Manusia perlu meminum air penting untuk tubuh menjalankan fungsi dengan sempurna.
Air merupakan salah satu rahmat Allah kepada manusia. Kepentingan air sama seperti oksigen.
Air adalah elemen penting demi kelangsungan hidup manusia, jika tidak
 minum air selama seminggu, manusia boleh mengalami kegagalan serius 
organ dalaman dan menyebabkan kematian.
Di dalam al-Quran, terdapat banyak ayat menceritakan kepentingan air untuk manusia dan segala kehidupan di muka bumi.
Sejak kecil lagi kita didedahkan dengan kegunaan air sebagai penawar
 untuk segala jenis penyakit. Sehingga sekarang, kita dapati ada yang 
membawa air ke masjid setiap malam Jumaat untuk mendapatkan keberkatan 
bacaan Yasin secara berjemaah.
Apabila demam, ada berjumpa alim ulama untuk mendapatkan air penawar.
 Malah, sebelum bersalin, ibu digalakkan meminum air selusuh yang 
didoakan agar memudahkan proses kelahiran.
Allah berfirman dalam surah al-Anbiya ayat 30: “Dan Kami ciptakan dari air segala sesuatu yang hidup.”
Air membentuk 55 hingga 57 peratus berat badan kita dan memainkan peranan penting dalam hampir setiap fungsi utama tubuh.
Pengambilan air dalam jumlah mencukupi amat penting untuk tubuh 
menjalankan fungsi dengan sempurna. Air mustahak untuk melarutkan sisa 
metabolisma seperti asid urik dan urea yang diangkut oleh darah ke 
ginjal.
Oleh kerana itu, air mencukupi diperlukan untuk mengeluarkan bahan 
buangan daripada tubuh. Kekurangannya akan menyebabkan ginjal bekerja 
lebih keras untuk menapis bahan toksik dan lama-kelamaan boleh 
menyebabkan kerosakan ginjal.
Selain itu, lebih 70 peratus daripada tubuh manusia terdiri daripada
 air. Jika air di dalam tubuh bersih dan suci, sel tubuh lebih sihat dan
 kuat.
Pengambilan air bersih boleh merangsang sistem pertahanan badan, 
metabolisma sel dan mengurangkan risiko sel badan menjadi tidak normal 
dan tidak sihat.
Kita sedar air memainkan peranan penting dalam badan manusia dan bukan sekadar untuk memuaskan dahaga tekak.
Tetapi tidak ramai yang mengkaji dari sudut saintifik dan keagamaan kenapa air digunakan sebagai penawar dalam kehidupan kita.
Allah menceritakan perihal penggunaan ayat tertentu sebagai ubat penawar manusia.
Firman Allah dalam surah al-Israa’ ayat 82: “Dan kami turunkan 
dengan beransur-ansur dari al-Quran ayat suci yang menjadi ubat penawar 
dan rahmat bagi orang yang beriman kepada-Nya”.
Dalam surah Fussilat ayat 44: “Katakan, al-Quran itu adalah petunjuk  dan  penawar bagi orang yang beriman”.
Menurut Kitab Mukhtasar Fi Ma’ni Isma’Allah Al Husni, diriwayatkan 
bahawa Abi Al-Qaasim Al-Qusyairi pernah menghadapi kesusahan sebab 
anaknya sakit tenat.
Keadaan ini sangat mencemaskannya sehingga pada suatu malam beliau bermimpi berjumpa Rasulullah SAW lalu dia mengadukan hal itu.
Keadaan ini sangat mencemaskannya sehingga pada suatu malam beliau bermimpi berjumpa Rasulullah SAW lalu dia mengadukan hal itu.
Rasulullah bertanya : “Tidakkah engkau mempergunakan ayat-ayat 
asy-Syifaa?” Al-Qusyairi pun lalu tersedar dan dicarinya ayat-ayat itu 
dalam al-Quran. Lalu Al-Qusyairi pun menuliskan ayat-ayat itu pada 
kertas dan dibasuhnya dengan air lalu diberi minum kepada anaknya. Maka 
sembuhlah penyakit anaknya dengan serta-merta hasil dari mukjizat 
al-Quran.
Dari sudut saintifik pula, kajian saintis Eropah dan Jepun 
mendapati air satu elemen yang hidup. Ini kerana ia mampu merakam gema, 
perasaan serta bacaan yang dibuat terhadapnya.
Ini dibuktikan interaksinya dengan keadaan luaran. Apabila dibacakan
 sesuatu yang baik, sebagai contoh ayat al-Quran, molekul air bertukar 
kepada bentuk kristal yang bersinar serta bercahaya.
Begitu juga sebaliknya apabila dibacakan yang tidak baik.
Kini, kita lebih memahami kenapa air digunakan sejak turun-temurun sama ada untuk mencapai sesuatu kebaikan ataupun kejahatan.
Keistimewaan air yang ditenagakan dengan ayat al-Quran bukan saja 
pada zat galian tetapi adab sepanjang pemprosesan air yang didoakan di 
pusat perubatan Islam.
Allah berfirman, “Wahai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu 
pengajaran dari Tuhanmu (iaitu Quran) dan penyembuh bagi penyakit dalam 
dada.” (surah Yunus:57).
Percayalah apabila air dibacakan ayat al-Quran, ia menjadi sesuatu 
berbeza dan insya-Allah sebagai ubat. Kehebatan al-Quran terbukti sejak 
sekian lama.
Terdapat hikmah, nur, penawar terlalu banyak dan hebat dalam 
al-Quran. Terdapat banyak rahsia penawar dalam al-Quran yang belum 
digali dan diteroka. Bahkan setiap huruf dalam al-Quran ada penawar dan 
kelebihannya.
Oleh itu haruslah kita berbalik kepada kekuasaan Allah dan keajaiban al-Quran dalam menangani masalah zahir dan batin.
Semoga molekul  air bercahaya yang terbentuk dari bacaan al-Quran 
menjadi darah daging kita sekeluarga apabila dijadikan sebagai amalan 
harian. Tidak ada ragunya  mukjizat al-Quran mampu menjadi penawar dan 
mencapai sesuatu hajat dengan keredaan Allah, insya-Allah.


