Tuesday, 5 November 2013

Manfaat jus bayam untuk kulit, rambut dan kesihatan

Posted by TUPAI


Ingat lagi pada kartun Popeye yang amat gemar makan bayam untuk menjadi lebih kuat? Ya. Popeye sangat betul. Bayam sememangnya baik untuk kesihatan malahan ia juga membekalkan nutrien yang penting untuk badan anda. Apatah lagi, bayam juga berfungsi sebagai elemen ajaib untuk menyembuhkan kebanyakan masalah kesihatan.

Bayam mentah atau yang telah diproses sangat kaya dengan karoten, asid amino, zat besi, iodin, potasium dan magnesium , Vitamin A, C, K, E dan B kompleks. Mineral yang terdapat dalam sayuran ini adalah alkali semula jadi dan membantu untuk mengimbangi tahap pH dalam badan anda.

Kesannya, anda akan mendapat jumlah protein yang sama sebahagian bayam seperti yang anda dapat protein daripada seketul daging.

Manfaat jus bayam untuk kesihatan

Bayam ialah sayuran berdaun hijau yang penuh dengan vitamin dan nutrien seperti kalium, magnesium, asid mangan, karotena dan folik. Tambahan lagi, jumlah zat besi dalam bayam adalah hampir dua kali ganda jumlah yang terdapat dalam sayur-sayuran lain seperti lobak merah atau kubis. Apabila anda memasak bayam, anda juga akan kehilangan banyak nutrien dalam proses ini. Jadi, sangatlah disyorkan untuk mengambil bayam secara mentah, sekurang-kurangnya sekali dalam sehari. Hanya dengan minum segelas jus bayam setiap hari, anda akan mendapat pelbagai manfaat seperti berikut :
  1. Tahap nutrien yang tinggi terkandung dalam bayam membantu dalam pembentukan sel darah merah dan merupakan pembina darah yang cemerlang. Jadi, anda tidak akan terdedah kepada anemia.
  2. Oleh sebab kealkalian yang tinggi dalam bayam, anda mendapat bantuan lengkap daripada penyakit artritis reumatoid.
  3. Bayam membersihkan tisu-tisu di dalam badan anda serta membantu mengekalkan tahap kealkalian darah anda.
  4. Kaya dengan Vitamin C dan K, jus bayam membantu menyembuhkan gusi berdarah.
  5. Oleh kerana asid folik yang tinggi dan anti-oksidan yang terdapat dalam bayam, ia membantu untuk mengurangkan tahap ‘homocyteine’ badan anda dan mengurangkan bahaya ‘aterosklerosis’.
  6. Bayam mengandungi klorofil, flavonoid dan lution yang mana membantu memerangi pembentukan sel-sel kanser. 7. Selain itu, bayam juga boleh melawan masalah penglihatan seperti rabun malam dan katarak dengan kehadiran vitamin A dan 'caretonoids' di dalamnya.
  7. Bayam sangat kaya dengan serat dan sudah semestinya ia membantu memerangi masalah perut seperti ulser, masalah penghadaman dan sembelit.
  8. Berfungsi melawan osteoporosis kerana vitamin K yang terdapat dalam bayam membantu memastikan tulang anda yang sihat dan kuat.
  9. Memerangi tekanan darah tinggi.
  10. Sangat bermanfaat untuk wanita hamil, kerana ia menyediakan nutrien penting yang diperlukan oleh janin yang sedang membesar. Selain itu, ia juga akan meningkatkan jumlah dan kualiti susu yang dihasilkan di dalam badan ibu.

Manfaat jus bayam untuk kulit

Semakin masa berlalu, kulit anda mula kehilangan sinar, kilauan dan kelembutan. Lama-kelamaan, kedutan dan tompok gelap akan timbul juga. Daripada mencuba krim anti-penuaan, cubalah segelas jus bayam setiap hari. Tinggi dengan antioksidan, bayam membantu menjaga kulit anda lembut dan terhidrat. Dengan cara itu, anda akan dapat mengelakkan kesan masa yang merosakkan kulit anda, dan juga tanpa menggunakan mana-mana bahan kimia. Vitamin dan antioksidan dalam bayam sudah cukup memainkan peranan yang penting dalam menggalakkan kulit yang sihat dan berseri.

Manfaat jus bayam untuk rambut

Rambut adalah mahkota dan merupakan bahagian penting secara keseluruhan dan personaliti. Jika anda mempunyai garis rambut menipis atau kulit kepala gatal, ia mungkin akan menyebabkan anda rasa malu untuk bersosial. Daripada menggunakan tonik rambut berasaskan kimia atau syampu, anda disyorkan untuk mengambil segelas jus bayam setiap hari. Oleh sebab bayam kaya dengan Vitamin B kompleks, ia membantu merangsang pertumbuhan rambut anda dan menjadikan rambut anda bersinar juga.