Selama ini kita mengetahui bahawa diet rendah lemak berupaya melindungi 
penyakit kardiovaskular--kini terdapat bukti yang menunjukkan bahawa ia 
juga berkesan ke atas penyakit kencing manis. Para penyelidik di 
Universiti of California, San Diego, telah mendapati bahawa makanan 
berminyak yang terlampau dimasak didapati berkesan menahan aktiviti 
GnT-4a, gen tunggal yang mengawal pengeluaran hormon insulin yang 
mengawal kandungan gula di dalam darah. Paras glukos yang sentiasa 
meningkat adalah penanda aras penyakit kencing manis.
"Keputusan kajian, yang telah dilakukan ke atas tikus makmal, mempunyai potensi untuk menunjukkan bagaimana diet berupaya mempengaruhi perkembangan penyakit kencing manis tahap II dikalangan orang ramai," menurut penulis kajian, Jamey Marth, Ph.D. Ahli sains pada ketika ini sedang cuba menyelidik punca kegagalan gen tersebut--dan bagaimana untuk memperbetulkannya. Tetapi janganlah anda menunggu untuk bertindak: Kurangkan lemak di dalam diet anda adalah satu langkah yang pada dasarnya sihat.
Source: http://ms.shvoong.com/medicine-and-health/
oleh: shariz