Golongan wanita pastinya mahu mempunyai bibir yang cantik, mungil dan
halus, dan bagi mendapatkan bibir sedemikian rupa ada wanita yang
sanggup berbuat apa sahaja termasuk melakukan pembedahan plastik untuk
mendapatkan bibir yang menawan seperti yang diidamkan.
Tetapi, jangan terburu-buru membuat perubahan kerana kadang-kala ia akan membuatkan anda kelihatan pelik dan ganjil.
Oleh itu, di sini kami ingin berkongsi dengan anda beberapa faktor yang dipetik dari Wanita mengenai faktor yang boleh menjejaskan kecantikan bibir anda.
Pigmentasi pada bibir
Hal ini boleh berlaku disebabkan penggunaan kosmetik atau gincu yang memberi kesan alahan atau radang pada bibir. Pigmentasi juga sering dilihat pada mereka yang merokok begitu juga mereka yang sering berada di bawah sinaran matahari. Pigmentasi menyebabkan warna bibir tampak kusam dan tidak merah selain kelihatan kehitaman dan terdapat tompokan pigmentasi pada bibir. Sesetengah minuman bergas dan keras juga boleh meberi kesan kehitaman pada bibir.
Hormon
Apabila paras hormon menurun maka bibir juga mengecil. Itu sebab wanita pertengahan usia rata-ratanya mempunyai bibir yang nipis dan kurang menarik.
Bibir bergaris
Bibir yang kelihatan bergaris juga tidak cantik, apabila gincu disapukan ia tidak tampak rata. Bibir yang bergaris tampak seolah-olah berkedut dan ini membuatkan seseorang nampak tua.
Dagu pendek
Dagu yang terlalu pendek dan kecil membuatkan bibir tampak mengucup. Bibir bawah terutamanya tampak kecil apabila seseorang mempunyai dagu yang kecil.
Bulu halus di sekitar bibir (misai)
Kehadiran bulu menyebabkan wajah kehilangan titik tumpu. Bibir yang sepatutnya mencuri tumpuan menjadi terganggu dengan bulu roma sebegini.
sumber : https://my.entertainment.yahoo.com/
By Azwa Iela | Tupai