Tuesday 5 November 2013

Minuman panas hindarkan angin ahmar?

Minum minuman panas di waktu pagi, sama ada teh atau kopi adalah rutin sebahagian daripada kita. Tabiat mudah ini tenyata membantu kita mengurangkan risiko serangan angin ahmar.

Satu kajian yang di lakukan di Jepun, melibatkan 83,000 orang menunjukkan bahawa mereka yang kerap minum teh hijau atau kopi setiap hari mempunyai risiko angin ahmar sebanyak dua puluh peratus lebih rendah.

Menurut Dr. Yoshihiro Kokubo daripada Jepun, Jika anda tidak boleh mengubah gaya hidup anda, cuba untuk mencegah angin ahmar dengan meminum teh hijau setiap hari.

Untuk pengetahuan anda, teh hijau mengandungi catechin, iaitu nutrien antioksidan dan anti–radang. Manakala, kopi mempunyai asid klorogenik juga mengurangkan risiko angin ahmar dan juga kencing manis.

Walau bagaimanapun, seorang pakar jantung di Amerika Syarikat mengatakan bahawa, kajian yang di kendalikan di Jepun itu tidak tepat kerana kajian itu tidak membuktikan bahawa kandungan teh atau kopi mempunyai kaitan dengan angin ahmar.