Monday 7 April 2014

Otak & KEPERLUAN KONSENTRASI - Pernafasan Dalaman

TEKNIK PERNAFASAN DALAMAN
- Fungsi Otak dalam kefahaman Konsentrasi
  • Otak manusia adalah organ yang sangat luar biasa dan teramat komplek. Seperti kita ketahui, otak manusia terbahagi-bahagi menjadi banyak sekali bahagian yang masing-masing mengatur sesuatu fungsi sistem tubuh badan manusia, seperti ada yang khusus mengatur syaraf sensorik, iaitu ada yang mengatur khusus untuk syaraf inoforik dan lainnya.
  • Salah satu fungsi penting didalam otak terdapat satu bahagian yang mempunyai tugas sebagai "PENGAWAS", iaitu mengawasi seluruh kerja tubuh kita sehingga berjalan sesempurnanya. Bahagian ini terus menerus berkerja walaupun dalam masa kita tidur. Buktinya,walaupun kita tidur, bahagian organ tubuh seperti jantung, terus beroperasi mengepam darah keseluruh tubuh. Paru-Paru terus berkerja menghisap oksigen dan melepaskan CO2. Kesemua hasil kerja organ tersebut membuktikan otak terus mengawal operasi urusan kerja organ2 kita tersebut. Jika tidak akibatnya kita akan mati kerana kegagalan fungsi organ.
  • Otak yang bertugas mengawal analysis pesanan ( sensorik ) yang diterima oleh tubuh untuk dikirim semula kebahagian otak. Mata melihat, kulit merasa, telinga mendengar, hidung menderia, dan lainnya. Kerana otak melakukan analysis dengan sepantas kilat maka kita mengetahui segala situasi pada setiap saat melalui bantuan anggota tubuh ini. Segala2nya kerja otak kita yang paling utama. Jika tidak maka kita pasti menjadi tidak normal.
  • Untuk memberikan penghayatan kepada kehebatan otak kita, kita boleh melakukan konsentrasi ( pernafasan dalaman ) pada waktu malam sebelum kita masuk tidur ( jika lapang ) gunanya adalah untuk melakukan ringkasan kehidupan kita semalam, hari ini dan esoknya atau seterusnya. Ia juga sebagai gunajana mengawal dan mempastikan anggota deria dan seluruh organ kita berada dalam situasi positif berfungsi mengawal operasi diri dan cubaan tindakan negatif pihak-pihak lain.
TEKNIK KONSENTRASI ( Pernafasan Dalaman )
  1. Duduk dalam keheningan suasana, bersila dengan tangan diletakkan diatas lutut menadah keatas atau duduk dengan tangan ibu jari ditemukan jari telunjuk bersentuhan antara kedua tangan diatas pangkuan atau anda boleh berbaring tenang dengan tangan diletak diatas pusat dengan ibu jari ditemukan jari telunjuk bersentuhan
  2. Pejamkan mata, konsentrasi, hilangkan segala pengaruh sekeliling, mengkhusyuk sepenuhnya pandangan kearah antara dahi celah kedua mata dalam mata dipejamkan secara relex. Niatkan impian, tindakan keinginan, dan apa sahaja permohonan samada untuk mengawal diri dll.
  3. Lakukan menarik nafas dari hidung dan menghembuskan dari mulut dengan aturan natas 1-8 perlahan-lahan
  4. Ambil lagi nafas dan keluarkan 50% , berhenti, ambil nafas dari titik 50% tadi dan lepaskan semuanya perlahan
  • Ambil lagi nafas 90%, berhenti dititik itu dan lepaskan perlahan-lahan
  • Ambil lagi nafas 1 %, berhenti dititik itu dan keluarkan kesemua nafas perlahan-lahan
  • Ambil lagi nafas 100%, tahan dititik itu dan kemudian lepaskan perlahan-lahan
  • Ambil lagi nafas 30% berhenti dititik itu dan lepaskan perlahan-lahan
  • Ambil lagi nafas 20% berhentik dititik itu dan lepaskan perlahan-lahan
  • Seterusnya bernafas dengan normal dalam keadaan tenang selama 5 minit dan lakukan meditasi permohonan keinginan dan impian anda.
  • Buka mata biarkan tubuh relex pusatkan matlamat impian peribadi memasuki seluruh bahagian organ dan anggota badan. Ucapkan syukur. ( Jika Islam ) zikirkan kebesaran Allah SWT kemudian anda teruskan tidur dalam keadaan konsentrasi.
Selamat berjaya membina impian hebat untuk diri anda
' Mudah2an anda akan mendapat kebaikan demi kebaikan didunia & akhirat - Aminnn '

' HEBAT, SESUNGGUHNYA HEBAT "

' Anda Hebat, Negara akan turut Hebat '
" Kumpulkan amalan kebaikan, tingalkan amalan negatif "
Binalah aset-aset kebaikan sementalahan anda masih hidup

Source: http://ms.shvoong.com/medicine-and-health/