Wednesday, 6 August 2014

Serangan Jantung: Gejala Bisa Berbeza pada Wanita

Kesakitan hebat di dada adalah tanda klasik dari serangan jantung. Tetapi serangan jantung tidak selalu menimbulkan gejala yang sama pada setiap orang. Pada wanita, serangan jantung seringkali memberikan gejala yang kurang jelas berbanding pada lelaki. Apabila gejala tersebut diabaikan maka boleh membawa maut.

Sumbatan pembuluh darah jantung

Serangan jantung boleh terjadi apabila saluran darah yang mamasok oksigen dan nutrisi ke otot jantung tiba-tiba tersumbat. Akibatnya, bahagian otot yang terkena menjadi mati kerana kekurangan oksigen dan nutrisi. Secara perubatan keadaan ini disebut infarction, yang bermakna kematian otot jantung. Akibatnya, kekuatan jantung mengepam dapat dikurangkan sehingga organ-organ vital dalam tubuh tidak lagi mendapat bekalan darah dalam jumlah yang cukup.

Pada lelaki, serangan jantung terutama ditandai oleh sakit dada yang nyata, yang boleh menjalar ke lengan kiri dan leher. Pada wanita, gejala klasik ini sering lebih samar. Perbezaan gejala ini kemungkinan kerana wanita mempunyai jantung dengan fisiologi yang sedikit berbeza daripada jantung lelaki. Wanita mempunyai jantung yang lebih kecil dan arteri yang lebih kecil berbanding lelaki. Wanita yang terkena serangan jantung mungkin mengadu rasa sakit di perut bahagian atas, punggung, rahang dan leher yang disertai mual dan rasa lelah tanpa sebab yang jelas.

Doktor sering salah mendiagnosis gejala-gejala tersebut sebagai gangguan pencernaan, penyakit pundi hempedu, atau gangguan kecemasan. Kemungkinan salah diagnosis serangan jantung pada wanita juga meningkat kerana wanita cenderung mempunyai serangan jantung di usia lebih lanjut, ketika mereka seringkali sudah mempunyai penyakit lain seperti artritis atau kencing manis yang boleh menutupi gejala serangan jantung.

Bukan monopoli lelaki

Walaupun serangan jantung lebih banyak menyerang lelaki, namun bukan bermakna wanita tidak berisiko. Secara statistik, lebih banyak wanita berbanding lelaki yang meninggal kerana serangan jantung akut. Banyak wanita yang meninggal kerana gejala serangan jantungnya tidak dikenali dengan cepat. Padahal, tindakan perubatan yang cepat dan mencukupi sangat penting untuk mencegah kematian. Ubat-ubatan penghilang sumbatan arteri dan tindakan perubatan seperti angioplasti boleh berkesan menghentikan serangan jantung. Rawatan ini dapat mencegah atau menghadkan kerosakan pada jantung jika diberikan segera setelah gejala bermula. Semakin cepat rawatan, semakin baik kemungkinan pemulihannya.

Faktor risiko

Sebelum menopause, wanita cukup dilindungi daripada serangan jantung oleh hormon estrogen. Dengan perubahan pengeluaran hormon selepas menopause, perlindungan ini menurun. Oleh kerana itu, apabila risiko serangan jantung pada lelaki meningkat pesat selepas usia 45 tahun, pada wanita serangan jantung lebih mungkin terjadi pada tahun-tahun selepas menopause (biasanya selepas umur 50 tahun). Namun, lelaki dan wanita yang lebih muda juga boleh terkena serangan jantung.
Selain usia, faktor-faktor yang meningkatkan risiko serangan jantung adalah:
  • Serangan jantung sebelumnya atau prosedur untuk membuka arteri koronari
  • Riwayat keluarga penyakit jantung awal:
    • Ayah atau saudara didiagnosis sebelum usia 55
    • Ibu atau saudara didiagnosis sebelum usia 65
  • Kencing manis
  • Kolesterol darah tinggi
  • Tekanan darah tinggi
  • Merokok
  • Kegemukan
  • Kurang aktiviti fizikal
  • Tekanan mental / kemurungan
Namun, faktor-faktor di atas mempengaruhi wanita dan lelaki secara berbeza. Misalnya:
  • Sindrom metabolik mempunyai kesan yang lebih besar pada wanita berbanding pada lelaki.
  • Tekanan mental dan kemurungan mempengaruhi jantung wanita lebih besar daripada lelaki.
  • Merokok memberikan risiko penyakit jantung yang lebih besar pada wanita berbanding pada lelaki.

Mencegah serangan jantung

Jika anda adalah wanita yang mempunyai satu atau lebih dari faktor-faktor di atas, berusahalah untuk memperbaiki gaya hidup anda agar risiko anda berkurang. Beberapa perubahan gaya hidup berikut dapat mengurangkan risiko penyakit jantung:
  • Sukan 30 hingga 60 minit sehari, setiap hari dalam seminggu.
  • Menjaga berat badan yang sihat.
  • Berhenti atau tidak mula merokok.
  • Makan diet sihat yang rendah lemak tepu, kolesterol dan garam.
Anda juga perlu untuk mengambil ubat yang ditetapkan doktor, seperti ubat tekanan darah dan pencair darah. Penggunaan makanan tambahan dan herba tertentu juga dapat membantu mengawal keadaan-keadaan yang merupakan faktor risiko serangan jantung seperti diabetes dan kolesterol tinggi.

Ditulis oleh dr Salma