Rambut gugur memang normal. Namun jika rambut anda gugur lebih daripada
50 hingga 100 helai sehari, itu petanda anda mengalami masalah rambut
gugur. Mengapakah rambut gugur kebanyakannya terjadi dalam kalangan
wanita? Ia terjadi mungkin disebabkan hormon di dalam badan yang tidak
seimbang, penggunaan produk yang salah dan kurang vitamin pada akar
rambut.
Hormon
Hormon seks wanita mampu menggalakkan pertumbuhan rambut yang lebat.
Wanita turut menghasilkan hormon androgen dalam kuantiti yang sedikit
namun ia akan bertindak aktif jika seseorang itu berada dalam keadaan
tertekan. Ini menyebabkan rambut anda mudah gugur. Jadi, untuk
melebatkan rambut, anda tidak boleh terlalu tertekan dan sentiasa
bertenang dalam apa jua keadaan.
Produk
Rambut juga mudah gugur jika anda sering mewarnakan rambut atau selalu
menukar gaya rambut lurus atau kerinting. Apa yang perlu anda lakukan
ialah memilih syampu yang boleh melindungi rambut daripada kerosakan,
jangan terlalu kerap mencuci rambut dan jarakkan penukaran warna dan
stail rambut.
Kurang vitamin
Untuk mengelakkan rambut anda daripada gugur, pengamalan makanan
berkhasiat seperti bijirin, buaha-buahan, sayur-sayuran dan makanan
berprotein tinggi seperti ikan sangat membantu anda mendapatkan rambut
yang lebat. Jika anda kurang gemar memakan makanan seperti ini, ambillah
supplemen khas untuk rambut iaitu Biotin, Niasin, Zink, Vitamin B6,
B12, A dan E.