Monday, 23 May 2016

Tips Mudah Untuk Merawat Lenguh Kaki


Tips Mudah Untuk Merawat Lenguh Kaki 

Setiap orang pasti pernah dan akan rasa lenguh-lenguh di kaki mereka. Biasanya rasa lenguh kaki ini adalah disebabkan terlalu banyak kerja, melakukan banyak aktiviti tanpa berhenti, masalah kurang tidur, masalah kurang zat, terdapat masalah darah tersumbat dan sebagainya. 

Selain daripada itu, penyebab paling umum dan utama masalah kaki lenguh, kaki kebas atau kaki yang sakit adalah berpunca daripada masalah perjalanan darah yang tidak lancar pada bahagian arteri kaki. 

Antara penyebab lainya, ianya mungkin juga kerana masalah pada otot kaki yang tegang dan otot betis anda pula meregang secara berlebihan. Berdiri terlalu lama juga akan membuatkan tekanan hanya tertumpu kepada otot-otot di belakang kaki, terutama apabila anda selalu memakai kasut tumit tinggi. Akhirnya masalah lenguh kaki anda akan menjadi lebih terasa dan menyakitkan. 

Jadi, mari admin kongsikan Tips Mudah Untuk Merawat Lenguh Kaki agar rasa lenguh-lenguh pada kaki anda akan hilang dan berkurangan serta yang paling penting, tips ini anda boleh melakukannya dan amalkannya sendiri di rumah mengikut tahap kemampuan anda. 

Berikut adalah tips menghilangkan rasa lenguh pada kaki:
  • Tips 1: Anda dapat memulakannya dengan cara memicit-micit atau mengurut-urut betis anda untuk membantu dan dapat melancarkan kembali peredaran darah anda. Gunakanlah body lotion, body oil dan minyak urut supaya lebih mudah mengurut kaki anda.
  • Tips 2: Ambil semangkuk air suam. Kemudian tambahkan pula satu senduk garam biasa ataupun garam bukit ke dalam air tadi. Selepas itu rendamkanlah kaki anda selama 15-20 minit. Masukkan garam dalam baldi. Menurut kajian merendam kaki dengan air panas atau suam dapat memanaskan seluruh badan anda, selain itu ianya juga meningkatkan pengaliran darah pada bahagian atas tubuh badan anda dan juga dapat melepaskan tekanan. Seeloknya rendamlah kaki anda sampai ke betis dan gunakan besen yang lebih dalam. Merendam kaki sampai anda berpeluh boleh juga meredakan masalah selsema dan senggugut. Ianya juga adalah amalan yang amat bagus untuk mencegah strok juga.
  • Tips 3: Jika kesakitan pada kaki tersebut sangat mencengkam seperti kebas, lakukan gerakan seperti menggali tanah dengan jari anda pada bahagian yang sakit. Kemudian tahan gerakan itu selama 15-20 saat. Setelah kesakitan anda sedikit lega,  regangkan kembali otot-otot pada kaki anda secara perlahan.
  • Tips 4: Ada beberapa campuran minuman juga yang dapat membantu anda untuk meredakan rasa sakit dan lenguh yang dirasakan itu. Caranya, cubalah minum campuran sedikit madu dan sedikit jus lemon dalam secawan air suam atau anda juga boleh mencuba satu cara lagi iaitu minum satu sudu makan minyak ikan dengan segelas jus limau sebelum anda masuk tidur.
  • Tips 5: Caranya, gunakan ais yang telah dibungkus ke dalam plastik dan kemudian bungkuslah dengan tuala, kemudian tuamlah pada sendi anda serta mengelilingi lutut anada selama 10-15 minit. Sila pastikan kaki anda berada pada kedudukan berada di tempat yang lebih tinggi.
  • Tips 6: Caranya, tidurlah dengan kedudukan kaki yang lebih tinggi. Gunakanlah bantal untuk menampung kaki anda. Ianya akan menyebabkan darah anada akan mengalir dan tidak berkumpul hanya di bahagian kaki anda.
Selain itu sila pastikan kaki anda mendapatkan rehat yang secukupnya agar tidak mengalami masalah kepenatan. Hindarilah juga penggunaan kasut tumit tinggi yang kerap ketika kaki anda berasa lenguh dan kebas. Jika anda terpaksa memakainya, gunakanlah kasut yang bertumit rendah. Di samping itu, sebelum anda memulakan aktiviti seharian, anda disarankan untuk melakukan peregangan kaki terlebih dahulu agar otot-otot tubuh tidak ‘terkejut’.

Haa itulah antara tips yang dapat dmin kongsikan supaya anda dapat meredakan, menghilangkan dan mngurangkan rasa sakit serta kebas pada kaki anda. Selamat mencuba. 

Sumber: wom / tokeinfo.com/

Friday, 20 May 2016

6 Jenis Makanan Yang Akan Menjadikan Awet Muda


6 Jenis Makanan Yang Akan Menjadikan Awet Muda

Apabila anda memasuki usia di awal 30-an, maka wajah seseorang wanita itu akan mula memperlihatkan tanda-tanda penuaan. Di mana ianya akan mulai kelihatan garis-garis kedutan di bahagian tepi mata dan juga pada bibir mereka. Sebahagian daripada wanita pula mungkin akan lebih jelas tanda- tanda penuannya apabila pipi yang dahulunya tegang menjadi kelihatan kendur atau jatuh.

Oleh itu sila pastikan sebaik saja usia anda hampir atau sydah mencecah 30 tahun, anda seharusnya mengamalkan enam jenis makanan berikut yang di mana terdiri daripada sayur-sayuran dan buah-buahan yang sememangnya amat diperluka oleh tubuh badan anda. Ini adalah kerana khasiat yang terkandung dalam makanan-makanan ini akan dapat membantu untuk menegangkan dan menganjalkan kulit wajah anda dan sekali gus ianya akan membuatkan anda kelihatan kekal muda yang ibarat tidak dimamah dek usia. Jadi mari kita ketahui apa 6 Jenis Makanan Yang Akan Menjadikan Awet Muda;

1. Buah Delima

Kulit buah delima dapat mengekalkan keanjalannya jika kolagen di dalam tubuh diproses dengan baik. Buah delima sememangnya mampu melakukannya untuk anda. Ini kerana ianya kaya dengan vitamin C yang dimana  berfungsi sebagai antioksidan dan seterusnya dapat menghalang kehadiran garis-garis halus, kedutan dan kekeringan kulit.

