Sunday, 24 August 2014

Cara minum air yang menyihatkan

Kita nih kalau dah kehausan memang terkam terus air botol sejuk terus teguk atau habiskan segelas air sejuk tanpa berhenti. Namun sebenarnya cara2 itu amat merbahayakan kesihatan kita. Jom baca cara2 minum air dengan betul dan menyihatkan
  • Minumlah 1 gelas air dengan 3 kali teguk
  • Jangan bernafas atau menghembus di dalam gelas semasa minum
  • Jangan meniup air yang hendak diminum seperti tiup air yang panas

Waktu2 yang dilarang meminum air
  • Selepas bersenam, bersukan atau bekerja berat
  • Selepas bersetubuh dengan isteri/suami
  • Selepas makan atau sebelumnya (sebaiknya minum selepas setengah jam makan)
  • Ketika sedang makan
  • Selepas memakan buah2an
  • Selepas keluar dari bilik mandi
  • Ketika terjaga dari tidur
Kebanyakkan cara2 diatas selalu kita lakukan bukan. Masa tengah makan minum air, bangun tidur terus minum air, selepas bersenam minum air (yang ini pasti kerana dahaga).
Nota
Kita cubalah lakukan sebaik mungkin dan elakkan minum dengan cara yang tidak sihat. Kalau tidak dapat lakukan semua cuba ambil 3 cara sahaja agar dapat dilakukan dengan perlahan2. Tapi aku pesan pada semua sebaiknya minum air semasa makan adalah memang tidak elok untuk penghadaman dan kesihatan. Cuba minum air selepas setengah jam kita makan. Buat cara ini dalam seminggu dua. Akan rasa selesa perut dan tidak buncit. Sebaiknya kurangkan minum air batu. Air sejuk kira boleh lagi. 
P.S. Aku start minum air sejuk sewaktu berumur 23 tahun. Sebelum itu memang susah untuk aku minum air batu atau sejuk kecuali air panas dan suam. Memang susah nak dapat demam dan sakit selsema atau sakit perut. Alhamdulillah.. tapi selepas itu dah mula jinak2 minum sejuk dan coke. Memang berbeza kehidupan aku selepas itu. Selalu juga penat dan perut selalu tidak selesa.... Sekarang dah tak minum ais. Hanya air sejuk biasa sesekali...
 
sumber : http://kongsibersamanora.blogspot.com/