By Izzati Husna | Tupai
Terfikir bagaimana Katrina Kaif mempuyai wajah seperti bidadari dengan kulit yang indah? Atau apa yang rahsia di sebalik badan anggun aktres Bollywood, Shilpa Shetty?
Di sini kami akan membongkar beberapa rahsia kecantikan terbaik yang telah diamalkan oleh diva-diva terkenal Bollywood. Teruskan membaca!
Shilpa Shetty
Dia merupakan seorang 'tomboy' semasa zaman remajanya, mempunyai badan yang tinggi lampai dan senyuman yang nakal. Namun, dia mengalami transformasi ajaib yang mana menjadikannya sebagai seorang wanita yang berkarisma, cantik dan sentiasa bersedia seperti sekarang.
Telah mewakili negaranya dalam versi UK Big Boss dan melancarkan Yoga CD sendiri. Rahsia badannya yang fit dan 'toned, falsafah kecergasan beliau adalah terdiri daripada latihan berat untuk 'toning', yoga untuk mencapai fleksibiliti dan ketangkasan dan meditasi untuk sentiasa berasa tenang dan damai.
Dia tidak percaya pada berlapar untuk diet sebaliknya mematuhi tabiat makan yang sihat selari dengan rejim latihan yang ketat .
Kareena Kapoor
Ikon glamor ini telah menggegarkan industri filem dengan saiz avatar sifar beliau. Perjalanan sebagai anak seni beliau telah menarik perhatian daripada semua peringkat umur. Perubahan beliau memerlukan banyak usaha, senaman yang memerlukan tumpuan penuh dan tabiat makan yang sihat.
Rahsia di sebalik badannya yang fit dan 'abs' sempurna adalah kerana Kareena mengikuti rejim yang ditetapkan oleh pakar pemakanan beliau, Rujuta Diwekar, yang mana merupakan penulis buku "Don't lose your mind, lose your weight" dan "Women and the Weight loss tamasha". Selain itu, Kareena turut mengamalkan makan enam hidangan kecil, sihat dan berkhasiat serta mengamalkan yoga.
Hema Malini
Dia adalah seorang pelakon legenda yang mana telah berusia dengan begitu anggun sekali. Rahsianya, beliau hanya menggunakan minyak aroma untuk menjaga kulitnya berseri dan sihat. Untuk mengekalkan rambutnya sihat, aktres ini menggunakan campuran minyak kelapa, amla, tulsi dan neem untuk mengurut rambutnya dua kali seminggu. Selain itu, dia turut menggunakan pembersih susu Clarins untuk membuatkan kulitnya licin dan segar.
Tambahan lagi, minum air yang banyak adalah satu lagi aspek penting dalam menjaga kulitnya supaya sentiasa terhidrat dan berseri.
Untuk kecergasan, Hema mengamalkan aktiviti berbasikal, 'Pranayam' selama 45 minit dan yoga setiap selang sehari. Dia turut percaya dan mengamalkan diet vegetarian yang ketat yang terdiri daripada roti, dal, sayur-sayuran, beras, rasam, buah-buahan segar , teh hijau dan kadang-kadang bantuan daripada minyak sapi.
Aishwarya Rai
Bekas Miss India yang pernah memegang gelaran sebagai "wanita tercantik di dunia" ini merupakan contoh dan inspirasi kepada orang-orang di India mahupun seluruh dunia.
Ashwarya Rai percaya dalam penggunaan bahan-bahan semula jadi seperti timun untuk masalah kulit, tepung gram untuk pembersihan dan menggunakan campuran susu dan yogurt untuk melembapkan kulit.
Untuk mengeluarkan toksin, dia menggunakan losyen semula jadi daripada madu, limau dan air panas untuk disapu pada badannya.
Katrina Kaif
Digelar sebagai "Barbie Doll", Katrina telah menguasai industri filem India dengan senyumannya seperti bidadari, bentuk badannya yang panjang, ciri-ciri lembutnya dan kulit bersinar. Beliau merupakan salah satu pelakon tampak jelita mahupun tanpa mekap.
Rahsianya, dia hanya menggunakan topeng lumpur mineral untuk memerangi pelbagai masalah kulit yang terdiri daripada minyak muka yang berlebihan dan jerawat. Beliau percaya dalam spa badan yang mana untuk bertujuan untuk bersantai secara keseluruhan dan kesejahteraan.
Karisma Kapoor
Diva ini kelihatan cantik walaupun tanpa kesan solekan dan gaya rambut ekor kuda tinggi beliau turut membantu meningkatkan ciri-cirinya yang hebat. Telah memasuki angka 30-an dan seorang ibu yang mempunyai bentuk badan yang sempurna, dia telah mengamalkan carta pemakanan seperti berikut:
Sarapan: 2 keping roti bakar gandum penuh dengan sayuran
Makan tengah hari: Salad buah
Snek: Sandwich atau Dhokla atau Udang
Makan lewat malam: Sup
Makan Malam: Dada ayam dan sayuran panggang.
Dia turut mevariasikan diet ini bersama beras perang, ikan kukus atau ayam dan mempunyai 2-3 putih telur setiap hari untuk mengekalkan pengambilan protein.