Saturday 12 April 2014

Kuasa " AJAIB " Limau BALI Menumbuhkan RAMBUT

Sekali lihat memang Limau Bali terliur nak makan, memang sedap rasanya, kalau yang manis memang rangup dan sedap sekali dimakan atau dibuat jus.

Tetapi apa yang nak saya perkatakan adalah kehebatan LIMAU BALI atau nama sainsnya " CITRUS GRANDIS " sebagai abstrak penumbuh rambut. Kepala yang dah botak licin pun boleh tumbuh rambut semula. Rambut yang sedia ada akan jadi lebih subur dan lebat.

Caranya mudah sahaja:-

Belah Limau Bali, buang kulitnya ambil sepotong, waktu malam sebelum anda tidur lumurkan pada kepala yang botak ( Ini jika kepala anda botak tak ada rambut ) kalau tak botak tak payah lah ye. Baik dimakan je Limau tu lagi sedap.

Lepas dilumurkan pada kepala yang botak jangan dibilas, terus dibawa tidur, keesokan paginya baru dicuci sambil anda mandi pagi.

Lakukan cara ini berulang-ulang sekurang-kurangnya 2 atau 3 minggu.

Tanpa anda sedari dalam tempuh 3 bulan nanti rambut anda akan tumbuh semula pada bahagian kepala yang botak tu, InsyaAllah dengan izin Allah.

Ini adalah fakta daripada petua orang dulu-dulu yang menjadikan Limau Bali sebagai pelebat rambut.

Bahagian lain yang berkhasiat adalah kulit Limau Bali yang putih macam kapas tu di potong digunakan untuk lap muka, untuk membuang minyak-minyak dibahagian muka atau badan. Jika dilakukan selalu kulit anda menjadi lebih halus, ada jerawat boleh hilang.

Itulah antara khasiat Limau Bali, disamping enak dimakan tersembunyi rahsia keajaibannya.

Tetapi anda perlu yakin, sabar dan mengamalkan petua ini berterusan untuk mendapatkan hasilnya.
Setakat cuba sekali dua je , hasilnya tak boleh anda perolehi.

Semuga anda mendapat keberkatan daripada mencuba petua ini.

Source: http://ms.shvoong.com/medicine-and-health/