu

Arang kayu yang anda selalu guna untuk barbeku juga mampu membantu anda mengurangkan kekuningan gigi. Sama seprti di atas, cuma gosokkan sahaja pada gigi.

Biji buah pinang

Pada zaman dahulu, biji buah pinang berfungsi seperti ubat gigi selain daripada kayu sugi. Mereka akan membakar biji pinang dan hiris halus sebelum menggosokkannya pada gigi. Anda juga boleh mencubannya, Lakukan dua minggu sekali sudah memadai. Selain itu, ia memperkuatkan gigi juga.

Kulit jeruk

Kulit jeruk yang anda selalu buang itu sebenarnya mampu memutihkan gigi anda. Amalkan setiap hari dan lihat hasilnya. Namun bagi anda yang mempunyai gigi sensitif, berwaspadalah kerana kandungan vitamin C didalam kulit jeruk itu mungkin tidak sepadan dengan gigi anda.

Selamat mencuba! 

Skrub garam & gula buatan sendiri yang baik untuk badan

Posted by TUPAI

Skrub garam dan gula merupakan salah satu rawatan yang paling mudah untuk dilakukan di rumah. Bukan sahaja melumurkan gula atau minyak ke seluruh badan anda menyenangkan, namun faktor pengelupasan juga akan menjadikan kulit lebih segar, bertenaga dan lembut seperti kulit bayi.

Skrub mandian di pasaran kebanyakannya mahal namun jangan risau kerana anda juga boleh membuat skrub garam dan gula mandian anda sendiri. Hanya gunakan beberapa bahan semula jadi dan tidak perlu bahan kimia yang berbahaya untuk dapatkan kulit yang berseri dan halus. Berikut adalah beberapa cadangan untuk skrub mandian yang sangat mudah disediakan di rumah: 

Skrub mandian pisang + gula

Apabila pisang berwarna keperangan, gunakannya untuk membuat skrub. Ini tidak memerlukan minyak dan hanya bergantung kepada kelebihan pisang dan gula kasar.
  • 1 pisang masak
  • 3 sudu besar gula pasir
  • ¼ sudu teh ekstrak vanila tulen atau minyak pati kegemaran anda (terpulang)
Gaulkan kesemua bahan sekali dengan menggunakan garfu sehingga menjadi ketulan kecil. Jangan terlebih kacau atau ia akan menjadi terlalu lumat dan nipis. Jika anda mahukan skrub pisang untuk muka anda, simpan beberapa pisang dan campurkan secara berasingan tanpa gula. Semasa mandi, sapukan campuran gula dan pisang tadi dan perlahan-lahan urut ke seluruh badan anda. Manakala, untuk muka anda, perlahan-lahan urut dengan menggunakan skrub pisang tanpa gula tadi dan seeloknya elakkan kawasan mata. Kemudian, bilas dengan air suam.

Skrub garam rosemary + lemon

Sekiranya anda tidak menggunakanherba untuk memasak, mencampurkan herba tersebut yang berbau harum dengan lemon dan garam adalah rawatan yang paling 'superb' untuk kulit.
  • 1/2 cawan garam laut
  • 1/4 cawan minyak zaitun dara
  • 2 sudu kulit lemon
  • 1 sudu kecil rosemary kering
Campurkan kesemua bahan bersama-sama dan letakkan dalam balang bertutup rapat. Senang, bukan?

Skrub mandian bergula

Skrub mandian ini juga sangat mudah untuk dibuat. Anda hanya perlukan bahan-bahan seperti berikut:
  • Gula kasar
  • Minyak zaitun
  • 15-20 titis minyak kegemaran anda penting
Kuantiti gula kasar dan minyak zaitun boleh disukat mengikut kehendak anda. Campurkan kesemua bahan sehingga sebati dan siap!

Anda boleh gunakan skrub gula buatan sendiri anda ini untuk membuang lapisan kulit yang mati dan melembapkan lagi kulit anda.

Skrub tomato bergula

Skrub tomato bergula sangat baik untuk disapu pada kulit sebelum anda pergi ke pantai atau kolam renang, atau untuk hari-hari di mana anda terlupa membawa 'sunblock' dan kulit anda mula terbakar. Gosok skrub ini pada kulit adalah cara yang baik untuk menyejukkan kulit daripada bahang sinaran matahari. Anda hanya memerlukan bahan seperti berikut:
  • 2 cawan gula pasir
  • 1 tomato besar dicincang
  • ¾ cawan minyak kelapa
  • 5-20 titis minyak pati
Letakkan gula di dalam mangkuk dan ketepikan dahulu. Sementara itu, potong tomato halus-halus sehingga hampir lumat. Letakkan tomato tersebut ke dalam mangkuk yang ada gula tadi dan kacau perlahan-lahan sambil tuang minyak kelapa secara perlahan ke dalam mangkuk dan kacau. Kemudian, titiskan minyak pati dan kacau perlahan. Seterusnya, simpan dalam bekas kedap udara dan letakkan di dalam peti sejuk. Pasti menyegarkan!

