Saturday, 30 August 2014

Bawang Putih Dapat Mengurangkan Risiko Kanser

Bawang putih merupakan salah satu bahan penyedap rasa makanan, tetapi juga berkhasiat untuk mengubati berbagai penyakit. Rawatan dengan bawang putih juga pernah dilakukan oleh nenek moyang kita terdahulu. Hipocrates yang hidup tahun 460 SM menggunakan bawang putih untuk merawat pesakit pneumonia dan luka yang dijangkiti. Selain itu, bawang putih dapat menurunkan kadar kolesterol, mengurangkan terjadinya pembekuan darah dalam pembuluh nadi jantung yang menyempit, memperbaiki gangguan tekanan darah tinggi dan rendah, merangsang sistem kekebalan tubuh untuk bekerja lebih baik, mengurangkan rasa sakit pada tulang, mengurangkan terjadinya penyakit sendi dan mengurangkan risiko kanser.

Manfaat lain bawang putih adalah mengurangkan stress dan melancarkan pencernaan. Pati bawang putih yang digabungkan dengan vitamin E dan selenium dapat mencegah keguguran rambut, bermanfaat untuk kesihatan mata, boleh menaikkan jumlah sperma, merawat penyakit batuk, cacingan, gatal-gatal penyakit kulit, sakit gigi, muntaber, rematik, tiphus dan diabetes. Bagi wanita, ternyata bawang putih boleh melambatkan proses penuaan dan memperhalus kulit wajah agar kelihatan segar. Kompaun allisin yang terkandung dalam bawang putih merupakan persenyawaan belerang (sulfur) dan asid amino yang berfungsi sebagai antibiotik. Terbitan allisin yang disebut diallyl disulfide oksidase boleh menurunkan kolesterol dan lipida dalam serum darah dan hati.

Penelitian di Jepun oleh Kominato dan Shiga mencari kompaun scordinin pada bawang putih yang berfungsi sebagai enzim pendorong pertumbuhan. Jika allisin bekerja sebagai pemberantas penyakit, maka scordinin berperanan memberikan kekuatan dan pertumbuhan badan. Tetapi allisin pada bawang putih mentah boleh berubah menjadi oksida keras yang boleh menimbulkan gangguan perut dan anemia hemolitik, sehingga dianjurkan tidak memakan bawang putih mentah terlalu banyak.

Beberapa kajian terkini menunjukkan bahawa bawang putih boleh mengurangkan risiko kanser. Kajian Robert H Hurt, ahli hematologi dan onkologi dari Universiti Brown Amerika Syarikat, menyebutkan bahawa bawang putih dapat menghentikan berkembangnya sel-sel kanser dalam tubuh manusia. Kenyataan ini diperkukuhkan oleh Weis Burger dan Penskey dari Western Reserve University yang mengadakan kajian pada tikus yang disebabkan sel kanser dalam 16 hari tikus tersebut mati. Bila sel-sel kanser tersebut dirawat dengan sari bawang putih yang disuntik, tikus tersebut tidak mati selama 6 bulan. Sedangkan tikus lain yang diberi makanan bawang putih segar tidak terkena kanser.

sumber : http://majalahkesehatan.com/
Oleh: Supriyono, S.KM, M. Kes 

Tentang Penulis: 

Supriyono, S.KM, M. Kes adalah Widyaiswara pada Bapelkes Batam, Kepulauan Riau. Alamat pejabat: Jln. Marina City, Kel. Tanjung Uncang, Kec. Batu Aji, Kota Batam. Beliau juga adalah Ketua Dewan Pimpinan Cabang Persatuan Ahli Gizi Indonesia, Lamongan, Jawa Timur.