2. Buah Tembikai

Buah tembikai mengandungi air yang di mana dapat membantu untuk menjadikan kulit lebih elastik. Apa yang paling penting buah tembikai ini mengandungi lycopene yang akan memberikan warna merah pada tembikai. Bahan ini juga akan bertindak sebagai antioksidan yang mencegah kerosakan kulit akibat daripada kesan sinar UV. Khasiat yang sama juga ada terdapat pada buah tomato.

3. Bayam

Salah satu khasiat sayuran bayam adalah ianya dapat membantu untuk memberi kulit yang lebih sihat kerana mempunyai kandungan vitamin A yang tinggi. Ianya juga dikatakan dapat memberikan kelembapan yang amat tepat kepada epidermis sekali gus, ianya dapat membantu untuk mencegah jerawat, kedutan dan masalah kulit yang lain lagi.

4. Brokoli

Sayuran brokoli ini sememangnya dapat meningkatkan kualiti kesihatan kulit anda, ini  adalah kerana ianya mempunyai banyak kandungan vitamin C, E, dan B6. Ia juga dapat membantu untuk mengelakkan kesan kerosakan yang ada pada kulit anda akibat kean radikal bebas.

5. Avokado

Buah avokado ini juga sememangnya kaya dengan asid lemak omega dan asid oleic yang di mana membolehkan untuk membantu lapisan luar kulit anda supaya dapat mengekalkan kelembapannya hingga membuatkan kulit anda lembut dan anjal.

6. Kiwi

Buah kiwi sememangnya mengandungi banyak vitamin C yang di mana ianya mampu untuk mencerahkan kulit tubuh badan anda. Buah kiwi juga amat berkesan dalam memperbaharui sel-sel kulit yang akan menjadikan kulit anda semakin cerah, tampak segar dan sentiasa awet muda.

Sekiranya dari awal lagi anda sudah mula mengamalkan pengambilan enam jenis makanan ini adalah ternyata lebih baik. Ianya juga akan dapat membantu anda untuk mengurangkan kos anda untuk membeli krim atau serum-serum anti penuaan. Selain itu juga amalan memakan sayur-sayuran dan buah-buahan ini juga tenyata amat baik untuk kesihatan tubuh badan secara menyeluruh dan merawat kulit muka anda.

Jadi marilah kita amalkan gaya pemakan yang sihat untuk tubuh badan kita yang dimana jiklau kita tidak syangkan diri kita sendiri, siapa lagi akan sayang kita. Semoga apa yang admin kongsikan ini dapat memberikan panduan dan manfaat untuk kesihatan kita bersama. Selamat mencuba.

Sumber: vanilakismis / tokeinfo.com/

Thursday, 19 May 2016

3 Cara Elak Ejakulasi Pramatang


Adakah ada di antara pasangan yang selalu mengalami ejakulasi pramatang? Anda jangan bersedih atau risau kerana ada jalan penyelesaian untuk anda. Ejakulasi pramatang terjadi bukanlah terjadi kerana anda ada penyakit serius atau lain-lain. Ia terjadi kerana anda kurang ilmu untuk mengatasinya. Berikut kami tunjukkan anda 3 cara elak ejakulasi pramatang yang menganggu anda dan anda mampu atasi.

3 Cara Elak Ejakulasi Pramatang

1. Kawal kemahuan yang membuak–buak.

Anda mengalami ejakulasi pramatang kerana anda terlalu fokus untuk kemahuan anda sahaja. Jadi, apabila anda sedang dalam hubungan, cuba anda fokus untuk isteri anda pula. Melalui ini, anda boleh alihkan perhatian minda anda untuk isteri anda sahaja. Apabila kemahuan anda tidak lagi terkawal dan isteri anda pula belum selesai, berhenti sebentar sebelum itu untuk mengelakkan anda dari ejakulasi pramatang sambil memberi perhatian untuk isteri anda. Apabila segalanya terkawal anda boleh meneruskan seperti biasa.

2. Tenang dan relaks.

Jangan terlalu gelojoh dan gelabah ketika dalam aktiviti bersama isteri. Tenangkan diri dan nikmati aktiviti yang anda sedang jalani itu dengan sebaik–baiknya. Terapkan perasaan cinta dan sayang pada isteri anda pada setiap sentuhan yang anda lakukan. Apabila anda tenang, akan tidak akan alami ejakulasi pramatang.

3. Mengaku kelemahan diri.

Akui mempunyai masalah ejakulasi pramatang adalah lebih baik. Dari pengakuan ini, minda anda akan lebih terbuka untuk menerima ilmu dari luar. Jadi, anda boleh belajar elakkan ejakulasi pramatang dengan lebih santai dan tenang.

Untuk teknik mengatasi ejakulasi pramatang yang lebih ‘advance’ download ebook bagaimana untuk bertahan lama dalam hubungan di Ebook Percuma Lambat Pancut. Percuma dan tanpa bayaran. - tokeinfo.com/

Wednesday, 18 May 2016

Tips Dan Petua Awet Muda Untuk Lelaki


Tips Dan Petua Awet Muda Untuk Lelaki

Apabila kita bercakap mengenai topik awet muda, pada kebiasaanya ianya akan merujuk kepada kaum wanita. Itu sememangnya perkara biasa, ini kerana apabila sebut pasal  kecantikan, penjagaan, dan awet muda semestinya akan bersangkut paut dengan kaum wanita. Itu belum lagi pula dengan tips-tips untuk diet yang seimbang la, tips-tips untuk menjaga rambut, mata, kuku,  untuk buang selulit dan sebagainya.  Tetapi jangan dilupa kaum lelaki juga ada tips-tips dan petua-petua yang tersendiri untuk membuatkan mereka akan nampak macam muda remaja atau awet muda. Jadi mari admin kongsikan Tips Dan Petua Awet Muda Untuk Lelaki

Tips dan petua-petuanya adalah.