Skrub kelapa + gula perang + vanila

Minyak kelapa sangat halus dan wangi serta mempunyai banyak manfaatnya. Skrub ini sangat melembapkan, malahan anda juga boleh jadikannya sebagai pencuci mulut. Antara bahan-bahan yang diperlukan ialah:
  • 1/2 cawan minyak kelapa
  • 1/2 cawan gula perang
  • 1/2 sudu teh vanilla
Campurkan kesemua bahan-bahan di atas bersama-sama. Kemudian anda boleh sapukan pada kulit semasa mandi. Urut dan bilas.

Skrub bergula untuk bibir

Terdapat juga skrub untuk bibir yang mana boleh menjadikannya lebih lembut dan kelihatan lebih mungil. Hanya campurkan sedikit minyak jojoba atau zaitun dengan gula kastor bersama sedikit pudina atau ekstrak vanila. Kemudian, letakkan letakkan pada bibir dan urut. Tidak perlu membilas bibir anda kerana anda boleh menjilatnya. Rasanya enak, bukan?

Skrub garam lavender

  • 1/2 cawan garam kasar laut
  • 1/3 cawan minyak badam/kelapa/zaitun
  • 1 sudu lavender kering
Anda hanya perlu campurkan kesemua bahan di atas dengan sebati dan siap! Skrub garam lavender ini sangat wangi dan apabila disapu pada kulit, ia akan menanggalkan sel-sel dan menjadikannya lebih berseri. Tambahan lagi, anda juga boleh memberikan skrub ini kepada seseorang sebagai hadiah.

Skrub garam sitrus

Skrub ini akan membuatkan anda jadi lebih hebat selepas mandi pagi atau selepas sukan.
  • 1/2 cawan garam laut
  • 1/2 cawan minyak pilihan anda (jojoba, badam, zaitun @ apa sahaja)
  • 1 sudu teh kulit limau (limau , lemon, oren, limau gedang)
Campurkan kesemua di atas dan gosokkan pada kulit semasa mandi. Seeloknya, anda haruslah elakkan mata dan kemudian, bilas.

Tuesday, 5 November 2013

Penyebab rambut gugur

Posted by nasibah abdulghani


Rambut gugur memang normal. Namun jika rambut anda gugur lebih daripada 50 hingga 100 helai sehari, itu petanda anda mengalami masalah rambut gugur. Mengapakah rambut gugur kebanyakannya terjadi dalam kalangan wanita? Ia terjadi mungkin disebabkan hormon di dalam badan yang tidak seimbang, penggunaan produk yang salah dan kurang vitamin pada akar rambut.

Hormon

Hormon seks wanita mampu menggalakkan pertumbuhan rambut yang lebat. Wanita turut menghasilkan hormon androgen dalam kuantiti yang sedikit namun ia akan bertindak aktif jika seseorang itu berada dalam keadaan tertekan. Ini menyebabkan rambut anda mudah gugur. Jadi, untuk melebatkan rambut, anda tidak boleh terlalu tertekan dan sentiasa bertenang dalam apa jua keadaan.

Produk

Rambut juga mudah gugur jika anda sering mewarnakan rambut atau selalu menukar gaya rambut lurus atau kerinting. Apa yang perlu anda lakukan ialah memilih syampu yang boleh melindungi rambut daripada kerosakan, jangan terlalu kerap mencuci rambut dan jarakkan penukaran warna dan stail rambut.

Kurang vitamin

Untuk mengelakkan rambut anda daripada gugur, pengamalan makanan berkhasiat seperti bijirin, buaha-buahan, sayur-sayuran dan makanan berprotein tinggi seperti ikan sangat membantu anda mendapatkan rambut yang lebat. Jika anda kurang gemar memakan makanan seperti ini, ambillah supplemen khas untuk rambut iaitu Biotin, Niasin, Zink, Vitamin B6, B12, A dan E.

Manfaat lemon

Posted by nasibah abdulghani

Buah sitrus lemon bukan sahaja boleh digunakan untuk tujuan masakan malah mempunyai 1001 manfaat boleh didapati untuk menjaga kecantikan muka dan tubuh badan.\

Antara khasiat lemon ialah:

Rawatan kulit berjerawat

Lemon mampu merawat jerawat kerana kandungan asid sitrik dan alkalinya dapat membunuh bakteria yang menyebabkan timbulnya jerawat. Anda boleh sapukan jus lemon sebenar pada kulit berjerawat dan biarkan ia semalaman. Untuk membuat masker, anda juga boleh mencampurkan jus lemon dengan madu sebelum dilumurkan pada kulit muka. Hasilnya, wajah akan kelihatan lebih berseri.

Tangan & kuku yang cantik

Untuk kuku yang lebih bersinar, rendam jari di dalam jus lemon selama 10 minit sebelum memberus kuku dan rendamkan semula di dalam air suam yang bercampur sedikit cuka. Kemudian, bilaskan jari anda dengan air suam. Jangan lupa lakukannya seminggu sekali untuk hasil yang memuaskan!

Hilangkan hitam bawah ketiak dan siku

Lemon selalunya digunakan untuk krim pemutihan wajah. Jadi memang terbukti lemon mampu memulihkan masalah ketiak dan siku yang gelap. Caranya, potong lemon dan gosokkan pada kawasan yang terlibat. Praktikkannya secara konsisten agar anda dapat melihat sendiri perubahannya.

