Jikalau anda memandang rendah pada aktiviti berjalan kaki ni, cuba fikir semula.
Berjalan kaki secara perlahan atau sederhana dengan purata 150 minit seminggu mampu mengurangkan risiko pelbagai penyakit. Di samping memberikan kebaikan lain kepada anda.
Antaranya;
1. Kurangkan risiko diabetes
Kajian terbaru mendapati berjalan kaki secara perlahan mengurangkan risiko diabetes.2. Kurangkan risiko strok
Berjalan kaki secara sederhana selama 30 minit sehari menurunkan risiko strok. Iaitu pengurangan sekitar 40%. Sebaiknya lakukan aktiviti jalan kaki ini 5 kali seminggu.3. Kurangkan risiko kanser payudara
Berjalan kaki bukan setakat boleh mengurangkan risiko barah payudara. Malah ia membantu si pesakit melawannya. Jadi, apa tunggu lagi??4. Menguatkan daya ingatan
Kajian dari Itali mendapati berjalan kaki atau melakukan aktiviti lain seperti berkebun mampu mengurangkan 27% risiko mendapat demensia. Hasil ini diperolehi setelah menelitinya selama 4 tahun.Demensia merupakan sejenis penyakit otak yang menyebabkan fungsi seseorang menurun dengan cepat. Contohnya seperti kurangnya daya ingatan, daya berfikir serta pergaulan.
Dimensia ini boleh dialami oleh sesiapa saja. Tetapi biasanya oleh mereka yang berumur 40-an ke dan atas.
Oleh itu, lakukanlah aktiviti jalan kaki ini bagi melancarkan aliran darah anda ke otak.
5. Memperbaiki kehidupan seks
Ah-ha! Bagi pasangan yang dah lama berkahwin mesti suka, kan?Menurut kajian
A. Meningkatkan ransangan seks &
B. Meningkatkan kepuasan seks mereka. kerana pengaliran darah yang lebih lancar.
Sekarang, bagaimana persepsi anda terhadap aktiviti berjalan kaki? Dah berubah ke belum? Kalau dah, amalkan aktiviti ini 30 minit sehari selama 5 hari seminggu sebagai rutin baru anda. (*-*).
Read more: http://petuasejagat.blogspot.com/