Perkara yang patut dielakkan atau dijauhkan.
  1. Elakkan daripada merokok atau jauhkan diri anda daripada orang-orang yang merokok. Jikalau anda yang sememangnya menghisap rokok tuh, tidak boleh buat apa la. Untuk pengetahuan anda, asap rokok adalah punca yang akan mempercepatkan proses penuaan bagi seseorang itu. Ini adalah kerana asap daripada rokok tersebut akan menyerap kandungan oksigen yang ada pada kulit anda dan akan ianya akan melambatkan proses pembentukan sel-sel baru sehingga akan membuatkan wajah anda akan kelihatan pucat serta ianya akan mengundang garis-garis halus pada mata anda.
  2. Elakkan dan jauhkan diri daripada memakan makanan yang kurang berkhasiat. Antara contoh  makanan yang kurang berkhasiat adalah seperti makanan ringan, mee segera atau mee meggi, makanan segera seperti KFC, Pizza, MCD, Burger King , Subway dan yang sewaktu dengannya (harus diingat sekali-sekala tu bolehlah makan, akan tetapi janganlah jadikan ianya sebagai salah satu makanan asasi atau wajib bagi anda pula).
Antara Perkara yang bagus untuk di amalkan.
  1. AMALKANlah untuk memotong kuku anda atau rambut anda hanya pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain daripada itu juga , amalkanlah amalan untuk menanam kuku atau rambut yang telah dipotong atau yang gugur. Ketika waktu anda bangun pagi, terutamanya sebelum anda mandi amalkan petua ini. Urutkanlah wajah anda dengan air sejuk daripada bawah dagu anda hinggalah ke atas dahi anda dan  diiringi dengan selawat Nabi sebanyak 3 kali. Amalkanlah seelok-eloknya setiap hari urutan ini. Insya Allah anda pasti akan kelihatan jauh lebih muda.
  2. Memperbanyakkan pengambilan sayur-sayuran dan ulam-ulaman dalam makanan anda. Ini adalah kerana ulam-ulaman adalah sangat bagus untuk kesihatan anda. Ianya sememangnya mengandungi banyak serat (fiber) dan ianya juga kurang kalori. Selain daripada itu, ianya amat kaya dengan vitamin C, vitamin A , asid folik dan zat galian yang amat sangat diperlukan untuk membantu dalam pertumbuhan dan penjagaan tubuh badan serta minda anda yang sihat.
  3. Bersenam atau bersukan. Amalan bersenam atau bersukan secara teratur juga akan dapat membantu mengekalkan kecergasan dan ianya juga boleh mengurangkan stress yang ada.
  4. Mengamalkan amalan membaca doa-doa dan surah-surah yang pastinya elok untuk awet muda.
  5. Sentiasa berfikiran positif dan tenang dalam menghadapi tekanan atau stress.
Itulah antara Tips Dan Petua Awet Muda Untuk Lelaki, selamat mencuba dan semoga bermanfaat. - http://tokeinfo.com/

Tuesday, 17 May 2016

Cara Menghaluskan Kulit Dengan Bahan Semula Jadi



Setiap wanita sentiasa menginginkan kulit wajah yang cantik berseri.  Namun begitu, kebanyakan wanita memiliki kulit yang kasar.  Ini menyebabkan mereka kurang berkeyakinan terhadap diri masing-masing.

Sebenarnya anda tidak perlu menghabiskan banyak wang untuk ke salon atau klinik kecantikan bagi mendapatkan kulit yang cantik.  Ini kerana anda boleh sahaja menggunakan bahan yang ada di rumah untuk memiliki kulit yang cantik.

Berikut merupakan cara menghaluskan kulit dengan bahan semula jadi

1. Masker Kopi

Tahukah anda kopi bukan sahaja sedap untuk diminum tetapi kopi juga merupakan antara bahan untuk menghaluskan kulit.  Cara untuk membuatnya menjadi scrub semula jadi ialah dengan meletakkan beberapa sudu kopi ke dalam cawan kemudian letak sedikit air lalu sapukan secara perlahan-lahan pada badan anda.  Biarkan kering selama beberapa minit lalu bilas dengan air bersih.  Selain menggunakan kopi yang baru, anda juga boleh menggunakan kopi yang anda telah gunakan tetapi pastikan ia tidak bercampur dengan gula.

2. Masker Pisang

Antara cara menghaluskan kulit dengan bahan semula jadi adalah dengan menggunakan buah pisang.  Buah pisang bukan sahaja digemari oleh orang ramai malah ia juga boleh menghaluskan kulit anda yang kasar.   Ini kerana pisang sangat bermanfaat untuk membersihkan sel-sel kulit mati pada kulit anda.  Caranya dengan menghancurkan pisang tersebut sehingga menjadi seperti bubur kemudian campur satu sudu jus lemon dan madu lalu ratakan pada kulit anda.  Biarkan ia selama 20 hingga 30 minit kemudian bilas dengan air bersih.

3. Masker Madu

Madu merupakan cecair yang kental seperti sirap yang dihasilkan oleh lebah.  Madu digunakan sebagai pemanis makanan, jem roti dan ubat herba.  Kandungan vitamin, mineral dan antioksidanya sangat sesuai untuk melembapkan dan menghaluskan kulit.  Cara menggunakannya ialah dengan menyapukan madu ke kulit anda kemudian biarkan ia selama lebih kurang 30 minit, setelah ia kering bersihkan kulit anda dengan air sejuk.  Anda boleh melakukan rawatan ini seminggu sekali tetapi anda hanya boleh menggunakan madu asli sahaja.

4. Masker Putih Telur

Putih telur bukan sahaja sedap untuk dimakan malah ia juga boleh menghaluskan kulit.  Telur memiliki zat aktif yang berguna untuk merawat kulit tetapi bukan sebarangan telur yang boleh digunakan untuk menghaluskan kulit. Telur yang sesuai digunakan ialah telur ayam kampung.

Cara menggunakannya sangat mudah dengan meratakan putih telur ke kulit.  Tunggu sehingga ia kering kemudian bilas dengan air bersih.  Putih telur bukan sahaja bermanfaat untuk menghaluskan kulit malah ia juga dapat memutihkan kulit.

Kesimpulannya, bahan-bahan yang digunakan bukan sahaja mudah didapati tetapi ia juga murah.  Oleh itu, anda tidak perlu bersusah payah pergi ke klinik kecantikan atau salon untuk memiliki kulit yang halus.  Anda hanya perlu mencuba cara menghaluskan kulit dengan bahan semula jadi yang telah disenaraikan.

Semoga bermanfaat untuk anda dan selamat mencuba. - tokeinfo.com/

Monday, 16 May 2016

Faktor Dan 6 Tanda Mini Stroke Yang Tak Ramai Tahu


Siapa yang tak kenal dengan penyakit stroke? Kemungkinan ada di antara sanak saudara terdekat anda mengalaminya. Kalau di negara kita, penyakit ini tersenarai dalam 3 penyakit pembunuh utama selain jantung dan kanser.

Akan tetapi, ramai yang tidak tahu tubuh akan memberi isyarat bahawa seseorang akan terkena stroke yang di kenali sebagai mini strokeMini stroke atau yang di sebut juga Transient Ischemic Attacks (TIA) memberikan tanda-tanda yang sama seperti ischemic stroke.

