Monday, 17 February 2014

Diet makan kapas membahayakan

Pelbagai cara yang dilakukan remaja kini untuk mendapat bentuk badan yang langsing dan bergetah namun sedarkah anda tidak semua cara itu menyihatkan kerana diet tanpa kawalan boleh mendatang mudarat.

Kini trend terbaru remaja yang boleh dianggap gila dan tidak masuk ialah dengan memakan kapas yang biasanya digunakan untuk membersihkan kekotoran itu dijadikan amalan yang dikatakan mampu memberi rasa kenyang.

Antara cara yang dilakukan oleh sesetengah pengamal diet apabila memakan kapas ini ialah dengan mencelupnya dengan di dalam oren atau lemon untuk memberikan rasa yang lebih sedap.

Namun ketahuilah mengikut kajian oleh pakar perubatan Brandi Koskie trend diet sebegitu adalah amat berbahaya kerana kebanyakan kapas ianya lebih bersifat luntur dan mengandungi gentian poliester yang terdapat banyak bahan kimia.

Oleh itu, tindakan memakan kapas adalah sama juga seperti makan pakaian kerana pakaian itu diperbuat daripada poliester.

Dikatakan model antara invididu yang disyaki makan kapas ini untuk kerjaya mereka dan trend begitu menjadi ikutan remaja dan kanak perempuan semata-semata untuk menjadi kurus.

Jadi kepada anda di luar sana terutamanya golongan remaja perempuan yang mahu berdiet janganlah mengamalkan diet seperti ini kerana ia akan membahayakan kesihatan anda.

sumber dipetik dari:-http://www.tupai.com.my/2013/11/diet-makan-gula-kapas-membahayakan.html