Thursday, 28 August 2014

Kesan Kencing Manis Semasa Mengandung Kepada Bayi

Kencing manis semasa mengandung memang biasa berlaku kepada para ibu. Namun jika tidak dikawal dengan betul kesan sampingan yang lebih buruk boleh berlaku kepada ibu mengandung itu sendiri dan juga kepada bayi dalam kandungan.

Kesan Kepada Bayi Dalam Kandungan

1. Saiz bayi besar
Gula /glucose berlebihan yang diambil oleh ibu turut sama masuk kedalam placenta (uri) bayi. Bayi dalam kandungan turut terkesan, maka sistem pankreas bayi terpaksa menghasilkan lebih banyak insulin dan meyebabkan bayi membesar dari saiz normal. Bayi yang besar biasanya semasa lahir terpaksa melalui cara pembedahan.

2. Paras gula rendah
Bayi yang baru keluar dari rahim ibu yang kencing manis semasa mengandung biasanya mempunyai tahap insulin tinggi dalam badan. Hal ini menyebabkan paras gula rendah dalam badan bayi. Dengan memberikan makan (susu badan) atau air glucose mampu kembalikan paras normal gula pada bayi.

3. Menderita Kencing Manis Tahap 2
Bayi ini berisiko mendapat sakit kencing manis tahap 2 dan juga masalah obesiti semasa dewasa. Ini yang disebutkan sebagai kencing manis keturunan oleh masyarat.

4. Kematian
Keadaan yang mungkin lebih buruk dan serius adalah kematian bayi semasa didalam kandungan atau sebaik sahaja selepas dilahirkan.

Kesan Kepada Ibu Mengandung

1. Preeclampsia
Simptomnya adalah semasa mengandung tekanan darah menjadi tinggi, kandungan protein tinggi dalam air kencing dan bengkak pada kaki. Jika keadaan terlalu serius, ia mampu mengancam nyawa ibu mengandung dan bayi dalam kandungan.

2. Kencing manis berulang
Jika anda pernah mengalami kencing manis semasa mengandung sekali dalam hidup, anda berisiko mendapatnya semula pada kandungan seterusnya, malah mungkin juga berisiko menjadi pesakit kencing manis Tahap 2 pada waktu-waktu biasa.

Para ibu, awasi corak kehidupan anda sepanjang masa. Amalkan makanan seimbang dan senaman yang mencukupi. Kegagalan anda menjaga kesihatan akan memberi kesan kepada anak-anak yang bakal anda lahirkan. Berjumpa dan dapatkan nasihat pakar kesihatan jika anda sekarang jika anda mengalami masalah kencing manis semasa mengandung.

sumber : http://rawatan.net/kencing-manis/