Ia akan terjadi dalam tempoh lebih kurang 5 minit sahaja dan tidak akan menyebabkan kerosakan otak seperti stroke. Kajian menunjukkan 1 daripada 3 orang yang mengalami stroke akan mengalami gejala mini stroke dahulu dalam tempoh 7 hari sebelum serangan stroke sebenar.

Faktor penyakit mini stroke yang perlu anda tahu

  1. Mempunyai penyakit jantung, dan ramai yan tak sedar mereka mengalami penyakit jantung
  2. Ada anggota keluarga yang pernah mengalami stroke, jadi perlu berhati-hati walaupun stroke bukan penyakit keturunan.
  3. Tekanan darah tidak normal, tekanan darah sekejap naik sekejap turun. Anda boleh rasa sendiri contohnya jika anda cepat gemuruh walau tidak ada apa-apa berlaku.
  4. Kolesterol tinggi, berkaitan dengan pemakanan seharian yang mengandungi minyak berlebihan. Kurangkanlah sebelum terlambat.
  5. Diabetes, atau sinonim dengan masyarakat kita dengan penyakit kerat kaki iaitu kencing manis, akibat gula berlebihan.
  6. Obesiti, kalau anda pergi semak dengan Institut Jantung Negara pun anda akan lihat ramai pesakit di sana adalah obesiti.
  7. Merokok, tak nak tegur, jangan tunggu dah bersedia baru nak berhenti. Dah terlantar atas katil wad baru nak menyesal, itu terlambat sudah.
  8. Namun, sayangnya ramai yang ambil tak endah dengan gejala ini. Jadi, apa kata kita mula ambil tahu sedikit tentang 6 tanda penyakit mini stroke supaya kita dapat mengatasi dari awal. Mencegah lebih baik dari berubat.

6 tanda penyakit mini stroke

  1. Tiba-tiba susah untuk bercakap, keadaan seperti anda gagap dan sukar mengeluarkan kata-kata.
  2. Tiba-tiba sukar untuk melihat, sama ada terjadi pada salah satu mata atau kedua-duanya sekali secara mendadak.
  3. Bingung dan terpinga-pinga untuk seketika, padahal sebelumnya anda aktif dan mudah memahami situasi.
  4. Pening kepala yang bersangatan, padahal sebelumnya tidak ada apa-apa masalah.
  5. Anggota badan mati seketika, yang paling mudah terkena ialah muka, lengan  dan kaki secara mendadak. Pesakit tiba-tiba merasa kebas di bahagian tersebut dan tidak dapat rasakan pergerakan anggota badan.
  6. Tiba-tiba hilang daya keseimbangan badan, pesakit akan terasa sukar nak pusingkan badan ke arah berlainan, mudah jatuh dan ada situasi yang menyebabkan pesaki terus tidak boleh berjalan.
Jika anda atau ahli keluarga anda atau rakan-rakan anda mengalami gejala-gejala seperti ini, bolehlah terus rujuk kepada doktor pakar. - tokeinfo.com/

Sunday, 15 May 2016

6 Minuman Sejukkan Badan Ketika Cuaca Panas


Cuaca panas melanda negara kita sekarang. Tahap sampai berpeluh-peluh kita dibuatnya kalau berada dalam rumah, walaupun kipas dah buka sampai habis limit!.

Kadang-kadang, tengah tidur pun boleh berpeluh di buatnya.

Keadaan ini juga menyebabkan badan kita sering panas dalam dan menyebabkan tekak terasa kering, badan lemau, berpeluh sepanjang masa dan pening kepala kalau dah sampai tahap panas hingga ke kepala. Jadi, apa kata anda cuba sejukkan badan anda dengan minuman-minuman ini:

1. Kundur

Kebanyakan pasti akan salah sangka yang buah kundur ini adalah mentimun. Sebenarnya bukan. Kundur ialah daripada keluarga Cucurbitaceae, di kenali dalam bahasa inggeris sebagai winter melon.

Masyarakat cina mempercayai air buah kundur dapat memastikan keseimbangan dan menstabilkan suhu badan.

Jus kundur juga dapat membantu menghidrasikan badan anda dengan lebih cepat berbanding air dan menyahkan toksin.

2. Krisantimum

Teh krisantimum adalah antara minuman popular di kalangan masyarakat cina.  Ia amat baik untuk simptom seperti gusi sakit dan berdenyut, sakit gigi biasa, sakit kepala, sakit mata, suhu badan menurun dan mencegah serangan panas.

Caranya menyediakannya mudah sahaja. Anda hanya perlu mendapatkan bunga krisantimum dan letakkan di dalam air panas beserta gula batu.

Ia juga terdapat dalam minuman tin.

3. Cincau

Anda sudah tentu dah kenal dengan cincau. Ia boleh didapati dalam minuman ABC, sirap bandung cincau dan air cincau sendiri.

Cincau iini terhasil daripada adunan campuran daripada tumbuhan Mesona chinesis, ditambah dengan kanji yang disejukkan sehingga kepekatan seperti agar-agar.

Cincau ialah penyejuk semula jadi yang membantu mencegah serangan panas dan demam serta mencegah ruam dan kulit kering.

4. Sengkuang cina

Sengkuang cina ini bukan sahaja boleh menyejukkan badan anda yang sedanng panas, bahkan ia juga dapat menyahkan toksin yang tersumbat dalam badan anda.

Selain itu, mereka yang menghidap cystitis dan  jangkitan saluran kencing boleh diberikan sup sengkuang cina bagi mencegah daripada menjadi lebih teruk.

Jus yang diekstrak juga boleh mencegah rasa senak dan loya.

5. Air kelapa muda

Alangkah indahnya kalau ditengah-tengah cuaca panas ini kalau dapat menikmati air kelapa muda.

Sungguh menyegarkan! Air kelapa muda memang dikenali sebagai penyejuk badan semulajadi dan digunakan dalam perubatan tradisional untuk demam dan menghilangkan panas dalam.

Syaratnya, perlu minum begitu sahaja tanpa ais dan gula.

6. Biji kembang semangkuk

Kembang semangkuk juga amat sinonim dengan minuman yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia seperti ais kacang. Sebenarnya, selain sedap untuk dimakan, kembang semangkuk juga dikatakan turut mempunyai khasiat ubatan.

Ia di katakan mampu menjadi ubat untuk penyakit asma, batuk kering, buasir, pelbagai jenis demam panas, pendarahan hidung, perut, usus atau pundi kencing, melawaskan pembuangan air besar, merawat masalah kulit yang terlampau terdedah kepada cahaya matahari, masalah ginjal dan masalah cacing dalam perut dan usus. - tokeinfo.com/

Saturday, 14 May 2016

6 Jenis Makanan Yang Dapat Mencegah Penuaan Berlaku Dengan Cepat


Setiap orang menginginkan wajah yang sentiasa awet muda dan cantik.  Oleh itu, pelbagai rawatan yang mahal dilakukan.  Awet muda bukan hanya boleh didapati dengan melakukan rawatan yang mahal sahaja tetapi mengubah pola hidup dan pengambilan makanan yang sihat dapat menjaga daya tahan kulit dan tubuh badan daripada radikal bebas serta memperlambatkan proses penuaan.

