Thursday, 20 February 2014

Jenis makanan atasi masalah perut buncit

Posted by TUPAI

Perut yang ramping semestinya menjadi idaman hampir semua orang khususnya kaum wanita. Bagi mereka yang memiliki perut buncit, mereka akan berasa rendah diri dan mungkin kurang berkeyakinan. Namun tidak kurang juga yang 'menikmati' situasi tersebut.

Tahukah anda terdapat beberapa jenis yang mampu membantu menyelesaikan masalah perut buncit tanpa anda perlu risau kos perbelanjaan berlebihan?

Lihat senarai di bawah dan cuba praktikkan. Mungkin anda dapat melihat keberkesanannya jika anda amalkan dengan cara yang betul.

Selamat mencuba!

MENTEGA KACANG


Jika dilihatkan kepada teksturnya yang kelihatan seperti 'lemak berkrim' dan juga enak dimakan, memang ramai yang beranggapan bahawa mentega kacang menggemukkan. Namun tahukah anda ia penuh dengan mineral dan lemak sihat yang membantu anda berasa kenyang untuk jangka masa panjang? Anda juga boleh mencuba dengan variasi kacang seperti badam dan walnut ketika bersarapan.

COKLAT GELAP


Siapa yang tidak menyukai coklat gelap (dark chocolate)? Lebih-lebih lagi kini kita mengetahu ia boleh membantu kita mengatasi masalah perut buncit. Coklat gelap mengandungi agen perangsang yang memberi kesan positif terhadap pembakaran lemak. Ia juga mempunyai lapan kali anti oksidan jika dibandingkan dengan strawberi. Malah coklat gelap juga terbukti sihat untuk jantung.
BIJIRIN OAT


Gantikan makanan tengah hari anda dengan bijirin oat dan anda akan berpuas hati dengan keputusannya. Cuma anda perlu berhati-hati dengan cara memasaknya. Elak menambah gula ataupun susu pekat dan masak di atas api yang perlahan.

KAYU MANIS


Penyelidik menemui sejenis anti oksidan dalam kayu manis yang membantu meningkatkan sensitiviti insulin dan membantu menstabilkan kadar gula dalam darah. Keseluruhannya tiada ruang untuk perut buncit.

CILI MERAH


Makanan yang digemari kebanyakan negara di rantau Asia ini mempunyai sejenis bahan aktif iaitu capsaicin. Capsaicin membantu menstabilkan kadar gula dalam darah dan juga membakar lemak berlebihan.

TEH HIJAU


Menurut sebuah institusi nutrisi di Amerika Syarikat, ekstrak teh hijau mampu meningkatkan daya metabolisme badan pada siang hari. Kandungan anti oksidannya yang tinggi juga membantu membakar lemak pada perut.

SAYUR-SAYURAN


Sayur-sayuran hijau seperti brokoli, dan kubis bunga mengandungi vitamin yang membantu melawan keinginan terhadap sesuatu makanan.

TELUR


Mengandungi agen pembakar lemak iaitu vitamin B6, B12, A,D,E, dan K, folat, kalsium, zat besi, dan Omega 3, telur mampu membuatkan anda berasa kenyang untuk jangka masa yang lama. Lebih elok jika anda mengamalkan telur ayam kampung sebagai makanan harian.