Kurangkan berat badan

Jus lemon bertindak membantu penghadaman dan merangsang hati untuk menyingkir kotoran dalam badan. Sekiranya anda mahu mengurangkan berat badan, amalkan minum segelas jus lemon suam yang dicampur madu setiap hari.

Atasi rambut nipis dan berkelemumur

Urutkan lemon ke atas kepala untuk melancarkan peredaran darah boleh merangsang pertumbuhan rambut. Malah, jik anda membiarkan jus lemon di atas kulit kepala selama 10 minit selepas mencucui rambut boleh mengurangkan kelemumur dan rambut akan lebih bersinar.

Garam laut baik untuk kulit & rambut

Posted by TUPAI

Apakah itu garam laut? Garam laut sebenarnya adalah garam semulajadi yang dihasilkan secara langsung dari air laut. Apabila air laut masin tersejat, maka garam laut akan terbentuk. Garam laut mengandungi nutrien-nutrien penting yang mana mempunyai pelbagai manfaat untuk kulit dan rambut.

Tidak kira sama ada kulit anda kering atau berminyak, anda sentiasa boleh memastikan ia bersinar dan cantik dengan garam laut. Garam laut dianggap sebagai pembersih semulajadi. Ia mengandungi sejumlah besar vitamin C, yang mana bebas dari radikal dan boleh melicinkan lagi fungsi antioksidan. Oleh itu, garam ini mampu menyahtoksik sel-sel kulit anda dengan menyerap semua kotoran, habuk dan bahan-bahan toksik yang bahaya.

Apabila semua toksin keluar dari badan anda, kulit pun akan menjadi lembut dan sihat. Selain itu, mandi menggunakan garam laut boleh mencerahkan warna kulit. Manakala, magnesium yang terkandung dalam garam boleh mengekalkan kulit anda tetap lembut, anjal dan kelihatan muda.

Garam laut juga mengandungi kalsium yang boleh membersihkan liang roma tersumbat. Jika anda mempunyai kulit berjerawat, sangatlah digalakkan untuk menggunakan pencuci muka yang mengandungi garam laut. Ia menjadikan kulit anda bersih dan licin dengan mengurangkan jangkitan bakteria. Anda juga boleh menggunakan garam laut untuk pengelupasan secara semulajadi. Tekstur garam ini membantu untuk membuang lapisan sel-sel kulit mati dan menyerlahkan kulit baru yang segar.

Selain daripada untuk kulit, garam laut juga boleh digunakan pada rambut. Ia merupakan ubat yang baik dan semula jadi untuk rambut berminyak. Ia boleh menyerap minyak berlebihan daripada rambut panjang anda dan menjadikan mereka licin dan cantik.

Tambahan pula, dengan begitu banyak mineral yang ada dalamnya, anda boleh dengan mudah mendapatkan bahawa jumlah yang dikehendaki dan melantun dalam rambut anda dengan garam laut. Selain itu, ia membekalkan nutrien yang secukupnya untuk folikel rambut anda dan menjadikan mereka lebih lembut.

Seterusnya, garam laut sangat bagus untuk memerangi kelemumur. Ia berfungsi secara langsung pada kulit kepala anda dan membantu anda menghilangkan kekeringan supaya anda sentiasa boleh menayangkan rambut panjang dan berkilat anda.

Jadi, apa yang ditunggu lagi? Mula gunakan garam laut hari ini dan lihat perbezaannya esok! 

Petua Tradisional Mencegah Kanser

Posted by Encik Oktant

Sedar atau tidak, kita sebenarnya terdedah kepada risiko penyakit kanser (barah) setiap hari. Walau kita sehabis baik amalkan gaya hidup sihat, tapi adakah orang di sekeliling pun sama? Saya tak rasa begitu.

Begini, contoh yang paling senang ialah perokok. Saya yakin kebanyakan rakan-rakan kita merokok, kaaannnn? Jadi, secara tak langsung kita pasti hidu asap rokok tiap-tiap hari. Akibatnya, kita pun kena tempiasnya. Iaitu berisiko dapat kanser tekak dan paru-paru. Huhuhu...

Tapi, kita sebenarnya boleh mencegah atau mengelak daripada dijangkiti kanser. Saya ingatkan sekali lagi, mencegah kanser. Bukan mengubat, merawat, menyembuh mahupun penawar kanser tau.

Ini kerana, kanser di peringkat awal masih boleh dikawal. Peluang untuk sembuh pun ada. Sebaliknya kalau dah teruk, ia boleh menyebabkan kematian. Moga kita semua peka dengan perkara ini ya.

Baiklah, cara tradisional untuk mencegah kanser ialah dengan memakan daun Pokok Tujuh Bilah setiap hari. Rupa pokoknya seperti di bawah ini. 

Cara memakannya; 

  1. Ambil sehelai dua daun pokok tujuh bilah yang telah dibersihkan dan makan secara mentah sahaja. Ataupun
  2. Kalau tak gemar makan begitu saja, buatlah ulam untuk dimakan bersama nasi setiap hari. Kalau nak cicah sambal, budu ataupun cencaluk pun boleh.