1. Teh Hijau

Teh hijau mengandungi katakin polifenol yang merupakan antioksidan yang dapat membakar lemak sebagai bahan bakar.  Teh hijau juga sangat sesuai sebagai minuman ketika diet.  Minum teh hijau 3 kali sehari juga dapat membantu menurunkan berat badan dan mencegah penyakit kanser, jantung dan kolestrol yang tinggi. 

2. Bawang Putih

Bawang putih dikatakan sebagai ubat untuk mengatasi penyakit kolestrol yang tinggi, tekanan darah dan kanser.  Kandungan nutrisi dan vitamin pada bawang putih sangat bermanfaat untuk kecantikan kulit seperti vitamin A dan C, kalsium dan zat besi. 

3. Yogurt

Yogurt merupakan antara makanan yang rendah kalori dan mengandungi banyak protein dan bakteria yang baik bagi melancarkan sistem pencernaan.  Yogurt juga mengandungi kalsium, phosphort, riboflavin dan vitamin B12.  Jika anda ingin membeli yogurt sebaiknya memilih yogurt yang tidak mengandungi pemanis buatan atau kadar gula yang tinggi. 

4. Kekacang

Jenis-jeinis kekacang seperti kenari, walnut, gajus dan almond merupakan makanan yang lazat dan mengandungi zat yang tinggi.  Kacang kenari mengandungi kadar omega 3 yang tinggi contohnya ¼ cawan adalah sama dengan 91% dari makanan harian yang digalakkan.  Selain itu, ia juga mengandungi lemak yang berkhasiat untuk menjaga kesihatan jantung. 

5. Madu

Madu mempunyai manfaat untuk kesihatan kulit dan tubuh badan kita kerana ia mengandungi banyak nutrisi dan vitamin yang dapat menyembuhkan penyakit dan menyihatkan kulit tubuh badan.  Selain itu, madu juga kaya dengan antioksidan yang dapat melindungi tubuh badan kita dari radikal bebas. 

6. Sayuran Hijau

Sayur-sayuran hijau seperti brokoli,bayam dan sawi memiliki kandungan fitokimia yang banyak.  Fitokimia berasal dari tumbuhan yang bermanfaat untuk melindungi badan dari penyakit.  Selain itu, sayuran hijau kaya dengan kandungan nutrien dan vitamin seperti kalsium dan vitamin E.

Kesimpulnnya, terdapat 6 jenis makanan yang dapat mencegah penuaan berlaku dengan cepat.  Oleh itu, untuk  mendapatkan kulit yang awet muda tidak semestinya perlu mengeluarkan wang banyak. Anda hanya perlu menjaga pemakanan dan gaya hidup yang sihat. Selamat mencuba. - tokeinfo.com/

Thursday, 12 May 2016

7 Cara Mudah Kuatkan Daya Ingatan


Ehh ye ke 7 cara ni betul-betul boleh kuatkan daya ingatan dengan mudah je? Jangan steptikal, siapa sangka perkara yang mudah dan senang di lakukan pun boleh terlupa kan?

Secara istilahnya dalam psikologi , ia di takrifkan sebagai keupayaan mental untuk mengingat, menyimpan dan mengekalkan maklumat dalam otak. Tidaklah apa-apa perkara pun seperti pelajaran, kenangan, nama orang dan sebagainya.

Waku muda ialah waktu di mana daya ingatan kita sangat kuat dan otak kita mudah menerima informasi. Namun, fungsinya menurun mengikut peningkatan usia kita. Ia adalah perkara semulajadi yang akan berlaku kepada semua manusia.

Walaupun begitu, terdapar beberapa cara mudah dan aktiviti yang membantu anda untuk meningkatkan dan menjaga daya ingatan serta fungsi otak agar memori yang ada pada anda tidak mudah di lupakan.

7 Cara Mudah Kuatkan Daya Ingatan

1. Kekalkan fizikal yang aktif

Bersukanlah dan jangan sesekali tinggalkan aktiviti fizikal ini. Lakukanlah apa sahaja yang anda minati dan mudah bagi anda seperti berlari, berjalan, bermain bola dan sebagainya. Ini kerana fizikal yang sihat menjamin akal dan otak yang sihat, bak kata pepatah arab, “Akal yang sejahtera datang daripada tubuh yang sejahtera”

2. Kekalkan Mental yang aktif dan positif

Penyelidik di Stanford University, Amerika Syarikat, mendapati bahawa masalah lemah daya ingatan boleh menurun sebanyak 30-50% hanya dengan melakukan aktiviti latihan mental seperti teka-teki silang kata, bermain catur, membaca akhbar atau buku, belajar bahasa, dan menggunakan laluan alternatif ketika memandu.

3. Pemakanan yang seimbang

Diet yang seimbang sihat iaitu kaya dengan nutrien otak seperti Omega 3, vitamin B Complex, dan antioksidan boleh membantu menjaga otak anda dan mengekalkannya dalam keadaan optimum. Kesemua nutrisi ini anda boleh dapatkan dalam sayur-sayuran, buah-buahan dan daging.

4. Menghidu bau rumput

Pernah tak anda berbaring dekat padang yang luas sambil menghidu bau rumput? Tenangkan? Ini kerana hasil penyelidikan neuro di Universiti Queensland, Brisbane, mendapati bahawa bau daripada rumput yang segar akan merangsang  dua bahagian otak iaitu amygdala (yang berkaitan dengan emosi) dan hippocampus (yang berkaitan dengan ingatan).

Hasilnya, jiwa anda akan teras tenang dan daya ingatan anda juga akan meningkat!

5. Mengunyah gula-gula getah

Macam pelik jer kunyah gula-gula boleh kuatkan ingatan? Tak pelik pun. Dua kajian yang dilaporkan dalam jurnal Appetite pada tahun 2002 dan 2004 menunjukkan bahawa bahawa orang yang mengunyah gula-gula getah semasa ujian pelajaran memberikan keputusan yang lebih baik.

Ini kerana dengan mengunyah gula-gula getah dapat meningkatkan kadar jantung dan meningkatkan aliran darah ke otak, seterusnya meningkatkan daya ingatan anda.

