Tidak lengkap solekan anda tanpa pembayang mata. Malahan kini terdapat 
pelbagai warna dan gaya untuk mencantikkan lagi mata anda seterusnya 
tampil lebih menawan. Tetapi awas, jangan sampai keterlaluan penggunaan 
pembayang mata anda kerana ini akan membuatkan anda akan kelihatan pelik
 dan mungkin anda akan menjadi bahan ejekan oleh sesetengah orang yang 
memandang.
Jika anda tidak mahu menjadi bahan ejekan, di sini ada beberapa tip untuk memilih dan memakai pembayang mata.
Pemilihan warna yang betul
Apa pun jenis alat solek yang anda hendak beli, anda mestilah mencuba 
terlebih dahulu sebelum membelinya. Begitu juga dengan pembayang mata, 
ini untuk memastikan sama ada warna pembayang mata itu sesuai ataupun 
tidak dengan kulit wajah anda. Jika anda tidak tahu minta bantuan dari 
petugas kosmetik yang bertugas.
Berani bermain dengan warna
Untuk nampak lebih menarik , anda haruslah bijak bermain dengan warna. 
Jika dahulu hanya dengan satu warna ataupun anda lebih gemar warna-warna
 pastel atau natural, apa kata kali ini cuba pula dengan warna yang agak
 kontra tapi masih sesuai dengan wajah anda dan cuba dengan lebih dari 
satu warna atau satu lapisan.
Teknik yang  betul
Selain itu pengetahuan tentang pemakaian pembayang mata juga amat 
penting. Jika teknik yang digunakan tidak betul tentu mata atau kelopak 
mata anda kelihatan lebih besar sehingga kelihatan pelik. Jadi pastikan 
teknik sapuan anda betul dan kemas.
Gunakan beberapa trik yang ada
Jika anda kreatif, gunakan beberapa trik agar kelihatan lebih menawan 
seperti mengoleskan pembayang mata yang berwarna cerah di bahagian 
tulang kening atau di bawah mata agar mata anda tampak lebih segar dan 
cantik. Ini memberi ilusi sedikit berbeza pada mata anda.
