Posted by
nasibah abdulghani
Buah sitrus lemon bukan sahaja boleh digunakan untuk tujuan masakan 
malah mempunyai 1001 manfaat boleh didapati untuk menjaga kecantikan 
muka dan tubuh badan.\
Antara khasiat lemon ialah:
Rawatan kulit berjerawat
Lemon mampu merawat jerawat kerana kandungan asid sitrik dan alkalinya 
dapat membunuh bakteria yang menyebabkan timbulnya jerawat. Anda boleh 
sapukan jus lemon sebenar pada kulit berjerawat dan biarkan ia 
semalaman. Untuk membuat masker, anda juga boleh mencampurkan jus lemon 
dengan madu sebelum dilumurkan pada kulit muka. Hasilnya, wajah akan 
kelihatan lebih berseri.
Tangan & kuku yang cantik
Untuk kuku yang lebih bersinar, rendam jari di dalam jus lemon selama 10
 minit sebelum memberus kuku dan rendamkan semula di dalam air suam yang
 bercampur sedikit cuka. Kemudian, bilaskan jari anda dengan air suam. 
Jangan lupa lakukannya seminggu sekali untuk hasil yang memuaskan!
Hilangkan hitam bawah ketiak dan siku
Lemon selalunya digunakan untuk krim pemutihan wajah. Jadi memang 
terbukti lemon mampu memulihkan masalah ketiak dan siku yang gelap. 
Caranya, potong lemon dan gosokkan pada kawasan yang terlibat. 
Praktikkannya secara konsisten agar anda dapat melihat sendiri 
perubahannya.
Kurangkan berat badan
Jus lemon bertindak membantu penghadaman dan merangsang hati untuk 
menyingkir kotoran dalam badan. Sekiranya anda mahu mengurangkan berat 
badan, amalkan minum segelas jus lemon suam yang dicampur madu setiap 
hari.
Atasi rambut nipis dan berkelemumur
Urutkan lemon ke atas kepala untuk melancarkan peredaran darah boleh 
merangsang pertumbuhan rambut. Malah, jik anda membiarkan jus lemon di 
atas kulit kepala selama 10 minit selepas mencucui rambut boleh 
mengurangkan kelemumur dan rambut akan lebih bersinar.