6. Mengambil kafein

Walaupun ramai yang memandang buruk pada kafien ini, tetapi tiada siapa pun yang boleh menafikan kesan kafein pada kecerdasan dan daya ingatan. Ini berdasarkan Beberapa kajian yang dijalankan dalam tempoh 5 tahun lepas yang menunjukkan kafein boleh meningkatkan daya ingatan jangka pendek dan melindungi wanita daripada kehilangan ingatan.

7. Tidur yang mencukupi

Perlu di ingat, badan anda memerlukan rehat yang mencukupi setelah penat bekerja. Salah satu cara nak berehat ialah dengan tidur. Tidur ini bukan sahaja bagus untuk fizikal anda, malahan amat penting untuk memulihkan fungsi otak anda. 

Kenangan jangan mudah dilupakan! - tokeinfo.com/

Wednesday, 11 May 2016

7 Tips Mudah Menghilangkan Sakit Kepala Tanpa Makan Ubat

7 Tips Mudah Menghilangkan Sakit Kepala Tanpa Makan Ubat

Apabila musim panas ni sememangnya kerap sangat sakit kepala. Bila sakit kepala je, memang kita akan cari ubatnya iiaitu dengan makan PANADOL. Akan tetapi, jikalau kerap sangat makan PANADOL atau pil tahan sakit, ianya boleh beri kesan buruk pada tubuh badan kita. Mesti anda tak mahu perkara buruk terjadi. Jadi jangan risau. Mari admin kongsikan 7 Tips Mudah Menghilangkan Sakit Kepala Tanpa Makan Ubat; 

Rendamkan kaki anda ke dalam air suam

Dengan cara ini, ianya dapat membuatkan tekanan darah anda turun dari kepala. Sila pastikan ianya air suam, bukan air panas. Naya melecur nanti.

Minum air Epal hijau

Cara kedua pula, ambil sebiji epal hijau yang telah dibelah dua dan ambil juga 2 gelas air. Rebuskan epal tersebut dan minumlah air rebusan epal hijau tersebut begitu saja tanpa sebarang gula.

Duduk dengan tegak

Duduk tegak adalah salah satu cara yang boleh menghilangkan rasa sakit kepala. Ketika anda duduk dalam posisi membongkok, leher anda akan menahan berat kepala sehingga otot menegang. Jadi, ubahlah posisi duduk anda menjadi tegak.

Makan makanan yang pedas

Cara lain pula,  Makanan pedas juga boleh menyembuhkan rasa sakit kepala. Apabila rasa sakit kepala, carilah makanan pedas kegemaran anda. Sememangnya sakit kepala tu akan lega.

Menggunakan Bawang putih

Bukan saja bawang putih penting dalam masakan, tetapi ianya juga bagus untuk menghilangkan sakit kepala. Caranya, hiris nipis-nipis bawang putih, kemudian letakkan di tepi dahi sehingga rasa sakit kepala hilang.

Bernafas dengan lebih efisien

Bila kali terakhir anda duduk dan bernafas dalam-dalam sambil pejamkan mata,  ada kajian menunjukkan, KURANG daripada 50% penduduk dunia benar-benar bernafas secara ‘betul’. Besar Kemungkinan sakit kepala adalah disebabkan oleh kekurangan oksigen.

Mandilah dengan  air panas

Cara terakhir adalah dengan mandi dengan air panas atau berendamlah dalam air panas, ini kerana ianya mampu meredakan sakit kepala.

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.

Sumber: hanasuva / http://tokeinfo.com/

Monday, 9 May 2016

8 Jenis Makanan Yang Baik Untuk Kesihatan Wanita


8 Jenis Makanan Yang Baik Untuk Kesihatan Wanita. Amalan pemakanan yang seimbang perlu dipraktikan oleh semua golongan usia, tidak kira lelaki mahupun perempuan. Untuk memastikan tahap kesihatan sentiasa terpelihara, wajar untuk kaum wanita tahu akan kelebihan beberapa jenis makanan dan minuman yang baik dan dapat membekalkan tenaga untuk melaksanakan rutin harian yang mencabar dan meletihkan.

Selain itu diet yang seimbang juga membantu membuatkan seseorang wanita itu kelihatan sentiasa awet muda. Bila kesihatan terpelihara, pastilah seseorang individu itu akan sentiasa ceria dan bertenaga kan.

Jika anda adalah seorang yang mengutamakan amalan pemakanan seimbang demi untuk memelihara kesihatan luaran dan dalaman, apa kata anda amalkan pengambilan 8 jenis makanan dan minuman yang tersenarai dibawah ini. 

8 Jenis Makanan Yang Baik Untuk Kesihatan Wanita

  1. Bijirin Penuh – pengambilan makanan dari sumber bijirin penuh seperti roti gandum dan beras perang dapat membantu mengelak masalah pencernaaan yang kerap dialami oleh golongan wanita.
  2. Protein Soya – makanan seperti mentega, tauhu, susu dan sebagainya yang mengandungi protein soya dapat membantu mengurangkan tahap kolestrol dan sekaligus memelihara kesihatan jantung anda. Begitu juga dengan pengambilan oat, yang dikatakan antara sarapan yang sangat menyihatkan.
  3. Jus Buah Kranberi – biarpun ramai yang tidak mengemari rasa jus kranberi yang agak masam namun disebalik rasanya itu sebenarnya ia berkhasiat untuk mengelak dari jangkitan saluran kencing kerana ia membantu mencegah bakteria jahat dari melekat pada saluran pundi kencing. Malah ada kajian yang menunjukkan bahawa jus kranberi juga bagus untuk kesihatan kardiovaskular.
  4. Air – pastinya anda sudah sedia maklum, air memang diperlukan oleh tubuh badan. Paling kurang pun kita kena minum 8 gelas air sehari. Selain membantu menyingkirkan toksin, air diperlukan untuk sistem penghadaman, kecantikan kulit dan mengawal berat badan. Jika badan kekurangan air, kita pasti mudah jatuh sakit.
  5. Makanan Yang Mengandungi Folat – buah oren, kekacang dan sayuran seperti asparagus memang tinggi dengan kandungan folat. Makanan jenis ini sesuai diambil oleh wanita yang mengandung. Ia membantu memelihara kesihatan jantung janin.
  6. Makanan Yang kaya Vitamin C – buah-buahan dan sayur-sayuran yang tinggi dengan kandungan vitamin C memang elok untuk kesihatan. Antara contoh makanan kaya vitamin C seperti buah-buahan sitrus, sawi, bayam, jambu, brokoli dan sebagainya.
  7. Sayur-sayuran Hijau – bukan semua orang gemar makan sayur, apatah lagi sayuran hijau yang agak pahit rasanya. Namun sayur perlu diambil dalam kuantiti yang lebih kerana mempunyai kandungan khasiat yang tinggi yang dapat membekalkan nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan.
  8. Madu – memang tidak boleh dinafikan, madu sangat berkhasiat untuk kesihatan. Madu membantu meningkatkan hemoglobin jadi secara tak langsung ia mencegah dari penyakit anemia yang memang lazim dialami kaum wanita. Selain itu madu juga dapat mempercepatkan proses penyembuhan dan merawat ulser. - tokeinfo.com/

