Monday, 4 November 2013

4 Cara Diet Ketika Di Pejabat

Posted by Encik Oktant

Hari ini, kebanyakan anda yang bekerja terpaksa meluangkan masa yang lama di depan komputer. Maklumlah, banyak kerja yang perlu disiapkan. Hal ini menyebabkan anda kurang bergerak. Kekadang, nak bangun kejap pun rasa cam malas. Betul, tak?

Tapi dalam masa yang sama, anda tetap mahukan tubuh yang menarik lagi menawan. Cuma kekangan bekerja di depan pc agak membataskan impian anda tu. Huhhh... mesti kecewa giler.

Oke. Dahlah tu. Usahlah bersedih. Sebab anda masih mampu untuk mengatasi kekangan tersebut. Cuba kuatkan semangat dengan mengikutI cara diet di pejabat berikut; 

1. Minum banyak air

Nak senang, letakkan botol air putih berhampiran meja anda. Pastikan anda minum air putih yang mencukupi setiap hari.

2. Jaga waktu makan

Atur waktu makan anda secara konsisten. Jika biasa makan tengah hari jam 1 petang, cuba biasakan diri agar dapat makan pada waktu yang sama setiap hari. Ataupun dalam lingkungan 30 minit sebelum hingga 30 selepas jam 1 petang.

Pastikan juga memilih menu yang berkhasiat serta rendah kalori tau.Sementara itu, elakkan tabiat suka makan atau mengunyah depan komputer. Saya tahu perkara ini sukar untuk kebanyakan orang. Tapi anda mesti UBAH jika mahu "maintain" langsing.

Untuk itu, mulai saat ini kosongkan meja anda daripada sebarang jenis makanan. Pastikan mata anda tidak terpandang sebarang jenis snek, buah-buahan dan sebagainya semasa tengah bekerja. 

3. Bergerak sekali-sekala

Usah jadikan kerja yang bertimbun sebagai alasan untuk anda tidak bergerak. Mata anda pun tahu letih tau.

Jadi, sekali sekala anda perlu bangun dari kerusi dan lakukan sedikit pergerakan. Cuba fikirkan apa yang boleh anda lakukan sebagai selingan.

Lebih-lebih lagi masa rehat. Berhentilah sebentar daripada membuat kerja. Bawalah berehat sebentar. Luangkanlah masa bergerak sama ada untuk makan, solat, ambil angin di luar serta apa saja yang sempat atau sesuai dengan keadaan semasa.

4. Cari kawan yang ada matlamat serupa

Biasanya kalau buat seorang diri, anda takkan bertahan lama. Semangat lekas pudar. Lebih-lebih lagi jika ramai yang memperlekehkan usaha murni anda tu.

Jadi, langkah terbaik ialah cari seorang kawan yang ada matlamat serupa dengan anda. Iaitu ingin berdiet secara sihat dan selamat.

Berikan dorongan dan saling menguatkan semangat antara satu sama lain. Bila rakan anda kurang bermotivasi, berikan semangat dan tingkatkan keyakinan beliau. Begitu jugalah sebaliknya.

Sekian dulu buat kali ini. Harap anda mampu melaksanakan beberapa tip diet di atas. Mulakannya hari ini juga tau!

Read more: http://petuasejagat.blogspot.com/