Wednesday, 6 November 2013

Skrub garam & gula buatan sendiri yang baik untuk badan

Posted by TUPAI

Skrub garam dan gula merupakan salah satu rawatan yang paling mudah untuk dilakukan di rumah. Bukan sahaja melumurkan gula atau minyak ke seluruh badan anda menyenangkan, namun faktor pengelupasan juga akan menjadikan kulit lebih segar, bertenaga dan lembut seperti kulit bayi.

Skrub mandian di pasaran kebanyakannya mahal namun jangan risau kerana anda juga boleh membuat skrub garam dan gula mandian anda sendiri. Hanya gunakan beberapa bahan semula jadi dan tidak perlu bahan kimia yang berbahaya untuk dapatkan kulit yang berseri dan halus. Berikut adalah beberapa cadangan untuk skrub mandian yang sangat mudah disediakan di rumah: 

Skrub mandian pisang + gula

Apabila pisang berwarna keperangan, gunakannya untuk membuat skrub. Ini tidak memerlukan minyak dan hanya bergantung kepada kelebihan pisang dan gula kasar.
  • 1 pisang masak
  • 3 sudu besar gula pasir
  • ¼ sudu teh ekstrak vanila tulen atau minyak pati kegemaran anda (terpulang)
Gaulkan kesemua bahan sekali dengan menggunakan garfu sehingga menjadi ketulan kecil. Jangan terlebih kacau atau ia akan menjadi terlalu lumat dan nipis. Jika anda mahukan skrub pisang untuk muka anda, simpan beberapa pisang dan campurkan secara berasingan tanpa gula. Semasa mandi, sapukan campuran gula dan pisang tadi dan perlahan-lahan urut ke seluruh badan anda. Manakala, untuk muka anda, perlahan-lahan urut dengan menggunakan skrub pisang tanpa gula tadi dan seeloknya elakkan kawasan mata. Kemudian, bilas dengan air suam.

Skrub garam rosemary + lemon

Sekiranya anda tidak menggunakanherba untuk memasak, mencampurkan herba tersebut yang berbau harum dengan lemon dan garam adalah rawatan yang paling 'superb' untuk kulit.
  • 1/2 cawan garam laut
  • 1/4 cawan minyak zaitun dara
  • 2 sudu kulit lemon
  • 1 sudu kecil rosemary kering
Campurkan kesemua bahan bersama-sama dan letakkan dalam balang bertutup rapat. Senang, bukan?

Skrub mandian bergula

Skrub mandian ini juga sangat mudah untuk dibuat. Anda hanya perlukan bahan-bahan seperti berikut:
  • Gula kasar
  • Minyak zaitun
  • 15-20 titis minyak kegemaran anda penting
Kuantiti gula kasar dan minyak zaitun boleh disukat mengikut kehendak anda. Campurkan kesemua bahan sehingga sebati dan siap!

Anda boleh gunakan skrub gula buatan sendiri anda ini untuk membuang lapisan kulit yang mati dan melembapkan lagi kulit anda.

Skrub tomato bergula

Skrub tomato bergula sangat baik untuk disapu pada kulit sebelum anda pergi ke pantai atau kolam renang, atau untuk hari-hari di mana anda terlupa membawa 'sunblock' dan kulit anda mula terbakar. Gosok skrub ini pada kulit adalah cara yang baik untuk menyejukkan kulit daripada bahang sinaran matahari. Anda hanya memerlukan bahan seperti berikut:
  • 2 cawan gula pasir
  • 1 tomato besar dicincang
  • ¾ cawan minyak kelapa
  • 5-20 titis minyak pati
Letakkan gula di dalam mangkuk dan ketepikan dahulu. Sementara itu, potong tomato halus-halus sehingga hampir lumat. Letakkan tomato tersebut ke dalam mangkuk yang ada gula tadi dan kacau perlahan-lahan sambil tuang minyak kelapa secara perlahan ke dalam mangkuk dan kacau. Kemudian, titiskan minyak pati dan kacau perlahan. Seterusnya, simpan dalam bekas kedap udara dan letakkan di dalam peti sejuk. Pasti menyegarkan!

Skrub kelapa + gula perang + vanila

Minyak kelapa sangat halus dan wangi serta mempunyai banyak manfaatnya. Skrub ini sangat melembapkan, malahan anda juga boleh jadikannya sebagai pencuci mulut. Antara bahan-bahan yang diperlukan ialah:
  • 1/2 cawan minyak kelapa
  • 1/2 cawan gula perang
  • 1/2 sudu teh vanilla
Campurkan kesemua bahan-bahan di atas bersama-sama. Kemudian anda boleh sapukan pada kulit semasa mandi. Urut dan bilas.

Skrub bergula untuk bibir

Terdapat juga skrub untuk bibir yang mana boleh menjadikannya lebih lembut dan kelihatan lebih mungil. Hanya campurkan sedikit minyak jojoba atau zaitun dengan gula kastor bersama sedikit pudina atau ekstrak vanila. Kemudian, letakkan letakkan pada bibir dan urut. Tidak perlu membilas bibir anda kerana anda boleh menjilatnya. Rasanya enak, bukan?

Skrub garam lavender

  • 1/2 cawan garam kasar laut
  • 1/3 cawan minyak badam/kelapa/zaitun
  • 1 sudu lavender kering
Anda hanya perlu campurkan kesemua bahan di atas dengan sebati dan siap! Skrub garam lavender ini sangat wangi dan apabila disapu pada kulit, ia akan menanggalkan sel-sel dan menjadikannya lebih berseri. Tambahan lagi, anda juga boleh memberikan skrub ini kepada seseorang sebagai hadiah.

Skrub garam sitrus

Skrub ini akan membuatkan anda jadi lebih hebat selepas mandi pagi atau selepas sukan.
  • 1/2 cawan garam laut
  • 1/2 cawan minyak pilihan anda (jojoba, badam, zaitun @ apa sahaja)
  • 1 sudu teh kulit limau (limau , lemon, oren, limau gedang)
Campurkan kesemua di atas dan gosokkan pada kulit semasa mandi. Seeloknya, anda haruslah elakkan mata dan kemudian, bilas.