Sunday, 8 May 2016

Petua Dari Pakar Untuk Suami Tahan Lama Di Ranjang


"Sudah tentu setiap lelaki mempunyai tekniknya sendiri. Bermula dari membayangkan bola sepak atau baseball, atau mengira di kepala mereka,” ujar AL Harper, seorang pakar seks dan bekas editor sebuah majalah lelaki dewasa di UK.
Namun, kata Harper, teknik pengalihan ini biasanya lebih memburukkan prestasi mereka di atas katil kerana mereka tidak memperdulikan kepuasan pasangannya.

Jika anda ingin tahu bagaimana cara mempertahankan ereksi secara semulajadi, tanpa bantuan ubat kuat atau Viagra, berikut saranan dari tiga Pakar seks bagi mendapatkannya.

Pelajari Kama Sutra. Ada sebuah teknik yang disenaraikan dalam Kama Sutra bagi melambatkan pancutan yang pada dasarnya melatih diri anda supaya boleh bertahan lebih lama.
Beliau menyarankan agar lelaki memulakan secara perlahan-lahan tapi jangan lebih dari satu gerakan 'keluar masuk' setiap tiga saat. Setelah itu, lakukan gerakan yang sama namun lebih lambat selama 4-5 minit sehingga satu kali gerakan/hayunan setiap saat.

Jika sudah menghampiri orgasme, maka sebaiknya berhenti dan ‘menahan' di dalam tubuh pasangannya hingga dia dapat mengendalikan dirinya semula. Kemudian mulakan sekali lagi.

Fokus hanya pada tubuh. Cemas pada prestasi seks merupakan pembunuh ereksi lelaki nombor satu, kata trainer seks, Dr. Patti Britton.
Untuk itu ketika seseorang mula merasa cemas, Britton menyarankan untuk berhenti seketika, ambil nafas dan fokuskan pada perkara yang dirasakan di dalam tubuh. Fokus pada segala hal yang dihasilkan tubuh inilah yang akan membantu seseorang mempertahankan ereksinya.

Ubah kelajuan. Cara terbaik untuk mengekalkan ereksi di saat anda hampir orgasme adalah mengubah kelajuan anda. Perkara ini dinyatakan Pakar seksual, Catherine Toyooka.
Goda pasangan anda. Keluarkan zakar anda dan lagakan hujung zakar secara sensual ke atas dan ke bawah serta di antara labia (bibir faraj). Faraj sebenarnya memiliki banyak saraf di bahagian bawah salurannya, jadi gerakan ini tetap akan wanita merasakan kenikmatan, menurut pengasas workshop seks Catherine Coaches.
Perlahankan. Menurut Toyooka, melakukan aktiviti seks dengan perlahan mampu membuatkan kedua-dua pasangan merasa lebih serasi. Rasanya juga lebih sensual kerana keduanya sama-sama saling menerokai tubuh pasangannya. Cium lehernya, gigit telinganya, biarkan tanganmu membelai seluruh tubuhnya dengan lembut, katanya.
Ketika anda menikmatinya, dijamin anda tidak akan terburu-buru 'menyelesaikannya'.

Olahraga yang berbeza. Dr. Britton menyarankan untuk melatih otot-otot PC (pubococcygeus muscle) anda. Otot ini merentang dari dubur hingga pundi kencing. Untuk mengetahui bagaimana otot ini meregang dan mengecut, cuba hentikan aliran air kencing anda ketika sedang buang air kecil.
Sebaiknya otot ini dilatih tiga kali sehari sebanyak 15 kali, katanya. Latihan ini mampu melancarkan aliran darah ke zakar, sehingga meningkatkan keyakinan diri pada lelaki.

Praktikkan kaedah 7 dan 9. Seperti juga dengan kaedah Kama Sutra, Harper mengesyorkan #teknik 7 dan 9 kegemarannya. Teknik 7 adalah geseran cepat, diikuti dengan 9 geseran. Kemudian ulangi dengan 7 cepat, 9, 7 cepat, 9 sekali lagi, ujarnya.
Irama ini, kata Harper, baik untuk lelaki yang bermasalah mempertahankan ereksi. Bukan hanya itu sahaja, kaedah ini juga baik untuk merangsang isteri.

Jangan terlalu dalam. Jika anda merasakan penetrasi di dalam akan menghasilkan orgasma terlalu cepat, cubalah penembusan di bahagian bawah faraj, atau cetek, saran Toyooka.
Tapi mengubah antara penetrasi dalam dan cetek juga boleh membuatkan ereksi anda tahan lama.

Tekan dan tahan. Dr. Britton mengesyorkan agar lelaki cuba ‘teknik memerah’. Malah, menurutnya ada tiga bahagian zakar boleh dimanfaatkan untuk mengekalkan ereksi dengan cara ditekan.
Pertama, bentuk jari telunjuk dan ibu jari anda lalu lingkarkan di bahagian pangkal batang zakar ketika tegang sehingga 'menyerupai' cincin zakar. Ini akan membantu menjaga aliran darah ke hujung zakar.

Kedua, tekan bahagian bawah kepala zakar. Menurut Britton, bahagian itu adalah hot spot lelaki kerana ia adalah hujung saraf. Dan yang terakhir adalah menekan titik antara dubur dan pangkal buah zakar. Apabila ditekan dengan jari, cara ini menghentikan aliran pancutan dan membantu melambatkan pancutan awal, katanya.
 

Sumber : sentiasapanas.com/

Thursday, 5 May 2016

Herba Rawatan Terbaik Merawat Penyakit Tiroid


Herba merupakan rawatan alternatif terbaik dalam merawat tiroid selain penggunaan ubat-ubatan klinikal kerana tidak memberikan kesan sampingan kepada tubuh. Namun, apakah herba yang sesuai dan berkesan untuk dimakan bagi merawat tiroid? 

Pada zaman sekarang, manusia banyak menghidap penyakit kelenjar dan tiroid. Pada peringkat usia kanak-kanak dan remaja jarang dijangkiti penyakit tiroid, sebaliknya mereka lebih terdedah dengan penyakit kelenjar. 