Seperkara lagi, daun ini sebenarnya akan mengeluarkan lendir. Rasanya agak tawar. Jika anda kurang selesa dengan lendir tersebut, ambil saja bahagian pucuk mudanya. Kurang sikit lendirnya.

Amalan ini sebaik-baiknya diamalkan setiap hari. Bukannya berselang-seli ataupun sekejap makan, lama sekejap tak makan. Kita pun sedia maklum bahawa setiap hari kita terdedah dengan risikonya, kaannn? 

p.s: Oh, ya! Sebelum terlupa, amalan ini turut berguna mengelakkan sakit kepala (pening kepala), mengurangkan rasa lenguh-lenguh serta boleh menyegarkan badan anda.

Read more: http://petuasejagat.blogspot.com/

Minuman panas hindarkan angin ahmar?

Minum minuman panas di waktu pagi, sama ada teh atau kopi adalah rutin sebahagian daripada kita. Tabiat mudah ini tenyata membantu kita mengurangkan risiko serangan angin ahmar.

Satu kajian yang di lakukan di Jepun, melibatkan 83,000 orang menunjukkan bahawa mereka yang kerap minum teh hijau atau kopi setiap hari mempunyai risiko angin ahmar sebanyak dua puluh peratus lebih rendah.

Menurut Dr. Yoshihiro Kokubo daripada Jepun, Jika anda tidak boleh mengubah gaya hidup anda, cuba untuk mencegah angin ahmar dengan meminum teh hijau setiap hari.

Untuk pengetahuan anda, teh hijau mengandungi catechin, iaitu nutrien antioksidan dan anti–radang. Manakala, kopi mempunyai asid klorogenik juga mengurangkan risiko angin ahmar dan juga kencing manis.

Walau bagaimanapun, seorang pakar jantung di Amerika Syarikat mengatakan bahawa, kajian yang di kendalikan di Jepun itu tidak tepat kerana kajian itu tidak membuktikan bahawa kandungan teh atau kopi mempunyai kaitan dengan angin ahmar.

Petua kesihatan untuk wanita 30an

Posted by muhamad shukri

Setiap wanita mengimpikan kecantikan dan kesihatan yang baik, namun apabila usia meningkat, pelbagai masalah akan muncul dan ianya pasti tidak sama ketika zaman anak dara.

Apabila umur sudah memasuki 30an, kelembapan kulit akan semakin kurang, oleh itu penggunaan krim sangat diperlukan. Gunalah pelembap yang sesuai dengan kulit dan tidak semesti sesuatu produk yang mahal itu bagus tetapi yang sebaiknya carilah produk yang sesuai untuk kulit anda.

Amalkan pemakanan seimbang seperti makanan berserat tinggi seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan jauhi daripada makanan berlemak dan makanan ringan kerana secara tidak langsung ia dapat melambatkan proses penuaan.

Jangan biarkan muka anda banyak terdedah kepada pancaran cahaya matahari dalam tempoh masa yang lama. Pendedahan yang lama bukan saja akan mehitamkan kulit malah ianya juga akan mengurangkan kelembapan dan seterusnya menyebabkan kepada kekeringan.

Selain itu, bersenam juga mampu meningkatkan stamina dan mencantikkan tubuh badan. Sekurang-kurangya lakukan senaman 3 kali seminggu untuk mengekalkan tubuh badan yang sihat dan langsing.

Wanita yang positif, ceria, dan selalu sentiasa tersenyum akan membuatkan anda kelihatan awet muda dan mudah didekati malah juga mampu menambahkan keyakinan diri di samping dapat mengelakkan tekanan.

Pastikan minum banyak air kerana air adalah aset yang penting untuk kesihatan tubuh badan terutamanya pada kulit muka. Air juga adalah penting untuk proses penghadaman dan penyingkiran toksik dalam tubuh badan.

Pengambilan vitamin amatlah digalakkan untuk wanita 30an kerana kesibukan waktu kerja di pejabat mahupun rumah akan menyebabkan kepenatan serta kelesuan tubuh badan jadi dengan pengambilan vitamin, kesihatan anda akan lebih terjaga.

Itulah serba sedikit antara petua kesihatan untuk wanita 30an amalkan untuk sentiasa kelihatan muda dan cantik. Selamat mencuba!!

Manfaat jus bayam untuk kulit, rambut dan kesihatan

Posted by TUPAI


Ingat lagi pada kartun Popeye yang amat gemar makan bayam untuk menjadi lebih kuat? Ya. Popeye sangat betul. Bayam sememangnya baik untuk kesihatan malahan ia juga membekalkan nutrien yang penting untuk badan anda. Apatah lagi, bayam juga berfungsi sebagai elemen ajaib untuk menyembuhkan kebanyakan masalah kesihatan.

Bayam mentah atau yang telah diproses sangat kaya dengan karoten, asid amino, zat besi, iodin, potasium dan magnesium , Vitamin A, C, K, E dan B kompleks. Mineral yang terdapat dalam sayuran ini adalah alkali semula jadi dan membantu untuk mengimbangi tahap pH dalam badan anda.

Kesannya, anda akan mendapat jumlah protein yang sama sebahagian bayam seperti yang anda dapat protein daripada seketul daging.

