- Mulut yang berbau memberi kesan pada kehidupan sosial dan profesional anda
- Anda selalu mempunyai rasa kurang sedap dalam mulut sendiri
- Orang akan selalunya melangkah ke belakang apabila bercakap dengan anda atau mengelak daripada berkomunikasi langsung dengan anda
- Seseorang pernah memberi komen tentang mulut anda yang berbau dan telah mempelawa atau memberi anda gula-gula pudina
- Anda mengalami satu lapisan putih atau kuning di lidah anda
Jikalau jawapan anda ya, anda mungkin sedang mengalami masalah mulut berbau atau lebih dikenali sebagai halitosis.
Punca Mulut Berbau
Mulut berbau
disebabkan oleh beberapa faktor. Bau kurang menyenangkan itu boleh
datang dari masa ke semasa atau untuk jangka masa yang panjang,
bergantung kepada puncanya.
Berjuta-juta bakteria hidup di dalam mulut, terutamanya di belakang lidah.
Bagi kebanyakan orang, bakteria itu adalah punca utama mulut berbau.
Keadaan mulut kita yang suam dan lembap menjadikan ia tempat yang ideal bagi pertumbuhan bakteria.
Kebanyakan masalah mulut berbau disebabkan oleh sesuatu di dalam mulut.
Mulut berbau boleh disebabkan oleh faktor-faktor berikut:
- Penjagaan kebersihan mulut yang lemah - Jarang memberus gigi dan tidak memberus gigi dengan betul akan mengakibatkan sisa-sisa makanan mereput di dalam mulut.
- Jangkitan di dalam mulut - Periodontal (masalah gusi)
- Jangkitan saluran respirasi - Tekak, resdung atau masalah paru-paru
- Agen luaran - Bawang putih, bawang, kopi, merokok dan mengunyah tembakau
- Mulut kering (xerostomia) - Disebabkan oleh masalah penghasilan air liur yang tidak betul, pengambilan ubat tertentu atau 'pernafasan mulut'
- Penyakit sistemik (keseluruhan badan) -l Kencing manis, penyakit hati, penyakit buah pinggang, penyakit paru-paru, resdung, penyakit 'refluks' dan lain-lain.
Mencegah mulut berbau
Mulut berbau yang disebabkan oleh masalah dental boleh dicegah dengan mudah melalui penjagaan di rumah dan secara profesional.
Ini bermakna:
- Memberus gigi anda selepas setiap kali makan dengan menggunakan ubat gigi berfluorida untuk menanggalkan sisa makanan dan plak.
- Memberus lidah anda juga, sebaik-baiknya menggunakan berus gigi yang mengandungi pembersih lidah.
- Menggunakan flos gigi atau alat untuk mencuci ruangan di celah gigi sekali setiap hari.
- Menggunakan cecair pencuci mulut bagi memastikan mulut anda sentiasa rasa bersih dan nafas anda segar setiap masa.
- Kerap mengunjungi doktor gigi (sekurang-kurangnya dua kali setahun) untuk membuat pemeriksaan dan pembersihan gigi.
Jika anda rasa mulut sentiasa berbau, catatkan makanan yang anda makan dan senaraikan jenis ubatan yang anda ambil.
Sesetengah ubat mungkin boleh jadi punca mulut berbau.
Maklumkan kepada
doktor gigi anda jika anda telah melakukan sebarang pembedahan atau
mendapat penyakit sejak temu janji anda yang terakhir.
Anda juga boleh mencegah mulut berbau dengan minum lebih banyak air setiap hari untuk menolong badan menghasilkan air liur.
Setiap tegukan air melalui mulut sedikit sebanyak boleh melonggarkan serpihan makanan dalam mulut.
Produk-produk lain yang boleh membantu menyegarkan mulut dan mencegah pembentukkan plak adalah termasuk:
- Gula-gula tanpa gula
- Gula-gula pudina tanpa gula
- Lobak mentah
- Salari