Banyak orang yang tidak mengetahui bahawa urut boleh membantu meningkatkan kualiti tidur. Bayi yang diurut dengan lembut boleh menjadi tenang dan tertidur. Wanita hamil yang sukar tidur, terutama di trimester ketiga, boleh merasa selesa selepas diurut. Ketegangan dan kesakitan di punggung dan persendiannya dapat dikurangkan dengan urut. Bila anda sukar tidur kerana stres dan tegang, urut mungkin adalah penyelesaiannya.
Urut membantu mengurangkan stres, meningkatkan peredaran darah, melemaskan otot-otot yang tegang, melepaskan beban fikiran dan bahkan menurunkan tekanan darah tinggi . Kulit kita mempunyai berjuta-juta reseptor saraf yang berhubung dalam sistem saraf kita. Urut pada kulit menciptakan rangsangan dan melepaskan zat-zat kimia di dalam otak kita seperti serotonin yang mengurangkan tekanan, kebimbangan dan kemurungan .
Urut juga meningkatkan pengeluaran endrofin, hormon yang mengurangkan rasa sakit dan menenangkan. Kesemua itu membuat anda lebih tenang dan mudah tidur. Urut tidak harus dilakukan oleh seorang profesional agar memberikan manfaat. Anda boleh meminta rakan, pasangan atau keluarga untuk melakukannya. Anda juga boleh mengurut sendiri dengan atau tanpa alat bantu. Urut seluruh badan memang dianjurkan, tetapi bila hanya di kepala dan bahu pun mungkin sudah cukup untuk bersantai. Bila anda sering kesulitan tidur, cubalah menjadikan urut bahagian dari rutin malam hari anda.
sumber dari : http://majalahkesehatan.com/