Manfaat jus bayam untuk kesihatan

Bayam ialah sayuran berdaun hijau yang penuh dengan vitamin dan nutrien seperti kalium, magnesium, asid mangan, karotena dan folik. Tambahan lagi, jumlah zat besi dalam bayam adalah hampir dua kali ganda jumlah yang terdapat dalam sayur-sayuran lain seperti lobak merah atau kubis. Apabila anda memasak bayam, anda juga akan kehilangan banyak nutrien dalam proses ini. Jadi, sangatlah disyorkan untuk mengambil bayam secara mentah, sekurang-kurangnya sekali dalam sehari. Hanya dengan minum segelas jus bayam setiap hari, anda akan mendapat pelbagai manfaat seperti berikut :
  1. Tahap nutrien yang tinggi terkandung dalam bayam membantu dalam pembentukan sel darah merah dan merupakan pembina darah yang cemerlang. Jadi, anda tidak akan terdedah kepada anemia.
  2. Oleh sebab kealkalian yang tinggi dalam bayam, anda mendapat bantuan lengkap daripada penyakit artritis reumatoid.
  3. Bayam membersihkan tisu-tisu di dalam badan anda serta membantu mengekalkan tahap kealkalian darah anda.
  4. Kaya dengan Vitamin C dan K, jus bayam membantu menyembuhkan gusi berdarah.
  5. Oleh kerana asid folik yang tinggi dan anti-oksidan yang terdapat dalam bayam, ia membantu untuk mengurangkan tahap ‘homocyteine’ badan anda dan mengurangkan bahaya ‘aterosklerosis’.
  6. Bayam mengandungi klorofil, flavonoid dan lution yang mana membantu memerangi pembentukan sel-sel kanser. 7. Selain itu, bayam juga boleh melawan masalah penglihatan seperti rabun malam dan katarak dengan kehadiran vitamin A dan 'caretonoids' di dalamnya.
  7. Bayam sangat kaya dengan serat dan sudah semestinya ia membantu memerangi masalah perut seperti ulser, masalah penghadaman dan sembelit.
  8. Berfungsi melawan osteoporosis kerana vitamin K yang terdapat dalam bayam membantu memastikan tulang anda yang sihat dan kuat.
  9. Memerangi tekanan darah tinggi.
  10. Sangat bermanfaat untuk wanita hamil, kerana ia menyediakan nutrien penting yang diperlukan oleh janin yang sedang membesar. Selain itu, ia juga akan meningkatkan jumlah dan kualiti susu yang dihasilkan di dalam badan ibu.

Manfaat jus bayam untuk kulit

Semakin masa berlalu, kulit anda mula kehilangan sinar, kilauan dan kelembutan. Lama-kelamaan, kedutan dan tompok gelap akan timbul juga. Daripada mencuba krim anti-penuaan, cubalah segelas jus bayam setiap hari. Tinggi dengan antioksidan, bayam membantu menjaga kulit anda lembut dan terhidrat. Dengan cara itu, anda akan dapat mengelakkan kesan masa yang merosakkan kulit anda, dan juga tanpa menggunakan mana-mana bahan kimia. Vitamin dan antioksidan dalam bayam sudah cukup memainkan peranan yang penting dalam menggalakkan kulit yang sihat dan berseri.

Manfaat jus bayam untuk rambut

Rambut adalah mahkota dan merupakan bahagian penting secara keseluruhan dan personaliti. Jika anda mempunyai garis rambut menipis atau kulit kepala gatal, ia mungkin akan menyebabkan anda rasa malu untuk bersosial. Daripada menggunakan tonik rambut berasaskan kimia atau syampu, anda disyorkan untuk mengambil segelas jus bayam setiap hari. Oleh sebab bayam kaya dengan Vitamin B kompleks, ia membantu merangsang pertumbuhan rambut anda dan menjadikan rambut anda bersinar juga.

8 Khasiat Timun

Posted by Encik Oktant


Jika sebelum ini, saya tidak begitu gemar makan timun. Orang kata timun ni sejuk. Jadi ia kurang baik kalau dimakan selalu. Lebih-lebih lagi golongan lelaki. Namun, akhir-akhir ni saya dapati timun ni sebenarnya banyak pula khasiat. Jadi, lepas ni saya akan mengubah persepsi tentang timun ni.

Antara khasiat timun yang mesti anda tahu adalah:
  1. Amalkan memakan timun setiap hari bagi mengelakkan sembelit.
  2. Jus timun amat baik untuk anda yang mengalami gastrik.
  3. Seandainya anda campurkan jus timun dengan perahan lobak merah serta daun saderi boleh mengatasi masalah artritis, gout dan reumatik.
  4. Sekiranya anda ingin menurunkan berat badan, amalkan memakan timun sama ada secara mentah ataupun yang telah dimasak. Jika minum jus timun setiap hari pun boleh menurunkan berat anda.
  5. Timun juga mampu mengubati penyakit disentri (keluar darah semasa buang air besar).
  6. Campuran perahan timun, jus lobak serta salad mujarab untuk mengubati kudis.
  7. Bagi anda yang masih buntu dengan masalah jerawat, cuba parutkan timun dan campurkan dengan kuning telur. Kacau bahan tersebut hingga sebati. Kemudian, sapu pada seluruh muka anda. Biarkan selama 20 minit. Setelah itu, bilaslah dengan air bersih. Amalkan seminggu sekali agar jerawat lekas kering.
  8. Ada tak yang sakit tekak atau hilang suara? Jika ada, ambil biji timun dan campurkan dengan sedikit garam. Berkumurlah dengan bahan tersebut beberapa kali sehari.