Pelbagai pendapat pakar perubatan tentang penyakit kelenjar dan tiroid ini. Sebahagian mereka mengatakan bahawa tiroid dan kelenjar adalah penyakit yang sama. Sebahagian pakar lain pula mengatakan bahawa tiriod bukan kelenjar, kelenjar bukan tiriod. Cuma yang ada persamaan ialah, ianya disebabkan oleh lebihan hormon. 

Walaupun pakar berlainan pendapat tentang penyakit ini, niat dan tujuan mereka tetap satu, iaitu untuk mengetahui dan mengubati penghidap penyakit tiroid dan bengkak kelenjar.

Biji Aprikot Pahit Rawatan Alternatif Tiroid

Bukan biji aprikot sahaja yang boleh mengecutkan tiroid, tumor atau sebarang jenis kanser atau ketumbuhan sel yang abnormal tanpa kawalan.

Durian belanda, bidara, belalai gajah, kunyit, lempoyang, kunyit putih, kunyit mangga, arabic gum, VCO (fermented VCO) juga boleh digunakan.

Tiroid bukan kanser tapi adalah aktiviti sel dalam kelenjar tiroid yang berlebihan sehingga kelenjar tiroid merembeskan hormon tiroid T3 dan T4 lebih daripada paras normal..

Dari segi pathology tiroid boleh berlaku dalam 2 keadaan, samada hiperplasia (sel bertambah dari segi kuantiti) atau hipertropy (sel menjadi besar). Kedua keadaan ini menyebabkan kelenjar membesar dan meningkatkan aktiviti sel.

Aktiviti sel yang abnormal atau luar kawalan ini ada kaitan dengan perubahan yang berlaku dalam DNA sel tiroid. Rawatan secara holistik alternatif yakni non-supresif melibatkan perubahan sel, tisu, organ, sistem, tubuh malah sampai tahap DNA sel.

Apa yang berlaku dalam rawatan non-supressive ini agak komplex melibatkan jaringan dan hubungan sel-sel, tisu-tisu, organ-organ melaui isyarat bahan biokimia, peredaran darah, salur limfa, sistem imun dsb.

Ia memberi kesan secara langsung atau tak langsung yang spesifik atau non-specific kepada fisiologi organ, fungsi sel, perubahan pathology atau penyembuhan.

Dibawah adalah antara kesan yang berlaku semasa membuat rawatan non-supressive (aprikot, herba-herba, homeopati, diet therapy, alternative treatment) :
  1. Apoptosis iaitu bahan aktif dalam aprikot yang menyebabkan sel tiroid abnormal mati  sendiri (Auto atau self cell death). Ia sangat spesifik iaitu hanya membunuh sel abnormal sahaja meninggalkan sel sihat hidup (tak seperti kemoterapi yg membunuh semua sel abnormal dan sihat). Ini ada kaitan dengan DNA transkripsi yang dicetuskan bahan aktif dalam aprikot yang menghasilkan protein yang repress (membunuh) sel tersebut. Kemungkinan peranan bahan aktif micro RNA yang ada dalam aprikot atau bahan aktif aprikot yang boleh regulate micro RNA yang terlibat dengan cell regression yang mengakibatkan apoptosis.
  2. Buah aprikot  boleh  membersihkan darah, sel, sistem limfa, dan organ-organ perkumuhan. Penyingkiran bahan toksik ini daripada tubuh dapat mengembalikan aktiviti sel yang normal termasuk aktiviti DNA. Pengumpulan bahan toksik berlebihan dalam badan boleh mengubah tahap micro RNA tertentu yang boleh mengubah transkripsi DNA.
  3. Membetulkan peredaran darah dengan lebih berkesan.
  4. Membersihkan sistem limfa untuk mengangkut bahan buangan untuk disingkirkan.
  5. Membersihkan organ-organ perkumuhan untuk mengoptimumkan fungsi organ berkenaan dan menyingkirkan bahan buangan.
  6. Meningkatkan sistem imun (specific and non-specific T-cell, B-cell i.e limfosit, leukosit) untuk mengawal dan membunuh sel tiroid abnormal.
  7. Cytotoxic bioactives (herbal chemotherapy) yang membunuh sel abnormal secara langsung.
  8. Anti-oxidant yang meneutralkan radikal bebas yang boleh mencederakan sel-sel sihat. Setiap bahan herba dan makanan asli mengandungi bahan aktif (micro RNA, bahan yang boleh mengawal micro RNA, cytotoxic bioactives, anti-oxidant, pyhto-nutrient) yang berbeza samada kualitatif (molecular structure) atau kuantitatif.
Diet penghidap tiroid

Disamping itu diet juga sangat penting dalam rawatan tiroid bagi mengurangkan simptom hipertiroid seperti debaran jantung, panas badan, kadar metabolisma badan yang tinggi dan paras hormon T3 dan T4.

Makanan yang perlu dielakkan pesakit Tiroid
  1. Makanan berkafein: kopi, minuman herba dan tenaga berkafein, teh..
  2. Herba kuat yang bersifat stimulant yang meningkatkan metabolisma, suhu tubuh dan denyut jantung seperti akar kayu tongkat ali, ginseng, kacip fatimah, rancang besi dsb.
  3. Minuman dan makanan kesihatan mengandungi herba dan akar kayu, ubat tradisional, ubat yang bersifat panas, perangsang seks, meningkatkan metabolisma dan suhu tubuh: kopi herba, maajun herba, viagra, sexual stimulant.
  4. Segala jenis hydrogenated vegetable oils/fats (HVO): trans fat, non-diary creamer, majerin, shortening, minuman 3 in 1, minuman all in one, minuman berperisa, kek, paste, krim. HVO yang menyebabkan sel darah merah melekat yakni 'cell agglutination' yang mengakibatkan paras oksigen darah dan tubuh menurun. Ini meningkatkan beban kerja jantung lebih ketara (untuk mengepam darah ke kapilari dan sel-sel periferi) yang memang sudah sedia kuat denyutannya dalam hipertiroid kerana ia boleh merosakkan otot jantung dalam jangka masa panjang, sesak nafas dsb.
  5. Makanan segera, daging lembu, makanan banyak bahan kimia dan vaksin seperti  burger, nuget, sosej, ayam goreng segera. Ia boleh meningkatkan pertumbuhan sel abnormal tiroid.
  6. Kurangkan makanan deep fry (bergoreng), minyak recycle, makanan dalam tin, highly refined processed foods.
Semoga bermanfaat.

Sumber : sentiasapanas.com/