Friday, 21 February 2014

Sarapan pagi yang 'berbahaya'

Posted by muhamad shukri

Tahukah anda menurut kajian penyakit itu puncanya daripada makanan, betul ke tak anda perlu pastikan menu yang dipilih itu hendaklah bersesuai dengan pengambilan harian anda iaitu keperluan harian yang disyorkan mengikut kadar usia, jantina dan tenaga. Jika anda berbadan kurus tidak semestinya anda bebas untuk makan dengan banyak. Dibawah adalah antara empat menu yang pasti anda suka tetapi bahaya tanpa disedari.

Roti canai



Roti canai memang makanan yang sedap, garing dan murah. Ramai yang lebih suka memilih roti canai kerana cepat, ringkas dan mudah apabila dihidang mahupun dimakan. Menurut kajian Sekeping roti canai bersamaan dengan 300 kalori. Tetapi jika anda mengambil dua keping roti canai, ia menjadi 600 kalori. Semestinya, lebih tinggi kalori maka lebih banyak yang perlu anda menghabiskan masa selama 90 minit berlari untuk membakar 600 kalori. Tip terbaik adalah memilih tosai atau capati kerana kandungan lemak dan minyak kurang sedikit berbanding roti canai.

Nasi lemak



Nasi lemak merupakan makanan kegemaran rakyat Malaysia tapi pernahkah anda terfikir bahawa nasi lemak sahaja sudah 390 kalori dan mustahil anda tidak menambah lauk seperti sambal, telur rebus, ikan bilis dan kacang. Jadi, hidangan lengkap di atas pinggan anda adalah lebih kurang berjumlah 450-500 kalori. Ini belum termasuk lagi ayam goreng (240 kalori) mahupun sambal sotong (170 kalori). Anda masih boleh menikmati nasi lemak tetapi kurangkan campurannya. Untuk lebih mudah, anda masak sendiri nasi lemak tanpa guna santan dan lebihkan sayur-sayuran sebagai tambahan.

Teh tarik



Tentunya teh tarik yang lebih pekat atau kaw kaw lebih sedap untuk diminum. Susu penuh krim adalah penyumbang utama minuman anda menjadi lebih sedap. Sebenarnya, susu pekat tidak elok untuk kesihatan anda. Biarpun ia merupakan sumber kalsium tetapi kandungan lemaknya agak tinggi. Satu sudu pekat manis biasanya mengandungi 60 kalori. Oleh demikian, anda boleh menggantikan dengan mengurangkan kandungan lemak atau rendah lemak.

Burger



Jangan terkejut apabila ada ramai yang memilih makanan barat ini sebagai menu untuk sarapan. Tidak dinafikan, burger memang tinggi kalori. Satu hidangan burger biasanya mengandugi 475 kalori. Tanpa keju, sos cili, mayonis, telur dan pelbagai sos lagi bukanlah burger lagi, suku cawan mayonis sahaja mengandungi 360 kalori (40g lemak). Ini belum termasuk kentang goreng anda lagi. Kalori pasti bertambah-tambah.

Hakikatnya, Malaysia memang terkenal dengan gelaran syurga makanan tapi anda haruslah tahu dan bijak memilih menu. Namun kebebasan untuk makan apa sahaja boleh asalkan hidangan itu bergantung kepada berapa banyak atau kuantiti anda ambil.

Untuk memudahkan anda, anda perlu mengira kalori makanan yang anda ambil. Jika anda pandai mengawal pemakanan dan tahu sukatan kalori, semestinya anda telah memilih sarapan yang paling selamat.