Insya-Allah, amalan ini akan menyelesaikan masalah anda tu.

Read more: http://petuasejagat.blogspot.com/

Petua Memutihkan Kulit Muka Dengan Kopi

Posted by Encik Oktant

Setiap hari, anda terdedah dengan asap, debu, habuk dan sinaran matahari. Keadaan ini memang tak dapat dielakkan. Sekiranya diabaikan, ia membuatkan kulit menjadi kusam dan kurang bermaya. Terutamanya kulit muka. Anda pasti menyedarinya bila membelek muka di depan cermin. 

Risau?? Tentulah risau, kan? 

Justeru, kalau anda ingin mengekalkan kulit muka yang putih serta cerah, apakata rawat muka dengan serbuk kopi. Ini kerana serbuk kopi mampu mengembalikan kecerahan kulit anda.

Kalau nak memutihkan satu badan pun boleh amalkan petua memutihkan kulit yang bakal anda ketahui sebentar saja lagi. :-)

Untuk makluman anda, serbuk akan menghasilkan minyak anti-oksidan. Ia berfungsi menghaluskan serta mencerahkan kulit anda.

Jadi, usah tunggu lagi! Sediakan bahan-bahan yang diperlukan;
  • 1/2 kg biji kopi
  • Sedikit minyak zaitun
  • Sedikit tepung sengkuang 
Caranya;

  1. Tumbuk biji kopi sampai halus.
  2. Campurkan serbuk kopi dengan minyak zaitun dan tepung sengkuang mengikut kadar yang secukupnya.
  3. Kacau kesemua bahan hingga rata.
  4. Kemudian, sapukannya pada muka serta seluruh anggota badan anda.
  5. Sambil menyapu, gosokkan secara lembut campuran tadi pada tubuh anda.
  6. Seterusnya, biarkan ia selama 1 jam. Tujuannya supaya minyak dalam kopi tadi menyerap ke dalam tubuh anda dengan sempurna.
  7. Akhir sekali, bilas tubuh anda dengan air yang dicampurkan dengan sedikit garam. Lepas tu anda bolehlah mandi seperti biasa.
 Petua ini boleh diamalkan seminggu sekali. Selamat Mencuba!

Read more: http://petuasejagat.blogspot.com/

Monday, 4 November 2013

5 Manfaat Jalan Kaki

Posted by Encik Oktant

Anda suka jalan kaki untuk ke satu-satu tempat? Tak kiralah sama ada ke kedai runcit berdekatan rumah mahupun ke kedai makan berhampiran pejabat. Ataupun bersiar-siar di taman pada setiap petang dan hujung minggu. Ini pun dikira juga. =)

Jikalau anda memandang rendah pada aktiviti berjalan kaki ni, cuba fikir semula.

Berjalan kaki secara perlahan atau sederhana dengan purata 150 minit seminggu mampu mengurangkan risiko pelbagai penyakit. Di samping memberikan kebaikan lain kepada anda.

Antaranya;

1. Kurangkan risiko diabetes

Kajian terbaru mendapati berjalan kaki secara perlahan mengurangkan risiko diabetes. 

2. Kurangkan risiko strok

Berjalan kaki secara sederhana selama 30 minit sehari menurunkan risiko strok. Iaitu pengurangan sekitar 40%. Sebaiknya lakukan aktiviti jalan kaki ini 5 kali seminggu. 

3. Kurangkan risiko kanser payudara

Berjalan kaki bukan setakat boleh mengurangkan risiko barah payudara. Malah ia membantu si pesakit melawannya. Jadi, apa tunggu lagi?? 

4. Menguatkan daya ingatan

Kajian dari Itali mendapati berjalan kaki atau melakukan aktiviti lain seperti berkebun mampu mengurangkan 27% risiko mendapat demensia. Hasil ini diperolehi setelah menelitinya selama 4 tahun.

Demensia merupakan sejenis penyakit otak yang menyebabkan fungsi seseorang menurun dengan cepat. Contohnya seperti kurangnya daya ingatan, daya berfikir serta pergaulan.

Dimensia ini boleh dialami oleh sesiapa saja. Tetapi biasanya oleh mereka yang berumur 40-an ke dan atas.

Oleh itu, lakukanlah aktiviti jalan kaki ini bagi melancarkan aliran darah anda ke otak. 

5. Memperbaiki kehidupan seks

Ah-ha! Bagi pasangan yang dah lama berkahwin mesti suka, kan?

Menurut kajian lagi membabitkan wanita 45-55 tahun, mereka yang menjadikan aktiviti jalan kaki sebagai rutin akan dapat ...

