
 
- Ambil pelbagal jenis makanan sihat termasuk bijirin, kekacang, 
buah-buahan, sayur daging merah dan putih tanpa lemak, ikan dan hasil 
tenusu rendah lemak.
 
- Elak mengambil makanan berlemak. Walaupun 
sesetengah jenis lemak itu perlu untuk menjamin kesihatan dan mengawal 
suhu badan, tetapi anda harus berhati-hati. Kebanyakan lemak dalam 
makanan bukan sahaja membuat anda gemuk, tetapi membahayakan kesihatan.
 
- Makanan
 yang kaya dengan lemak tidak tepu seperti adpokat, minyak kelapa sawit 
dan minyak zaitun adalah balk. Begitu juga dengan makanan yang kaya 
dengan lemak omega-3 seperti dalam makanan laut.
 
- Kurangkan pengambilan makanan bergula. Makanan bergula biasanya tidak mengandungi khasiat pemakanan yang diperlukan oleh badan.
 
- Terlalu
 banyak gula mengundang risiko kencing manis. Sesekali, buat pemeriksaan
 kadar gula dalam darah. Cara ini anda dapat merancang pemakanan atau 
diet dengan lebih baik dan sempurna.
 
- Pilih makanan yang 
mempunyai indeks gilsemik (GI) rendah seperti oat, kekacang, nasi, roti 
mil penuh, susu rendah lemak dan dadih untuk mengawal paras glukosa 
dalam darah.
 
- Jika anda tidak sempat bersenam, lakukan pergerakan
 aktif sekurang-kurangnya 30 minit sehari. Ini penting untuk 
meningkatkan kadar metabolisme tubuh. Senaman juga baik bagi menjaga 
berat badan.
 
dipetik dari:-http://e-kesihatan.blogspot.com/2008/02/pemakanan-perkara-yang-perlu.html