Rambut adalah aset penting bagi wanita. Kebanyakan wanita yang memiliki
rambut panjang sememangnya tidak akan lari dengan masalah rambut kusut.
Lazimnya, individu yang mengalami rambut kusut sangat terdedah dengan
masalah rambut gugur.
Berikut merupakan tiga langkah mudah untuk mengatasi masalah rambut kusut.
Perapi Rambut
Secara umumnya, individu yang mengalami masalah rambut kusut adalah
berpunca daripada tekstur rambut yang kering. Oleh itu, rambut kusut
boleh diatasi dengan penggunaan perapi rambut secara konsisten dan
elakkan daripada membilas rambut sehingga bersih apabila menggunakan
perapi rambut tersebut. Kesan perapi rambut yang tertinggal pada rambut
menjadikan ia mudah diurus dan bebas daripada kusut.
Krim Dandanan Rambut
Bagi individu yang memiliki rambut panjang, sebelum anda melakukan
"blow-dry" pada rambut, aplikasikan krim dandanan rambut dari bahagian
tengah hingga hujung rambut. Akan tetapi, elakkan aplikasi krim tersebut
pada akar rambut dan kulit kepala kerana ia akan membuatkan rambut
anda berminyak.
Keringkan Rambut Secara Semulajadi
Elakkan daripada mengeringkan rambut dengan menggunakan pengering rambut
kerana ia bakal mengundang rambut anda menjadi kering. Oleh itu,
seelok-eloknya biarkan rambut anda kering secara semulajadi agar
kelembapan rambut kekal sepanjang hari.