A. Meningkatkan ransangan seks &
B. Meningkatkan kepuasan seks mereka. kerana pengaliran darah yang lebih lancar.

Sekarang, bagaimana persepsi anda terhadap aktiviti berjalan kaki? Dah berubah ke belum? Kalau dah, amalkan aktiviti ini 30 minit sehari selama 5 hari seminggu sebagai rutin baru anda. (*-*).

Read more: http://petuasejagat.blogspot.com/

12 Faktor Lemah Daya Ingatan

Posted by Encik Oktant

Ada sesetengah orang asyik lupa aje kerjanya. Sikit-sikit lupa. Walhal dah diberitahu berkali-kali, tetapi tetap juga lupa. Memang dia pelupa agaknya.

Oke. Saya nak kongsi sikit beberapa faktor yang menyebabkan seseorang jadi pelupa. Dalam erti kata lain lemah daya ingatan. 12 faktor itu adalah;
  1. Bercinta tidak berlunaskan ajaran Islam.
  2. Bermain mata dengan wanita dan sebaliknya (zina mata).
  3. Buang air kecil sambil menggosok gigi.
  4. Minum minuman atau makan makanan yang telah dimasuki semut.
  5. Minum minuman dan makan makanan yang haram ataupun diperolehi secara haram.
  6. Onani atau melancap.
  7. Selalu mengadu domba serta mengumpat.
  8. Sentiasa berada dalam keadaan keluh kesah atau berdukacita.
  9. Suka melihat benda-benda yang haram.
  10. Suka memikirkan perkara yang bukan-bukan.
  11. Terlalu memikirkan pasal wanita dan begitu juga sebaliknya.
  12. Tidak membaca Al-Quran dalam sehari.

Begitulah antara faktor yang menyebabkan kita boleh jadi pelupa. Kalau anda nak tambah faktor lain, silakan. Mudah-mudahan ia dapat  mengelakkan kita mudah lupa. 

Read more: http://petuasejagat.blogspot.com/

4 Cara Diet Ketika Di Pejabat

Posted by Encik Oktant

Hari ini, kebanyakan anda yang bekerja terpaksa meluangkan masa yang lama di depan komputer. Maklumlah, banyak kerja yang perlu disiapkan. Hal ini menyebabkan anda kurang bergerak. Kekadang, nak bangun kejap pun rasa cam malas. Betul, tak?

Tapi dalam masa yang sama, anda tetap mahukan tubuh yang menarik lagi menawan. Cuma kekangan bekerja di depan pc agak membataskan impian anda tu. Huhhh... mesti kecewa giler.

Oke. Dahlah tu. Usahlah bersedih. Sebab anda masih mampu untuk mengatasi kekangan tersebut. Cuba kuatkan semangat dengan mengikutI cara diet di pejabat berikut; 

1. Minum banyak air

Nak senang, letakkan botol air putih berhampiran meja anda. Pastikan anda minum air putih yang mencukupi setiap hari.

2. Jaga waktu makan

Atur waktu makan anda secara konsisten. Jika biasa makan tengah hari jam 1 petang, cuba biasakan diri agar dapat makan pada waktu yang sama setiap hari. Ataupun dalam lingkungan 30 minit sebelum hingga 30 selepas jam 1 petang.

Pastikan juga memilih menu yang berkhasiat serta rendah kalori tau.Sementara itu, elakkan tabiat suka makan atau mengunyah depan komputer. Saya tahu perkara ini sukar untuk kebanyakan orang. Tapi anda mesti UBAH jika mahu "maintain" langsing.

Untuk itu, mulai saat ini kosongkan meja anda daripada sebarang jenis makanan. Pastikan mata anda tidak terpandang sebarang jenis snek, buah-buahan dan sebagainya semasa tengah bekerja. 

3. Bergerak sekali-sekala

Usah jadikan kerja yang bertimbun sebagai alasan untuk anda tidak bergerak. Mata anda pun tahu letih tau.

Jadi, sekali sekala anda perlu bangun dari kerusi dan lakukan sedikit pergerakan. Cuba fikirkan apa yang boleh anda lakukan sebagai selingan.

Lebih-lebih lagi masa rehat. Berhentilah sebentar daripada membuat kerja. Bawalah berehat sebentar. Luangkanlah masa bergerak sama ada untuk makan, solat, ambil angin di luar serta apa saja yang sempat atau sesuai dengan keadaan semasa.

4. Cari kawan yang ada matlamat serupa

Biasanya kalau buat seorang diri, anda takkan bertahan lama. Semangat lekas pudar. Lebih-lebih lagi jika ramai yang memperlekehkan usaha murni anda tu.

Jadi, langkah terbaik ialah cari seorang kawan yang ada matlamat serupa dengan anda. Iaitu ingin berdiet secara sihat dan selamat.

Berikan dorongan dan saling menguatkan semangat antara satu sama lain. Bila rakan anda kurang bermotivasi, berikan semangat dan tingkatkan keyakinan beliau. Begitu jugalah sebaliknya.

Sekian dulu buat kali ini. Harap anda mampu melaksanakan beberapa tip diet di atas. Mulakannya hari ini juga tau!

