Buah kiwi selalunya dihubung kaitkan dengan Australia dan New Zealand
kerana ia dinamakan sebagai kiwi, iaitu nama sejenis burung tempatan
kecil berwarna coklat. Spesis yang biasa didapati adalah dari jenis Actinidia deliciosa, yang di panggil hayward kiwi.Isi
buah kecil yang berbentuk bujur dan berkulit coklat yang berbulu halus
ini, berwarna hijau zamrud yang terang dan separuh lut sinar dengan
aturan beberapa urat putih di bahagian tengahnya dan mempunyai biji-biji
hitam yang kecil. Rasa isinya agak berkrim, enak dan lazat hampir
menyamai rasa campuran buah strawberi dan pisang, serta mempunyai rasa
manis yang unik.
Dengan pertambahan minat terhadap buah kiwi, kini beberapa spesis boleh diperolehi dengan meluas. Ia termasuk spesis hardy kiwi dan slivervine kiwi, keduanya jenis berkulit licin bersaiz buah ceri dan isi yang berwarna kuning-hijau keemasan. Buah kiwi mempunyai sejarah yang sangat menarik dan sekarang mendapat peningkatan populariti kesan gabungan dari penghargaan keenakan rasanya, nilai nutriasinya, rupa yang unik dan penukaran namanya. Berasal dari negeri China, dikenali dengan nama Yang Tao. Ia di bawa ke New Zealand oleh para mubaligh pada awal abad ke20 dengan penanaman secara komersial hanya di lakukan selepas beberapa puluh tahun kemudian. Tahun 1960, namanya di tukar kepada Chinese Gooseberries.
Tahun 1961 Chinese Gooseberries pertama kali dihidangkan di sebuah restoran di Amerika dan telah ditemui oleh seorang pemborong yang dapat merasakan pasaran Amerika akan memberi sambutan pada buah exotik yang unik ini. Dia mula mengimport masuk buah ini ke Amerika pada tahun 1962, tetapi untuk memenuhi kehendak permintaan telah menukar nama buah ini dari Chinese Gooseberry kepada buah kiwi, atas penghargaan kepada burung tempatan New Zealand iaitu burung kiwi berwarna coklat dan berbulu halus yang menyerupai kulit buah unik ini. Sekarang ini, Itali, New Zealand, chile, Peranchis, Jepun dan Amerika adalah antara peneraju pengeluar secara komersial buah kiwi.
Source: http://ms.shvoong.com/medicine-and-health
oleh: minyem