RAMAI menganggap
sakit kepala hanya penyakit ringan, namun kecekapan kerja seseorang akan
terjejas apabila penyakit ini terutama yang dikategori sebagai migrain
dan sakit akibat ketegangan menjadi serius.
Setakat ini belum ada ubat yang benar-benar mampu mengatasi migrain dan sakit kepala akibat ketegangan.
Bagaimanapun,
kombinasi pengubatan, pengendalian stress atau ketegangan serta
faktor-faktor penyebab yang lain boleh membantu menyekat, menghapus atau
meringankan migrain.
Bagaimana migrain
berlaku belum difahami sepenuhnya tetapi doktor tahu ia melibatkan
penguncupan dan pengembangan saluran darah ke otak. Biasanya, perjalanan
darah mengurang di belakang otak dan merebak ke bahagian depan dan bila
saluran yang menguncup itu mengembang, asakan darah dengan tiba-tiba
mencetuskan rasa sakit yang kuat. Migrain dikesan menerusi dengutan,
kadangkala sakit yang kuat dan biasanya di bahagian sebelah kepala.
Deria pendengaran dan pemandangan menjadi semakin sensitif.
Faktor-faktor
pendorong lain termasuk ketegangan, makanan seperti coklat, minuman
berkopi, alkohol, tidak cukup tidur atau haid, dalam hal wanita,
katanya.
Kajian mengenai
kejadian sakit kepala di Malaysia menunjukkan 51.9 peratus dan 55.7
peratus penghidap migrain dan sakit kepala akibat ketegangan menyatakan
kerana mereka terdedah kepada panas matahari, kata Tan.
Kajian juga
menunjukkan lebih ramai wanita daripada lelaki mengalami migrain dan
sakit kepala akibat ketegangan. Ini mungkin disebabkan perubahan hormon
yang dialami wanita semasa haid. Wanita yang memakan pil lebih mirip
menghidap migrain.
Sebaliknya, lelaki
lebih mudah menghidap sakit kepala yang merupakan serangan kuat
sesekejap tertumpu sekitaran mata dan ini berlaku beberapa kali dalam
sehari selama beberapa bulan.
Kajian ke atas
masyarakat Orang Asli baru-baru ini _ yang tinggal jauh daripada
kehidupan moden _ mendapati migrain dan sakit kepala akibat ketegangan
tidak wujud di kalangan mereka.
Ini disahkan oleh
pemerhatian doktor bahawa orang yang tinggal di bandar-bandar besar dan
yang terpelajar lebih mudah diserang migrain dan sakit kepala, kata
Raymond Azman.
Beliau berkata,
cara hidup memang ada kaitan dalam hal ini akibat diet yang diambil,
kesesakan lalu lintas, kerja dan beberapa bentuk tekanan lain.
Simptom amaran
sebelum berlakunya migrain bersifat tidak menentu, seperti menguap atau
keletihan, walaupun sesetengah orang mengalami pemandangan yang
berbayang, kata beliau.
Bayangan ini boleh mencetuskan ilusi pancaran cahaya, kelumpuhan, sakit kepala dan imej visual yang tidak sempurna.
Migrain boleh
menyerang pada sebarang masa walaupun biasanya ini bermula pada usia
belasan tahun dan memuncak pada usia antara 35 dan 45 tahun dan kemudian
reda.
Bila pesakit
menemui doktor kerana sakit kepala, pengesanan otak dilakukan dan sinar x
dibuat bagi menentukan ia bukannya akibat ketumbuhan atau darah beku
sebelum melihat faktor lain.
Doktor mungkin
mencadangkan supaya pesakit menyimpan ''diari migrain'' yang tercatat
makanan yang diambil dan faktor ketegangan bagi mengesani penyebab
migrain. Migrain dan sakit kepala akibat ketegangan tidak boleh diubati
sepenuhnya tetapi boleh disekat atau dikurangkan menerusi pengubatan,
termasuk bahan ''beta blocker'', dan pengelakan faktor penyebab, kata
Raymond Azman.
Beliau menasihatkan
mereka yang mengalami sakit kepala agar tidak memandang remeh,
sebaliknya segera menemui doktor untuk didiagnosa.
sumber dipetik dari:-http://infokesihatan4u.blogspot.com/