Read more: http://petuasejagat.blogspot.com/

2 Cara Memutihkan Siku Hitam

Posted by Encik Oktant

Warna siku yang agak gelap pun boleh membuatkan seseorang rasa kekurangan. Dahlah hitam, permukaannya kasar pula. Antara sebab musabab siku hitam ni adalah kerana anda terdedah kepada cahaya matahari secara berlebihan. Ataupun faktor keturunan.

Jadi, kalau anda nak memutihkan siku, di sini ada 2 cara untuk dicuba. Pilihlah yang sesuai dengan anda yea. 

Cara #1

  1. Anda perlukan 1 biji limau nipis ataupun lemon. Pilih salah satu aje.
  2. Belah dua limau nipis/lemon tadi.
  3. Gosokkan ia sebelah pada siku kanan dan sebelah lagi pada siku kiri anda.
  4. Gosoklah dalam beberapa minit.
  5. Kemudian, biarkan air limau nipis/lemon tadi kering dan menyerap pada siku anda.
  6. Akhir sekali, anda bilas kedua siku dengan air suam.

Ulangi cara memutihkan siku ini setiap hari. Sehinggalah anda puas hati dengan hasil yang diperolehi.

Cara #2

Sediakan dulu bahan yang diperlukan iaitu;
  • Serbuk kunyit
  • Tepung gandum
  • Sedikit susu kotak
  1. Campur semua bahan ke dalam satu bekas.
  2. Gaulkan hingga rata.
  3. Sapukan bahan tadi pada kedua-dua belah siku.
  4. Biarkan selama 30 minit.
  5. Akhir sekali, bersihkan siku anda dengan menggosoknya perlahan-lahan menggunakan air suam.

Sama seperti cara memutihkan siku #1, lakukannya setiap hari sampai anda puas hati. :D

Selamat Mencuba!

Read more: http://petuasejagat.blogspot.com/

Cara Hilangkan "Stretch Mark" Pada Kulit

Posted by Encik Oktant

Saya kurang pasti istilah "stretch mark" dalam BM. Rekahan kulit, kulit pecah, garis hitam atau kerepot? Tak kiralah apa yang anda selalu sebut. "Stretch mark" ni terjadi kerana regangan berlakunya regangan kulit. Biasanya dialami oleh para ibu yang kerap bersalin dan ahli bina badan. Begitu juga mereka yang mengalamai pertambahan atau pengurangan berat badan.

Biasanya anda boleh nampak ia pada sekitar bahagian perut, dada, lengan, belakang badan, paha dan kawasan sekitarnya.

Ada sesetengah orang tak peduli pasal benda ni. Biasanya lelaki la. Hehe... Tapi bagi kebanyakan wanita, ia sesuatu yang agak merisaukan. Betul ke?

Kalau begitu, saya kongsikan cara untuk hilangkan strech mark anda. Tak kira lelaki mahupun wanita. Semuanya boleh amalkan petua ini. 

Bahan- bahan yang anda perlukan;

  • 1 sudu teh kapur sirih (kapur makan)
  • 1 sudu teh air limau nipis
  • 20 titik minyak kayu putih

Caranya;

  1. Campurkan ketiga-tiga bahan di atas hingga sebati.
  2. Sapukan pada tempat-tempat yang ada "stretch mark".
  3. Amalkan selama beberapa minggu sehinggalah ia berkurang atau hilang.
Selamat Mencuba!

Read more: http://petuasejagat.blogspot.com/

2 Ubat Menyembuhkan Gelegata

Posted by Encik Oktant

Badan anda gatal-gatal, miang ataupun berbintil-bintil ke? Kalau ya, berkemungkinan anda terkena gelegata nie.

Apa benda gelegata tu??

Gelegata = sejenis penyakit kulit, bedan-bedan, bengkak-bengkak atau bintil-bintil pada badan kerana panas dll.

Eee... Jadi, apa yang harus saya buat??

Di sini saya kongsikan 2 pilihan untuk anda. Pertama, anda berubat dengan daun sirih. Keduanya dengan berganggang.

Apa pula berganggang tu??

Ada banyak maksud. Antaranya = sedang disalai (dengan api) atau berdiang 

Cara #1 

  1. Ambil beberapa helai daun sirih dan layurkan.
  2. Kemudian, letakkan saja daun tersebut pada bahagian yang terlibat.
  3. Ulangi cara ini dengan daun sirih yang baru sehinggalah anda benar-benar sembuh. 

Cara #2

Kaedah inilah yang dinamakan berganggang. Jom ikuti langkah demi langkah berganggang.

Sabut Kelapa
Sabut Kelapa - indonetwork.co.id
  1. Ambil beberapa sabut kelapa yang kering.
  2. Nyalakan api pada sabut hingga menjadi bara dan berasap.
  3. Kemudian, asapkan bahagian badan anda yang kena gelegata.
  4. Cara ini juga perlu diulangi dengan menggunakan sabut kelapa yang baru sampai anda sembuh.
Owhh yea... sementara belum sembuh, elakkan diri anda daripada terkena angin atau sejuk. Begitu juga dengan air. Jadi, jangan mandi buat sementara waktu. Busuk pun busuklah. hehehe.... 

Selamat Mencuba!

p.s: Berdiang pula maksudnya dekat dengan api (unggun api, dapur) untuk memanaskan badan.

Read more: http://petuasejagat.blogspot.com/