Kebiasaan tidur yang buruk boleh membuat anda sukar tidur di malam hari dan tidak fit di siang hari. Stress, kecemasan, kafein, alkohol, dan menonton TV di tempat tidur adalah penyebab utama mengapa orang sukar tidur. Untuk mencipta pola tidur yang baik, lakukanlah hal berikut:
- Ciptakan aktiviti rutin yang menenangkan sebelum tidur. Buat tubuh dan fikiran anda santai melalui solat, meditasi, mendengar muzik lembut dan sebagainya.
- Minum segelas susu hangat 15 minit sebelum tidur. Susu mengandungi kalsium yang berperanan menenangkan saraf-saraf.
- Elakkan bersenam atau bekerja yang menguras tenaga pada jam-jam menjelang tidur. Walaupun sukan dapat mengurangkan tekanan, ia juga meningkatkan suhu badan yang membuat kita sukar tidur.
- Elakkan kafein (kopi, teh, coklat), alkohol dan makanan / minuman bergula. Survey dari National Sleep Foundation (AS) mendapati bahawa 47 peratus orang dengan masalah tidur kemungkinan telah mengambil minuman berkafein untuk mengurangkan ngantuk di siang hari, tetapi perangsang itu berperanan menyebabkan kesukaran tidur.
- Mandilah dengan air hangat sebelum tidur untuk membantu tubuh menjadi rileks.
- Mintalah pasangan anda atau orang lain untuk mengurut badan sebelum tidur. Urutan di seluruh badan atau bahkan hanya di belakang dan kepala sangat membantu melemaskan otot-otot dan menenangkan fikiran.
- Ciptakan suasana tenang, selesa, dan menenangkan di bilik tidur anda.
- Jaga jadual tidur yang teratur, bahkan di akhir pekan.
- Gunakan bilik tidur anda hanya untuk tidur, jauhkan TV, komputer, fail kerja ke tempat lain. Fikiran anda harus dibentuk bahawa bilik tidur adalah bilik semata-mata untuk tidur.